Orang yang pernah amalkan hypnobirth cakap : waktu bersalin bayangkan cervix kita tu macam bunga yang sedang berkembang mekar :) |
Ok, first saya nak share dulu apa petanda-petanda yang menunjukkan kita dah nak bersalin? Biasanya kalau dah masuk term (more than 37 weeks from our last menstrual period), kita dah boleh lega sebab kalau anak kita lahir waktu tu, insyaAllah semua anggota fizikal dan organ dalaman dia dah lengkap terbentuk. Dah cukup sifat. Sebab kadang-kadang contohnya kalau before 34 weeks, paru-paru baby belum terbentuk dengan sangat lengkap lagi. Tak kisahlah berat baby berapa (within the normal range la kalau boleh 2500g-3500g), gestational age (GA) lebih penting daripada berat. Menurut William Obstetrics yang saya baca, antara berat baby dengan GA, GA adalah lebih penting dalam menentukan prognosis baby (hidup lama/tidak). Sebabnya? Setiap organ dalaman baby terbentuk mengikut minggu yang dah ditetapkan, bukan ikut berat/besar baby. Kalau baby tu besar tapi baru 24 minggu, prognosis dia tetap kurang baik (kalau lahir waktu tu) berbanding baby kecil yang dah 28 minggu.
Berbalik kepada tanda-tanda nak bersalin, kalau dah masuk 37 weeks, kita kena sentiasa bersedia sebab bila-bila boleh lahir walaupun belum masuk EDD. (EDD tu adalah ketika GA kita 40 weeks). Walaupun actually sebelum 37 weeks pun boleh terjadi premature contraction. Tapi kat sini, sebab tak boleh cerita banyak sangat nanti pening, kita berfikiran POSITIF k, so kita anggap lah kita akan bersalin normal :) Amin :)
Ada beberapa tanda :
1. Rasa perut sakit/memulas.
Ok ini salah satu tanda yang kita patut expect dah nak bersalin. Mula-mula rasa sakit dia tak terlalu kuat, masih boleh tahan, senyum-senyum. Mungkin belum ada bukaan serviks. Ini disebabkan oleh contraction kat rahim bahagian atas.Tapi bila dah masuk active phase nak bersalin tu, contraction tu akan makin kuat dan frequent, waktu ni lah ibu-ibu akan start menjerit-jerit (tak semua la, ada yang merintih2 ja).
2. Keluar "bloody show" / sedikit lendir bercampur darah.
Ini biasanya terjadi bersamaan dengan waktu perut sakit memulas tu.
3. Keluar cairan ketuban / amniotic fluid
Yang ini boleh jadi sebelum sakit perut, atau boleh jadi setelah sakit perut, atau tak terjadi sama sekali sampailah melahirkan, atau keluar waktu kita dah kat hospital, atau dipecahkan sendiri oleh nurse / doktor kat hospital. Ketuban ni adalah satu cairan yang melindungi bayi waktu dalam kandungan. Cairan ni tersimpan dalam satu membrane (imagine macam belon lah, dalam belon ada air dan ada baby). Air dalam belon tu adalah cairan ketuban. Kalau belon tu pecah, cairan ketuban tu akan keluar merembes dari our vagina. Merembes sikit-sikit atau merembes banyak sekaligus, depends on contraction dan pembukaan cervix.
Okay, itu antara 3 tanda-tanda yang patut kita expect dah nak menghampiri persalinan. So bila dah jadi hal-hal tu, jangan panic, pergi lah mandi-mandi dulu, siapkan body bersih-bersih dan wangi untuk pergi hospital. Pakai baju yang sesuai untuk melahirkan. Jangan pakai seluar ketat. Kalau boleh, sediakan siap-siap satu beg untuk letak pakaian yang kita perlu bawak ke hospital. Saya pun bukan ada lagi benda-benda ni. Pandai suruh orang ja buat. Hihi...Actually saya kurang tahu kalau di Malaysia pihak hospital akan sediakan apa ja, tapi kalau kat sini, semua patient kena bawak. Mungkin sama ja kan dengan kat sana. Ehm, kalau boleh bawak la 3 pasang baju. Satu untuk waktu bersalin, satu untuk lepas bersalin (sebab lepas bersalin mesti berpeluh-peluh unless duduk dalam bilik air cond), dan satu lagi untuk balik rumah. Melainkan kalau rumah dekat ada family boleh tolong bawak baju :) Pastu sediakan beberapa kain sarung/kain batik jugak untuk cover bahagian bawah waktu bersalin. Panties jangan lupa + pad sebab after bersalin kita kan period..hihi..(nifas). Kadang-kadang kain batik diperlukan untuk lap katil yang basah sebab air ketuban or darah or air kencing etc. (itu kat sini la..semua kena pakai patient punya)
Sekarang, bila dah siap-siap semua, badan dah wangi (penting supaya orang yang menguruskan kita nak bersalin tak pening dengan bau badan kita :p), dah pakai baju bersih, suami / family pun akan bawak pergi hospital. Waktu ni jangan tertekan, jangan takut, think positive, tak lama lagi baby akan keluar dengan sihat. Memang patut takut pun, apa lagi kalau first experience kan. Banyak hal yang bermain di fikiran. Tapi, daripada kita fikir benda-benda yang menakutkan, jom kita fikir hal-hal yang menggembirakan. Because, at the end of the day, hasilnya akan sama saja :) Makin kita takut, makin kuat contraction, sebab otot semakin tegang, jadi kita akan rasa makin sakit. Tapi kalau kita relax, tubuh kita akan release hormon endorphin, iaitu salah satu hormon yang membuatkan kita kurang merasa sakit. Hormon ni effect dia lebih kuat dari morphine ubat tahan sakit tu. Dan kalau kita relax, otot-otot kita pun akan sedikit relax :)
Ada cara-cara yang saya belajar dari teknik hypnobirth, iaitu observation dan relaxation. Tapi saya pun baru berlatih kadang-kadang ja. Sebab cepat bosan. Hihi. Tapi, tak boleh bosan. Kena consistent berlatih. Mula-mula try tegangkan otot-otot muka, rasakan ketegangan dan secara sedar melepaskan ketegangan tu. And buat kat otot-otot badan yang lain jugak. Buat berulang-ulang sampai kita terbiasa. Tujuannya adalah supaya, waktu kita tengah sakit nak bersalin, kita mampu observe ketegangan kita, dan perlahan-lahan melepaskan ketegangan tu :)
Tips lain yang saya dapat : Rajin-rajin kan diri baca surah Maryam. InsyaAllah proses melahirkan akan dimudahkan. Dan kalau kita baca Surah Maryam tu, ada ayat tentang kisah sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa, beliau diarahkan untuk menggoyangkan pohon kurma dan makan kurma tersebut.
Maka Maryam mengandungkan (anak)nya, lalu dia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksanya bersandar pada pohon tamar, dia (Maryam) berkata: "Aduhai, alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak bererti, lagi dilupakan". Maka dia (roh itu) menyerunya daripada tempat yang rendah: "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Rab (Tuhan)mu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.”“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”“Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah) untuk berpuasa, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini’."(19: 22-26)
Jadi, saya buat kesimpulan sendiri, mari makan kurma waktu dekat nak bersalin, supaya kita bersenang hati. Hehe.
(Err..macammana nak habiskan tentang TIPS MENERAN ni...banyak sangat selingan..huhuhu..)
Sampai mana dah saya tulis tadi? Dah sampai hospital belum? Hehe..jap scroll ke atas balik.
**********************
Ok, masih dalam kereta suami./family nak bawak g hospital.
Fast forward, sampai hospital. Terus pergi uruskan hal admin. (Kalau perlu la), then masuk lah bilik bersalin. Kalau kat hospital kerajaan, mungkin bersalin beramai-ramai dalam satu bilik. So boleh kumpul kekuatan dulu tengok orang lain bersalin. Ataupun, kumpul ketakutan. Huhu. Kalau beranak kat hospital swasta, beranak sorang-sorang, tapi husband boleh temankan. Privacy lebih sikit. Tapi, tak boleh tengok orang lain melahirkan.
Ok, first, mesti ada doktor/nurse yang datang untuk check keadaan kita. Dari check blood pressure, tanya-tanya kita tentang dah ada belum tanda-tanda bersalin kat atas, ambil darah, suntik untuk masukkan air, sampailah nak periksa pembukaan. Nurse/doktor akan masukkan 2 jari dia ke dalam vagina, dan periksa bukaan cervix. Satu benda yang kita kena expect, supaya kita tak termarah orang yang akan masukkan jari dalam vagina, adalah : tiap orang ada tahap kekasaran dan kelembutan masing-masing. Berdasarkan pemerhatian saya laa..ada yang ganas masukkan jari pastu buat kasar-kasar (sebab memang nature dia macam tu), ada jugak yang lembut-lembut. Ada yang cakap baik-baik suruh tarik nafas waktu dia masukkan jari dia supaya tak rasa sakit sangat. Ada jugak yang tak ingatkan untuk tarik nafas, etc. So, we better prepare sendiri la..sebelum dia nak masukkan jari tu, tarik nafas siap-siap, jangan tegangkan otot kalau tak, akan jadi makin susah dia nak masukkan jari. Relax, tarik nafas. Nanti dia akan bagitau dah bukaan berapa.
Persalinan ni ada 2 phase, satu latent phase (bukaan 0-3 cm), yang kedua active phase (4-10 cm). Tapi itu untuk kemudahan penolong persalinan. Kalau untuk orang yang nak bersalin, cukup lah kita tahu bukaan lengkap serviks adalah 10 cm. So, lepas kita diberitahu kita dah bukaan berapa, kita boleh tau la bila nak start meneran. JANGAN MENERAN sewaktu bukaan belum LENGKAP. Banyak keburukannya. Satu, nanti tenaga habis sebelum waktunya, pastu vagina boleh membengkak keluar, boleh sebabkan kepala baby tertekan, boleh sebabkan cervix bengkak, dan banyak lagi. Paling selalu terjadi adalah ibu-ibu kehabisan tenaga untuk meneran pada waktu yang tepat.
Waktu tu kita akan rasa macam nak buang air besar. Doktor atau nurse akan sentiasa pantau kita dari semasa ke semasa, check bukaan dah sampai mana. Ingat, meneran bila kita dah diberitahu bahawa bukaan lengkap. Dan hanya meneran waktu ada contraction.
Jadi, apa yang boleh kita buat waktu belum boleh meneran tu, apalagi sebelum masuk active phase. Kena miring kiri (supaya berat bayi/ uterus/ketuban/etc) tak menekan inferior vena cava, yang supplya oxygen untuk baby. Supaya tak terjadi hypoxia pada baby. Kalau merasa kurang selesa miring kiri, boleh tukar jap position jadi terlentang atau miring kanan, tapi pastikan jangan lebih dari 10 minit, lepas tu kena miring kiri semula. Actually kalau nak kepala baby cepat turun, berdiri atau mencangkung lagi bagus. Tapi macam susah ja sakit-sakit nak berdiri kan? Kalau dahaga, boleh minum air manis. Kalau lapar, boleh makan. Kalau first delivery, lambat sikit nak tunggu bukaan lengkap. Saya pernah tengok ibu nak bersalin ni, waktu nak bersalin tu dia baca Al-Quran. Bagusnya..
Sekarang TIPS meneran :
1. Meneran waktu bukaan dah lengkap (10 cm).
2. Meneran waktu ada contraction.
Ok, ini yang saya cakap tentang tanda-tanda bersalin tadi. Contraction makin lama makin kuat dan frequent. Contraction yang baik adalah 3-4x dalam 10 minit. Setiap contraction yang baik pula akan berlangsung selama 40-60 saat. So, waktu kita dah boleh meneran (bukaan lengkap), kita kena meneran PADA WAKTU CONTRACTION berlangsung. Kalau contraction stop, kita pun stop jap, rehat jap, atur nafas semula. Bila ada contraction lagi, tarik nafas, mula teran lagi. Teran sekuat-kuatnya macam waktu sembelit (bak kata ibu-ibu bidan). Yang bagus, teran lama-lama, tapi saya pun tak tahu macam mana susah/senangnya buat benda ni. Kena tanya pengalaman ibu-ibu yang dah pernah bersalin. Sebab saya selalu try2 jugak meneran, tapi macam nafas tak cukup panjang. Hmm. Kena berlatih pernafasan kot.
3. Buka mata, jangan tutup. Mata pandang ke perut. Dagu kalau boleh kena lekat kat dada supaya effective.Yang ni ibu-ibu selalu lupa. Sebab kalau kita tahan sakit atau meneran kan biasanya tutup mata.
4. Tutup mulut. Jangan mengeluarkan suara.
Ini pun selalu susah. Ibu-ibu terbuka mulut, atau terkeluarkan suara. Mungkin lupa, so kena ada orang yang sentiasa ingatkan. So suami/family pun kena belajar jugak cara-cara meneran yang betul sebab ibu-ibu akan lupa sebab kena tahan sakit lagi, kena fikir kepala baby dah keluar ke belum, etc. So bukan salah ibu bersalin kalau dia lupa. Hehe. Kalau keluarkan suara, tenaga digunakan so dinasihatkan agar tidak mengeluarkan suara supaya semua tenaga tertumpu pada proses meneran tadi :)
5. Kaki kena betul-betul kangkang.
Tangan pegang kaki. Boleh pegang part buku lali, boleh jugak pegang kt paha.Tapi paha mungkin berat sikit kan. So better pegang kat betis tu supaya bukaan kaki lebih besar.
6. Jangan angkat punggung.
Hehe..ini paling kerap terjadi, angkat punggung. Pastu bidan.nurse akan marah-marah. "Ibu punggungnya diam bu"..pastu ibu tu pun cakap, "Oh maaf lupa".. comel ja..Takut luka lebih besar kalau terangkat punggung.
TIPS tambahan : WAJIB.
Para suami pun kena belajar + hafal + fahami cara meneran. Sebab IBU AKAN LUPA. Lebih-lebih lagi ibu yang jarang practise, cuma baca. So suami/orang yang teman bersalin kena sentiasa ingatkan.
Rasanya setakat ni dulu lah saya type. It's for me and for those who wanna learn :) Saya harap boleh lah membantu sedikit sebanyak. Saya pun tak tau my own experience nanti macam mana. Dan ini saya tulis yang NORMAL saja. Kalau kudrat saya mengizinkan sebenarnya saya nak tulis semua benda termasuk kemungkinan-kemungkinan tak normal yang boleh terjadi. Tapi susahlah nak tulis macam tu. Berbelit-belit nanti pening orang nak faham. Huhu.
Yang baik datang dari Allah :) dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri :(
6 wonderful voice(s):
Hehe ngam! Tq tulis entry pasal ini. Tp tulah, kalau baca jak nanti possible jgk terlupa. Harap2 nurse n doctor cakap baik2 lah utk ingatkan. Haha. Ataupun mmg mau suruh suami baca jgk ni. Sy suda pegi tgk wad dgn labour room semalam. Oklah, dpt bayangkan keadaan kita nanti mcmana. Harap2 dapat mcm yg suda plan n dapat bersalin normal. Setakat ni tiada masalah utk normal sbb baby suda pusing2 n berat dia estimated 3.2kg by edd. Tp mmg kena control diet la.
Wah, bestnya sudah tgk labour room, yg di luyang ka?sudah buat appointment? InsyaALLah bersalin normal kalau kita think positive :) Dlm buku hypnobirth tu ckp kita boleh communicate dgn baby, so kena selalu ckp2 la dgn baby yg kita mau lahir normal.hehehe..insyaAllah baby ikut :D
Iya, skrg ni lega suda sebab semua prob yg mgkn xdpt normal tu semua suda ok. Mmg dlm kepala set normal jak ni. Think positif kannnn. Sy aritu tnya2 psl operate, bukan apa, utk tau info n ready2 jak. Smpai tu nurse hairan n tanya, kenapa, ko xmau bsalin normal ka? Haha.. Mau solat hajat ni bnyk2, doa dipermudahkan semua. Walaupun mau sujud lama2 pun x dapat suda ni. Huhuhu.. X tahan nafas. Nanti kalau meneran kena bnyk tenaga n tahan nafas jgk tu kan?
menakutkan sgt bersalin ni. tp mujur jugak ada entry yah ni. nnt kya print and baca ulang2 kali, and bagi fami baca dan hafal.
jazakillah yah. semoga urusan kita semua nk bersalin dipermudahkan.
p/s: confirm kya nanges nnt. wuwuwu. kena semangatttttt!!
Kenapa kne buka mata ye? Saya buka mata waktu meneran. Pastu ada yg ckp salah.. Kne tutup mata. Akibatnya ada urat2 sekeliling mata ada yg terpengaruh dan membuatkan saya rabun @.@ waaaa... Sampai skrg blur2 je...
good info..sa tunggu ari sj lg ni..bloody show suda ada..first baby..nerveous pula ni..
Post a Comment