Saturday, 15 September 2012

O&G?

Minggu ni adalah minggu yg paling saya rasa enjoy, di antara kesemua minggu-minggu Magang :) Saya minat sangat belajar kat department ni, entah sebab saya tengah pregnant, atau memang minat dari dulu. Mungkin sebab pregnant.

Atau sebab sekarang kat Majalaya ni tak ada koas, so kami diberi peluang sepenuhnya untuk buat apa yang kami nak, so rasa diperhatikan lebih sikit. Hehe.

So minggu depan kena manfaatkan satu minggu lagi without koas. Minggu selepas tu dah ada koas, so kena bagi peluang kat dorang jugak untuk menambah ilmu.

Kat sini setiap hari boleh scan perut. Me & Naqi dah belajar macam mana nak scan baby. Doktor pun dah bagi kepercayaan pada kami untuk scan baby patients dari awal sampai akhir :) Best2.

Kat sini, kami senang dapat peluang untuk melahirkan baby. Hari kedua ditugaskan kat ruang bersalin kami berdua dah diberi peluang untuk melahirkan tiga bayi. Waktu tu ketiga-tiga ibu dah bukaan 8cm. Tunggu punya tunggu, dah jam 2pm, perut saya dah memanggil-manggil untuk makan. Lepas tu balik rumah jap untuk solat, sebab biasanya ragu-ragu nak solat dengan kain yang kemungkinan dah kena darah atau tahi kuda? Ehmm.. Plan nak pergi semula lepas solat. Tapi malangnya, lepas solat saya tertidur kepenatan sampai Asar. Hihi. So peluang kami tu terbuang begitu saja. Isk2.

Kalaulah kami dapat duduk dalam hospital, alangkah indahnya.. :(

Minggu ni tiba-tiba saya rasa macam nak jadi O&G specialist pun ada. Tapi...kat Malaysia tak tau macam mana keadaan dia, orang cakap susah. Entah mampu atau tidak. Kalau kat sini, confirm saya akan pilih O&G :) Tapi saya bukannya akan belajar kat sini pun..hehe..

Sekarang ni musim ibu-ibu yang Last Menstrual Period bulan Disember dan Januari yang nak melahirkan. My LMP was in February, so kemungkinan besar ada 2 bulan lagi untuk saya..insyaAllah kalau semua dilancarkan..amin..:)

Sekarang kepala baby dah kat bawah, berat dah 1400g (terakhir check Jumaat dua hari lepas), tapi USG machine tu kan error untuk EFW (Estimated Fetal Weight) adalah +-200g hingga 300g. So plus minus around that number la jugak..terlebih berat sikit..banyak sangat makan Nasi Padang kot..hihi.. atau pun tiap hari beli Jus Buah yang pekat dan sedap depan hospital tu bergelas-gelas. Isk2.

Cuma kekurangan kat sini, sangat kurang makan sayur. Sebab tak ada kedai jual sayur kecuali kat Nasi Padang yang sayur cuma daun pucuk ubi rebus, kadang-kadang masak lemak nangka. Susah sangat nak dapat sayur hijau my favourite. Hari ni saya kat Bandung plan malam ni nak bawak balik bekalan timun banyak-banyak untuk seminggu. Tak lalu tengok sayur dan semua benda kat pasar kat Majalaya tu..hihi..Nak ambil gambar masuk blog tak lalu :P Harap one day, tempat ni dapat la menikmati kemajuan, jalan dibaiki, ada angkot, cian penduduk-penduduk dia, macam zaman saya kat Malaysia pada tahun 1989 dulu. Better kot tahun 1989 dulu kat kampung saya di Sabah tu.

Sebenarnya tak kisah pun tak maju, yang penting bersih. Tapi kat sini, kebersihan sangat teruk, tak diambil kira. Tapi ramai orang Islam. Islam kan mementingkan kebersihan. Mungkin mentality masyarakat sini, macam ni dah dikira bersih. Kalau penjual tu terjatuhkan something yang dia jual kat atas tanah, dia tak buang pun benda tu, dia still ambil dan jual balik. Contohnya terjatuhkan sudu yang dia pakai untuk bakso yang dia nak letak kat mangkuk bakso pembeli, dia akan ambil balik, dan terus letak kat mangkuk bakso tu. Lepas tu bagi kat pembeli. Sampai begitu sekali ignorance dorang terhadap kebersihan.

Saya pun pernah nampak beberapa kali waktu saya beli makanan. Kadang-kadang terjerit sikit bila dia buat macam tu. Pastu rasa bersalah, nak cancel atau tidak. Nak cancel atau tidak. Kadang-kadang beli ja, bungkus, lepas tu kat tempat lain, buang. Kadang-kadang sebab tak nak membazir, buat-buat tak tau, buat-buat lupa, makan ja tutup mata. hehe. Teruk teruk teruk.

Eh, tadi saya plan nak buat 1 paragraph ja untuk post ni, tapi kenapa tiba2 macam banyak? K lah, banyak benda kena buat hari ni, nak kemas rumah, tunggu bapak datang cat dinding rumah yang dah tak elok. Dua minggu lagi rumah kami ada tetamu :D

0 wonderful voice(s):

Post a Comment