Tuesday 4 September 2012

Picnic-SilkAir-Majalaya


Assalamualaikum..sekarang tengah rajin edit dan upload gambar. Sebab my work dah habis. Presentation, penyuluhan, isi logbook ja belum, tapi jap lagi saya isi lah :) Lagi 3 hari kami akan habis kat Pediatric Dept ni :)

Firstly, upload gambar picnic last minute hari tu before balik Bandung :) Kali ni banyak gambar sikit berbanding raya tahun lepas, sebab ada orang rajin ambil gambar. Kalau harapkan saya dan Naqi, memang kosong lah camera tu. Hehe.. Last year saya ada jugak ambil gambar sikit-sikit, tapi banyak gambar blurr pulak :(

Dua hari before balik, kami menyempatkan diri pergi picnic kat belakang rumah, 5 minit naik kereta sampailah. Angin kuat waktu tu, susah sikit untuk bakar arang untuk buat barbeque. Tapi bakar tetap bakar. Semua habis jugak dimakan. Hehe..Tapi sian my sister sakit perut (diarrhea), baru duduk jap sudah cari toilet. Terpaksa abg Daffy bawak balik rumah jap. Hehehe..pastu datang balik, Nasib baik rumah dekat.

Ini ada sikit-sikit gambar yang saya sempat edit. Combine saja supaya tak banyak kena upload.

Bakar sate
Durian yang kedekut isi
Main air
Main-main di tepi pantai
Sebelum bbq siap. Makan ice cream dulu :)

Amer & Ain jumpa rumpai laut. Sakai :P
Udang!!!

Ain dan Izzaidah. Sakai lagi dengan rumpai laut.
candid by Ana. I love this picture :)

Love this picture also. Sebab tu bagi size extra large tapi tak muat pulak blog ni. Huhu

Sabtu lepas pulak kami bertolak semula ke Bandung. Naik SilkAir Airlines, anak syarikat Singapore Airlines. Kenapa kami tiba-tiba pilih SilkAir? Sebab AirAsia mahal sangat waktu tu, itupun tinggal tiket hari Jumaat. Kebetulan kami jumpa route yang direct pergi Bandung dari KK lalu Singapore pada hari Sabtu, satu-satunya yang lebih murah dari AirAsia. So naik 2 flights (KK-Singapore), kat Cangi Airport tu ada masa 45minit ja untuk next flight. Beza murah RM200 ja pun dari AirAsia tapi layanan jauh lagi best dari AirAsia (RM2300 vs RM2100). Tak payah bayar seat, tak payah bayar luggage, dapat 2x makanan berat tak perlu bayar dalam flight, extra luggage pun dia tak denda. Check-in luggage pun terus direct sampai Bandung, tak perlu susah-susah check in sekali lagi macam AirAsia. Kesimpulannya sama la macam Malaysia Airlines (MAS) kalau ambil connecting flights. Cuma MAS tak ada direct pergi Bandung ja. Huhu.


 Nasi lemak

Gambar-gambar makanan untuk 2nd flight (Singapore-Bandung), yang 1st flight tak ingat nak ambil gambar plak.    


Keesokan harinya, (Ahad), kami bertolak ke Majalaya pulak, 2 jam dari Bandung naik public transport. So sekarang gambar-gambar Majalaya pulak.
Macam saya pernah cakap sebelum ni, kawasan ni tak ada angkot, angkot cuma sampai di pasar/pekan sahaja, bila masuk ke Rumah Sakit, dah tak ada angkot, yang ada cumalah kereta kuda atau ojeg. Kadang-kadang kami naik ojeg, kadang-kadang naik kereta kuda.

Ini kawasan depan hospital tempat kami Magang sekarang. Memang penuh dengan kereta kuda lalu lalang membawa penumpang.
Kuda tengah tunggu penumpang
Beginilah suasana di depan hospital setiap hari
Dipenuhi penduduk-penduduk yang menjalankan aktiviti seharian, dan pemilik kuda yang gigih mencari rezeki
Jalan-jalan kat tepi tu jangan terkejut kalau saya zoom, kalau ada masa saya ambil gambar dekat-dekat. Tahi kuda takkan dibersihkan, cuma dibiarkan kering sampailah kembali menjadi rumput (Sisa-sisa rumput yang dimakan oleh kuda --> jadi tahi --> jadi rumput hancur semula, yang kering dan berterbangan di mana-mana)

Suka tengok kuda putih atau kuda cantik-cantik yang dihias
Waktu ni kebetulan ada beberapa kuda tengah tunggu penumpang. Kat depan tu hospital.

Ini gambar kami naik kuda. Kuda kat depan tu warna putih so tak nampak sangat. Kesian dia terpaksa bawa kami yang berat-berat ni.


Ok, cukup pasal kuda. Ini tadi saya ambil gambar baby kembar baru lahir. Tapi yang sorang tengah nangis. Takpe kot saya letak dalam blog ni, identiti dirahsiakan. Hehe..Jangan kena saman plak :P
 
Comel kan :)
Ini gambar yang kat Instagram Naqi siang tadi. Tiap hari kami makan kat tempat sama, lauk sama, nasi padang, sebab itu ja yang available dekat-dekat situ. (makanan berat). Kedai lain selalu tutup. Lamanya cuti raya. Huhu.
Ini nametag kami, tinggal 31 hari lagi kami akan habis Magang, dan cutiii before decide untuk kerja bila :) Tag naqi dah kabur sebab saya punya buat baru ganti yang hilang..hihi:) 31 hari lagi dah tak perlu pakai tag ni :)))

2 wonderful voice(s):

Wazie Wahidah said...

Shhhh malu la tu sakit perut. Haha. Rugi betul x dapat betul2 enjoy picnic. Kesian dengan daffy2 sekali terpaksa terlibat sama. Haha. Eh, aritu ko minta gambar picnic ba kan. Ada jugak sikit dalam phone tapi belum lagi transfer. Belum sempat on laptop.

Bestnya makanan dalam flight tu. Aritu masa jam 12pm kami di segama saya nampak flight kamu baru terbang. Saya rasa la flight kamu, ekor dia biru. Hehe.

Ei, kereta kuda! Macam best jak tu. Kalau pegi honeymoon bestla kan. Kalau hari2 naik kali boring jgk. Tapi bestla sebab susah jumpa di sini. Belum lagi pernah naik seumur hidup :p

Bestnya masakan padang! Saya suka! Hehe. Nanti saya mau belajar masak dari buku resepi mak tu. Aritu saya pegi restoran koki bandung di alamesra. Ingatkan masakan padang tapi bukan. Ada semua yang penyet2. Ayam penyet, kambing, puyuh etc2. Tapi masakan padang jauhhhhh lebih sedap la. Ayam penyet dia pun macam ayam goreng yg perap garam kunyit ja ni. Haha.

Nametag naqi tu kabur suda ka pulak. Patutla yang terang mata sama janggut ja. Hehe :p

Eh ada gambar kami, candid ka posing tu. Haha. Yeay, xlama lagi boleh cuti suda :)

Rafahiah Haron said...

Hehe pnjg mcm 1 post baru plak komen wdh if tgk dari hp.hehe.oh xpa sudah minta ana gmbr. Sy bukan minta wdh gmbr..tp suruh buat entry psl tu d blog.hehe.

Oh..mmg flight kami la tu. Biru.hehe. satu ja silkair sy tgk time tu. Mskn padang ni yg kami mkn yg sikit ja pilihan tp mmg sdp la. Sy selalu tgk dorg buat smbl yg wdh suka tu pakai lesung besar. Tp x pla sy tnya resepi.hehe. yg ayam penyet sini pun mmg pakai kunyit ja tu kan. Beza nya dia lembut n penyet ja. Sama ja kali.

Nanti la ada rezeki murah kita dth bndung lg. Kami pun ntah bila dpt dtg lg pas kerja. Medti rindu jg tu kan..6thn lebih tgl sini..

Post a Comment