Dalam operation semalam, Fallopian tube dia yang sebelah kiri diikat. However, I didn’t know about her previous operation. Lepas baca tentang medical record dia, saya pun menuju ke katil tempat pesakit tersebut dirawat. Ucapkan selamat pagi, tanya keadaan semasa ibu, dan memulakan pemeriksaan vital signs, dan keadaan abdomen beliau setelah dibedah, dan tulis instruction for therapy.
Glossary English-bahasa indonesia :
Fallopian tube – indung telur
In vitro Fertilization - Bayi tabung
(Perbualan adalah dalam bahasa Indonesia)
Sebelum meninggalkan patient, I asked her if there’s anything she wanted to ask, then she said, “Doc, selepas ini saya masih bisa hamil ga doc?”
Saya terdiam sekejap, menurut pemahaman saya, kalau dah 2x Ectopic Pregnancy, maksudnya kedua-dua Fallopian tube dah involved dan dah diikat. (Because most ectopic pregnancies occur in the Fallopian tube, walaupun sebahagian kecil boleh terjadi di beberapa tempat lain).
Tapi, untuk tidak memberi jawapan terburu-buru mengatakan beliau dah tak boleh pregnant (dan memang saya tak pasti pun operation sebelum ni adakah Fallopian tube dia di sebelah kanan dah diikat), saya tanya balik ke patient,
“Ibu, kita harus tahu dulu bagaimana riwayat operasi ibu sebelum ini, adakah indung telur sebelah kanannya sudah diikat, atau belum. Kalau belum, maksudnya ibu masih bisa hamil. Tapi kalau ternyata sudah diikat, ibu sudah ga bisa hamil. Ibu tahu ga tentang operasi yang dulu?”
Ibu lalu menjawab, “Oh, yang dulu kayaknya ga diikat doc, operasinya di tengah rahim”
Walaupun saya tak berapa faham maksud ibu dengan “operasi di tengah rahim”, saya assume je la dia maksudkan sebelum ini kehamilannya bukan di Fallopian tube. Walaupun saya kurang yakin dengan jawapan ibu.
So saya pun jawab, “Kalau masih belum diikat, ibu masih bisa hamil” jawab saya sambil senyum, supaya ibu (yang saya boleh anggap adik sebab masih umur 25 tahun) tak sedih sangat dengan kehamilan dia yang ke-2 yang masih gagal ni.
Tak lama lepas tu, sebelum saya pergi ke pesakit seterusnya, datang seorang doktor yang operate patient semalam. Dia lebih tahu keadaan patient dan keadaan dalam rahim patient sebab dia yang operate. Saya berdiri sebelah patient, sambil doktor tersebut terus cakap kat patient hal sebenar,
“Ibu, setelah ini ibu sudah tidak bisa hamil” kata beliau dengan yakin. “Kerana semalam saat saya operasi ibu, ternyata sebelum ini indung telur ibu yang kanan sudah diikat, dan semalam saya ikat indung telur yang di sebelah kiri kerana penyakit ibu”
Lepas doktor cakap macam tu, ibu tersebut terus burst into tears. Dia menangis bila tahu dia dah tak boleh pregnant, dan dia masih belum ada anak. Saya yang berdiri sebelah dia pun turut sedih sebab saya faham perasaan dia. Huhu. Saya cuma dapat tenangkan dia dengan mengusap-usap badan beliau.
Ibu then bertanya lagi kat doktor, “Bagaimana tu doc, saya udah ga bisa hamil...” sambil menangis teresak-esak lagi.
Melihat pesakit tersebut menangis, muka doktor lelaki ni pun berubah jadi muka empathy, lalu doktor jawab, “Bukan ga bisa sama sekali bu, bisa tapi pakai bayi tabung”. Jawab doktor cuba menenangkan keadaan. Ibu terus menangis, dan lepas selesai follow up apa yang saya dah periksa tadi, doktor pun pergi. Lalu tinggallah saya dengan ibu ni. Takkan lah saya pun nak tinggalkan patient menangis macam ni. Saya duduk lah lama sikit kat situ sambil tenangkan patient.
I know it’s hard for her. Saya sendiri pun pasti akan menangis kalau situasi macam ni terjadi kat saya. Lagi-lagi kat sini bukannya senang-senang nak buat bayi tabung uji (In Vitro Fertilization). Bayaran pun mesti sangat mahal.
Tapi, saya explain jugak lah kat patient, siapa tahu ada rezeki dia boleh buat suatu hari nanti.
“Ibu, maksud doktor tadi, peluang masih ada dengan bayi tabung. Maksudnya telur ibu diambil dan sperma suami ibu diambil lalu disenyawakan di satu tabung, nanti bila terjadi pembuahan, diambil lagi lalu dimasukkan ke rahim ibu. Rahim ibu masih baik, yang diikat itu cuma indung telurnya. Kalau indung telurnya diikat, sperma ga bisa bertemu dengan telur ibu di indung telur, jadi ga bisa disenyawakan. Tapi masih ada peluang disenyawakan secara bayi tabung. Cuma, masalahnya, biayanya agak mahal, dan persentasi (%) keberhasilannya bisa macam-macam tergantung kondisi telur ibu dan sperma suami ibu, dan keadaan rahim ibu waktu itu. Tapi peluangnya masih ada”
Lepas tu ibu dah berhenti menangis sikit, then dia tanya “Kira-kira berapa biayanya doc?”
Saya jawab, “Kalau tentang biaya, saya kurang tahu berapa yang pastinya bu, kalau ibu berminat, di RS Hasan Sadikin ada fasilitasnya cuma masih agak terbatas”
Ibu pun dah lega sikit, walaupun saya tak pasti adakah patut saya explain se detail itu kepada ibu sebab memang mahal IVF tu, tapi mudah-mudahan ada rezeki ibu ni untuk mendapatkan anak melalui cara tu.
“Ibu sabar ya bu” sambil mengusap perlahan belakang ibu lalu berlalu ke pesakit seterusnya.
Huhu. Another unforgettable event for me =( Semoga saya selalu bersyukur dengan apa yang diberikan Allah kepada diri ini, dan sentiasa ingat akan insan lain yang lebih berat dugaan mereka =(
We have many things to be grateful for :-)
6 wonderful voice(s):
Sedihnya..:( kak yah..yg kandungn luar rahim ni tjdi sbb apa?rahim x kuat?
Kakak, rahim kuat or tidak pun boleh kena tu. Lgpun kita tidak dpt control di mana tu telur yg sudah fertilize mau menempel. Kdg2 tiada sebab jgk tu. Mcm pernah baca, kalau pernah operate ada risiko jadi hamil luar rahim. Pandai2 jak menjawab, bukan tau betul ka salah. Haha :p
Kesiannya dia, tapi harap2 dia ada rezeki buat ivf. 10k kali kan ivf? Ada jgk ektopik yg xperlu ikat kan? Mungkin yg bukan ruptured, ya ka? Ada jugak sy pernah baca blog org cerita kawan dia dari lahir memang tiada rahim. Tapi dia tetap kawin la. Sebab tu org tu bilang kita patut bersyukur kena period pain, kena sakit apa2 lagilah yg berkaitan perempuan. Sebab ada org lahir tiada rahim. Huhu. Tapi insyaAllah ganjaran di akhirat berlipat ganda untuk org tabah macam tu.
Jadi doktor pun kena pujuk2 patient kan, huhu..
iya kak Waidah..Alhamdulillah..^__^ senggugut tu sakit...tp yg paling sakit klu x rahim..T_T mental fizikal skit..
Ya kakak..betul tu apa yg k.wazi ckp.. penyebab dia banyak..kelainan anatomi rahim, previous history of operation di daerah dkt2 rahim, previous history of ectopic pregnancy..infection di daerah rahim n panggul..keputihan banyak n lama sampai mengganggu perjalanan sperm ke fallopia tube..n banyak lagi..:)
Sis wazie : Sy pun xtau berapa harga..tp msti la sgt mahal kan..ya, ada jg ektopik yg xpayah ikat..kalo masih kecil, mkn ubat ja, tp ya la ini dia x sedar pun dia pregnant. tiba2 sudah ruptured..huhu..tadi sy follow up lagi, dia ok sudah, boleh senyum2 suda :)
baiknya yah pujuk2 patient. mmg patut jadi doctor kan yah ni. hee.
thanks for the entry, kite pon kene byk2 bersyukur
sian kat dia..xde org pujuk time tu..hehe..so yah pujuk la :) sama2 kak ya..:)
Post a Comment