Internet connection problem. Jadi malas untuk online..huhu..walaupun tak penting sangat pun online ni..hee..
Tapi nak tempek jugak one story lagi di blog ni. Sebelum malas nak tulis esok-esok.
Yesterday was our unlucky day. Mula-mula lucky laa sebab I think we had a very productive 24-hours (Saturday evening till Sunday evening). Sebab dapat siapkan banyak kerja within 24 hours kat Bandung. Dari dugaan bekalan elektrik diputuskan sebab lambat bayar, sempat bergelap sekejap Sabtu malam tu sebelum ada jiran datang membantu mengembalikan semula bekalan elektrik tu (lepas kami dah pergi bayar bil hehe..), lepas tu bersihkan kawasan rumah yang dah lama tak dibersihkan, upah orang cat rumah sebab kami dah nak habis belajar kat sini (nak tinggalkan rumah kepada tuan rumah dalam keadaan proper), Naqi uruskan sim card dia yang tiba-tiba rosak, makan apa yang diidamkan, dan siapkan semua kerja sebelum jam 6 petang sebab nak balik Majalaya.
Sabtu petang lepas selesai tugas kat hospital, kami bertolak balik ke Bandung. It took 2 hours from here to Bandung, naik ojeg + angkot + Arnes Travel + angkot. Itulah rutin kami berdua tiap minggu. Sanggup balik walaupun sehari sebab kat Bandung sentiasa ada hal untuk diuruskan, lagi-lagi musim dah nak balik for good ni :) Dan kami perlukan air bersih jugak untuk kulit kami ni. Kesian Naqi dah asyik timbul merah-merah dan gatal-gatal kat kulit due to allergy.
Nak dijadikan cerita, semalam (Ahad) kami nak balik semula ke Majalaya. Disebabkan kami kena mulai check patients kat hospital pada jam 7 pagi hari Isnin, kami kenalah sampai Majalaya pada Ahad malam.
Macam biasa, kami akan naik shuttle service Bandung-Jatinangor dulu. Dari Bandung jam 6 petang, sampai Jatinangot jam 7 malam. (it's a 1-hour-journey via toll), lepas tu kami singgah makan sekejap sebelum meneruskan perjalanan.
Sepatutnya, perjalanan seterusnya adalah dengan angkot Cileunyi-Majalaya (one-hour journey jugak lalu jalan kampung), tapi bila kami sampai kat terminal angkot, unfortunately tak ada satu pun angkot menuju ke Majalaya yang kelihatan. Bila tanya ke bapak-bapak kat situ, baru kami tahu rupanya angkot dah tak ada. Angkot terakhir adalah pada setengah jam yang lalu.
Salah kami jugak lah sebab tak alert dengan waktu angkot Cileunyi-Majalaya ni beroperasi :(
Nak tak nak, kami kenalah bermalam kat Jatinangor malam tadi. Tapi, mana nak menginap? Mula-mula plan untuk tumpang masjid. Oleh kerana kami kurang mengenali our super-duper junior yang kat Jatinangor sekarang, kami tak dapatlah nak cari tempat menumpang. hehe. Kesian. Moral of the story, kena kenal-kenal jugak dengan super-duper junior okay :)
Kami pun pergi mencari-cari pemilik kosan kat Jalan Sukawening, jalan yang ramai student tinggal. Nak cari bilik kosong. Mula-mula pergi Kosan Permata, tapi bilik semua full.
Kemudian, kebetulan kami dikenalkan dengan Pak Ujang, salah seorang pemilik kosan kat area situ. Dia kata ada bilik kosong tapi belum kemas dan tak ada lampu etc. Kami tak kisah pun ada lampu ke tidak, asalkan ada tempat menginap, tidur tepi jalan pun tak kisah sebenarnya. Hehehe. Yang penting selamat. Tapi of course la tepi jalan banyak nyamuk kan. Tak pasal-pasal dapat deman Denggi.
So lepas setengah jam, Pak Ujang siapkan bilik ala kadar, kami pun bermalam lah kat situ. Bayar siap-siap sebab takut besok pagi tak sempat jumpa. Alhamdulillah ada jugak tempat untuk bermalam, walaupun serba serbi kekurangan, tapi, macam lah tak biasa kan. Keesokan harinya (pagi tadi) kami bangun jam 4.30 pagi, dan bertolak ke Majalaya jam 5 pagi. Masih gelap dan sejuk. Kerinduan terhadap kedinginan di Jatinangor terubat seketika :P
Akhirnya, jam 6.30 pagi kami pun sampai di terminal angkot Majalaya. Lepas tu naik ojeg pergi kawasan hospital.
The end.
Monday, 17 September 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 wonderful voice(s):
Mau kesian pun macam tidak bikin kesian.. Haha.. Macam best dan romantik pulak tu merempat suami isteri :D adventure dan sweet memory :D
haha..kesian la bah..penat tu kami cari tmpt tidur..:p itu cerita ringkasan suda tu, tu pun malas2 lagi sy mau taip..hehe.. romantik la kali kalo kami naik kereta best ;p
Post a Comment