Tuesday, 30 June 2009

Ya Rabbi, bimbinglah kami ~

"Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan benar (adil), dan Tuhan kami ialah Tuhan yang Maha Pemurah lagi yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu katakan" (Q.S Al-Anbiya :112)


Assalamualaikum w.b.t,


Kemalasan menulis blog terhenti disebabkan kebosanan yang lebih mengatasi kemalasan itu. Disebabkan terhentinya kemalasan itu dan memuncaknya kebosanan, maka saya pun meneruskan aktiviti menulis blog.

Hari pertama selesai peperiksaan dihabiskan dengan aktiviti tidur disebabkan serangan influenza+rhinitis dan sedative effect of antihistamine. Hari ke-2 dihabiskan dengan percutian di Garut, sebuah tempat pelancongan yang agak menarik jika pergi beramai2. Cuma kalau pergi berseorangan, bagi saya ia bukanlah satu tempat yang menggembirakan. But i did definitely enjoy the trip =) Hari ke-3 dihabiskan dengan perbincangan bersama rakan2 tentang remedial, pembelian ticket balik cuti dan hari raya, serta aktiviti makan tomyam beramai2. Hari ke-4 dihabiskan dengan perjalanan ke airport untuk membeli ticket hari raya, dan juga bershopping di Pasar Baru, di tengah kesesakan Kota Bandung yang rakyatnya sedang bercuti.

Dan hari ini, hari ke-5, di sini lah saya, kembali ke blog sambil mendengarkan wirid rabithah yang sangat menyenangkan & menyejukkan hati saya. Dan bersedialah untuk post yang datang secara spontan dari kepala yang sedang sejuk mendengar lagu ini.Maafkan saya di atas ke-skema-an ayat saya pada hari ini. Post ini mungkin cuma difahami oleh orang2 sekeliling saya yang faham dengan perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar fakulti perubatan tahun ke-3 di Universitas Padjajaran, Indonesia dan juga sebagai hamba Allah yang sentiasa diuji dengan dugaan dan cabaran yang memerlukan kesabaran.

Kesukaran dan kesibukan menghadapi peperiksaan cukup membuatkan hati-hati kita yang lalai dan leka dengan pelajaran kembali kepada kerelaan atau keterpaksaan untuk mengulangkaji pelajaran. Yang sering lupa kepada Tuhan, mula kembali memohon doa untuk diberikan kejayaan. Mula takut untuk melakukan dosa yang mungkin akan membawa kepada balasan kegagalan. Tak kurang juga ada yang terus lalai dengan kehidupan seperti sebelum peperiksaan. Ada yang takut untuk terlepas kata, bimbang dikatakan tidak bersyukur dengan apa juga keputusan yang diberikan Allah. Ada yang sudah pun menunjukkan sikap tidak bersyukur dan merasakan memperoleh sesuatu yang tidak setimpal dengan apa yang diusahakan.

Bagi saya, kesediaan untuk menghadapi kegagalan itu memang agak susah untuk dipupuk, tapi mahu tidak mahu, kita perlu memupuk semua itu sejak awal. Bagi pelajar yang memang sangat rajin berusaha, sememangnya kegagalan adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. (Terpulang kepada setiap individu bagaimana untuk mendefinisikan kegagalan tersebut). Bagi pelajar yang malas pula, layakkah kita untuk merasakan ketidakpuasan di saat menerima berita yang kurang memuaskan?

Saya melihat suatu variasi dalam diri setiap pelajar-pelajar perubatan seangkatan dengan saya. Bagi saya, setiap individu yang saya kenali terutamanya yang pernah berada di dalam tutorial yang sama dengan saya, sejak tahun satu hingga tahun tiga, masing-masing mempunyai kualiti tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Setiap individu mempunyai keunikan yang tersendiri, tiada yang terkecuali. Untuk sesiapa yang merasakan pernah berada di dalam tutorial yang sama dengan saya, setiap dari anda termasuk dalam siapa yang saya maksudkan. Saya melihat keunikan dalam setiap individu, cuma tak perlu disebutkan satu persatu untuk tidak menerbitkan perasaan UJUB atau suka dipuji, sesungguhnya sikap itu sangat tidak disukai oleh Allah :))

Cuma, disebalik setiap keunikan tersebut, setiap individu termasuk diri saya, dibezakan dengan beberapa sikap yang mungkin datang dari pengaruh syaitan, yang menguji kekuatan kita untuk sama ada terus menunjukkan keunikan itu, atau pun terjerumus dalam perbuatan2 atau sikap2 yang sepatutnya tidak ada dalam diri seorang pelajar.

Saya cuba contohkan beberapa sikap (sekadar menyebut beberapa sikap) :

1.Malas - Ini perkara utama yang mengganggu saya dan pelajar seangkatan dengan saya. Sikap rajin dan malas datang bersilih ganti. Semuanya direflekskan dengan sikap malas datang ke kuliah (walaupun kehadiran 100% diperlukan untuk layak menduduki peperiksaan), sikap malas membuat Learning Issue dengan baik dan bermanfaat untuk orang lain, sikap suka bertangguh untuk meminta Learning Issue untuk dibentangkan pada perjumpaan seterusnya.

2.Mementingkan diri sendiri - Sikap ini terlihat pada orang yang suka belajar sendiri dan tidak ingin berkongsi apa yang diketahui dengan rakan2 yang lain. Contoh : Bila peperiksaan sudah menghampiri, Learning Issue yang dibuat cuma lah sekadar melepaskan batuk di tangga. Membiarkan rakan2 lain membaca lebih banyak untuk dikongsi bersama-sama rakan lain, tetapi bagi dirinya, "yang penting dah buat"..

3. Sikap memandang rendah orang lain - Merasakan diri sudah cukup hebat untuk merasa tidak puas hati dengan pelajar yang mendapat markah yang tinggi. Contoh ini dapat dilihat sewaktu mendapat result BHP6 (mid-term) baru-baru ini. Ada orang tertentu yang mengusulkan untuk mengemukakan petition untuk meminta kertas diperiksa semula. Tapi memberitahu orang lain bahawa beliau tidak berpuas hati kerana mendapat markah rendah, sedangkan orang itu..orang itu..mendapat markah tinggi. Perlukan kita menyebut nama orang2 yang mendapat markah tinggi lalu tidak berpuas hati kerana mereka memperoleh markah tinggi sedangkan markah kita rendah? Saya sangat memandang rendah kepada golongan2 yang memandang rendah kebolehan orang lain. Maaf, saya juga mendapat markah yang rendah untuk itu. Tapi tak pernah terfikir untuk merasakan orang2 tertentu tidak layak untuk mendapat markah yang tinggi.

Saya sukar untuk mengklasifikasikan sikap-sikap buruk kita kepada kelas-kelas tertentu. Untuk yang seterusnya, saya akan menyebutnya secara spontan.

Ada pelajar yang sering menitipkan/meminta orang lain menandatangani kertas attendance, tanpa alasan munasabah. Alasan paling munasabah yang diberikan adalah 'malas', 'lecture tak dengar pun, baik belajar sendiri kat rumah' dan beberapa lagi. Mungkin boleh dimaafkan sekali-sekala jika ada berlaku sebarang perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau seumpama dengannya. Alasan 'bangun lambat' sangat lah tak boleh diterima, apatah lagi kalau setiap minggu bangun lambat. Pelajar2 yang bersikap macam ni, saya nasihatkan : sila jangan merasa tidak puas hati kalau mendapat keputusan yang tidak memuaskan hati anda. Anda sangat layak untuk itu. Dan sila jangan mudah berpuas hati kalau anda mendapat markah yang tinggi, mungkin itu hanyalah kebetulan atau Allah mungkin ingin meneruskan anda di dalam kelalaian. Bersyukurlah sekiranya anda mendapat markah yang rendah untuk sikap tersebut, kerana mungkin Allah ingin menyedarkan anda dari lena yang panjang.

Sejak kebelakangan ini, kita telah diperkenalkan dengan dunia cyber. Lebih 50% pelajar di sini yang memiliki kemudahan talian internet. Semakin banyak gangguan-gangguan luaran yang datang untuk melalaikan kita dari kebiasaan seorang pelajar. Bagi pelajar lelaki, kemudahan laptop digunakan oleh segelintir untuk permainan komputer seperti Dota, Counter Strike (sekadar menyebut dua nama).. bermain sehingga lewat pagi. Ada yang bermain tak kira siang dan malam. Sesekali solat wajib seperti solat subuh ditinggalkan tanpa sengaja disebabkan tidur lewat. Walaupun pada hakikatnya, 'ketidaksengajaan' itu sebenarnya boleh dianggap sesuatu yang disengajakan jika melakukannya berulang kali. Maaf saya sangat tak berkenan dengan sikap tidur lewat lalu menunaikan solat subuh gajah. Ataupun mungkin lebih teruk,ada yang solat subuh pada waktu zohor. Ini bukan lah di dalam bidang saya, tetapi saya cukup tak gemar dengan sikap sahabat2 di dalam group tutorial yang kadang2 meninggalkan Learning Issue semata2 untuk bermain permainan tersebut. Ketika ditanya oleh lecturer, sahabat2 lain sudah cukup baik untuk membela, dan 'cover line'.. kalau sekali, atau dua kali..mungkin boleh dimaafkan. Tapi kalau berkali2..daripada nak 'cover line', dah bertukar macam nak bocorkan rahsia pun ada. How did I know he was playing dota? Because he told me so.

Dulu zaman 'friendster'. Sekarang zaman 'facebook' dan beberapa lagi. Ini salah satu cara untuk berkomunikasi dan menghilangkan kebosanan, saya tak nafikan. Bagi saya, buat lah apa2 sekalipun, selagi kita tak menyusahkan orang lain dan juga tak menzalimi diri sendiri sebagai seorang pelajar, masalah tidak akan timbul. Kecuali lah kalau Facebook itu membuatkan kita malas belajar, malas buat Learning Issue, tak sembahyang, etc.

Seperkara lagi, memang lumrah apabila seorang pelajar itu terjebak dengan kesibukan. Tapi biarlah kesibukan yang diambil itu setimpal dengan kebolehan kita untuk menyelesaikannya. Bebankan diri dengan sesuatu yang selari dengan kemampuan kita. Kalau merasakan diri tidak mampu, sila bahagi-bahagikan kepada yang mampu membantu. Dan yang ingin membantu, semoga Allah memberikan keikhlasan untuk benar2 membantu bukan dalam keterpaksaan. Kalau sesuatu itu dilakukan bukan berdasarkan kemampuan, tetapi sekadar untuk memenuhi aktiviti tahunan, dan kadang2 tidak mendatangkan manfaat untuk jangka masa panjang, tidakkah itu telah lari dari konsep seorang pelajar perubatan? Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa, tapi bagi saya, biarlah apa yang dilakukan itu berkaitan dengan keinginan kita pada masa ini dan bermanfaat untuk masa depan. Adakah aktiviti yang menyamai Anugerah Industri Muzik, atau Anugerah Juara Lagu, atau mungkin Anugerah Skrin sesuai dengan kehidupan akan datang kita sebagai seorang bakal doktor (insyaAllah)?

Ataupun sekadar ingin menunjukkan kecantikan diri sendiri pada hari tersebut, berbangga dengan anugerah Allah yang sepatutnya disimpan untuk orang yang lebih layak, anugerah bernilai yang ingin di show-off kepada setiap insan yang memandang? Kalaupun tujuannya adalah untuk mengeratkan silaturrahim, bukankah ada cara yang lebih baik untuk mengeratkan silaturrahim, bukan nya dengan menunjukkan kecantikan diri sendiri kepada orang lain. Selesai majlis, mula berkira2 siapakah yang paling cantik, siapakah yang pakai baju tak sesuai, siapakah yang pakai make-up tebal sangat, dan banyak lagi.

Dengan berkata-kata seperti ini, saya harap saya tidak dilabel sebagai seorang yang mempunyai penyakit hati. Orang yang berpenyakit hati sentiasa tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara. Saya berfikir sebelum menulis. Mungkin ada yang kurang berhikmah, saya mohon sejuta kemaafan, tapi perkara2 seperti ini sering menjadi kemusykilan dalam hidup saya selama tiga tahun sebagai seorang mahasiswa perubatan di universiti ini.

Kembali kepada kehidupan semasa. Esok adalah hari JUDICIUM (pengumuman keputusan peperiksaan) untuk pelajar tahun ketiga. Saya mendoakan kejayaan kepada setiap teman2. Semoga kita sentiasa berpuas hati dengan apapun hasil yang setimpal dengan usaha kita. Bagi yang kurang berusaha tetapi mendapat keputusan cemerlang, diharap tidak meneruskan sikap malas berusaha tersebut pada tahun2 akan datang. Dan bagi yang rajin berusaha tetapi kurang bernasib baik, anggaplah bahawa mungkin itu lah keputusan yang terbaik setakat ini. Semoga Allah membalas usaha tersebut dengan sesuatu kebaikan yang mungkin tidak kita sedari. Bagi yang kurang berusaha (atau berusaha pada saat-saat terakhir) dan mendapat keputusan yang kurang memuaskan, mungkin itulah keputusan yang sesuai dengan usaha kita, tingkatkan usaha pada masa akan dtg. Dan akhir sekali, kepada yang rajin berusaha, dan mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan! :)

Apapun keputusannya, terimalah hadiah dari Allah ini dengan hati yang terbuka. Memetik kata2 seorang kawan (Krie) :

"Ujian ini adalah latihan dari Allah untuk uji keyakinan kita padaNYA..kadang-kadang kita rasa kita berjaya sebab usaha kita sendiri,bukan dengan bantuan Allah. seolah-olah kejayaan itu hak milik kita sendiri, bukan dari kasih sayang Allah.sedangkan kita lupa, jika Allah x izin,tak ada yang mampu untuk kita buat bg mengubahnya.semua benda dibawah penguasaanNYA.."

Ya Allah, rahmat-Mu-lah yang kuharapkan, maka janganlah Kau biarkan aku mengurusi diriku sendiri (tanpa pertolongan-Mu) sekejap mata sekalipun, dan perbaiki urusanku semuanya, tiada sesembahan yang hak melainkan Engkau" (HR. Abu Dawud )

Marilah kita sama2 bertawakkal kepada Allah :

"Ya Allah, tiada kemudahan kecuali Engkau menjadikannya mudah, dan Engkau berkuasa menjadikan yang sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki" (H.R Ibnu Hibban)

Bagi yang barjaya, dan mungkin akan berdepan dengan pujian dan ucapan tahniah, saya sarankan membaca doa ini :

"Ya Allah, janganlah Kau hukum aku kerana ucapan mereka, ampunilah dosaku yang tidak mereka ketahui, dan jadikanlah aku lebih baik dari sangkaan mereka" (H.R Bukhary dan Baihaqi)

Dan bagi yang kecewa, disarankan agar tidak berputus asa dengan hidup, boleh amalkan doa ini :

"Ya Allah, hidupkanlah aku selama hidup ini lebih baik bagiku, dan matikanlah aku selama mati itu lebih baik bagiku" (H.R Muttafaq'Alaih)


Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk juga dari Allah, tetapi disandarkan atas kelemahan saya sendiri..

Saturday, 27 June 2009

Kekalkanlah cinta-Nya...

i'm going to Garut today.. utk program Ruhul Jadid.. I got flu since yesterday, not feeling very well.. tapi takpe la..perlu keluar dari zon selesa d rumah..bertolak jam 6.30am, and balik jam 11.30pm..

Saya baru tukar lagu dlm blog ni.. i like it very much..menginsafkan :(

Friday, 26 June 2009

Latest pictures of them~

Koleksi terbaru gambar anak rabbit













Abaikan persekitaran rabbit yang agak kotor tu ok.. saya takde banyak masa untuk menguruskan itu sehinggalah hari ini. eh esok actually. hehehe. hari ni masih dalam mood ingin berehat..

Terbaru, rabbit2 comel dah start keluar dari lubang, tapi masih berada di zon selesa. Sebab mereka masih malu dan takut2, setiap kali ada bunyi sesuatu, semua berebut2 nak masuk lubang.. saya pun risau jugak kalau rabbit2 kecik ni keluar waktu saya tak ada kat situ, sebab kucing yang seekor tu asyik masuk kawasan rabbit ni..

Setakat ni, anak rabbit yang berjaya saya kesan adalah TUJUH ekor. Banyak sangat untuk anak pusingan pertama. huhuhu. Macam mane lah saye nak bela banyak2..habis duit saye nak bagi makan kat diorang. Ade sape2 nak jadi ibu or bapa angkat tak?:p

Wednesday, 24 June 2009

Thank you Allah =)

Update entry pendek :

Saya perlu buat semula 4 station.

4 station itu adalah :

1. PE Otolarynx (ENT)
2. HT Otolarynx (ENT)
3. PE Spleen & Liver
4. JVP + PMI

To all my friends , jom study untuk jumaat ni. Best of luck!! =) Saya doakan semua kawan2 akan lulus semua stations hari jumaat ni. Amin.

Monday, 22 June 2009

Today In History ~

Salam..

Ok hari ni saya nak report pasal OSCE.. but remember, this is only my OSCE.. i repeat.. my OSCE.. saya tak dgr banyak cerita dari org lain, tapi ini adalah hasil 'my OSCE' dari pandangan sendiri.. dan kalau saya jadi doctor yang assess 'pelajar seperti apa yang saya buat tadi'.. saya pun akan gagal kan budak ni.. i deserve it..

Semua sekali ada 12 station, ada 4 kali rehat between sessions.. Each station : 10 minutes

1st station : Physical Examination of otolarynx (ENT) --> doc. nova jaga. mula2 rasa happy jugak sebab dapat dr nova. Tapi masuk2 je, saya terus pakai headlamp,greet patient, introduce, explain, bla bla bla.. tapi lupa benda paling penting --> i forgot to wash my hand and wear gloves. Ok takpe la.. pastu saya dah blurr. Saya lupa byk benda.. examine face pun tak buat. Yakin je buat cepat2 tapi sebenarnya lupa banyak step.. Result --> doc nova said : remedial nanti buat bagus2 yaa.. meaning?? ok FAIL..jumpa hari jumaat wahai otoscope..

2nd station : Local anaesthesia --> doc gita jaga. doc gita ni sangat baik, dia tau student nervous, dia pesan "santai2 aja"..saya pun jadi relax dan santai2 sampai terlupa pakai kan drape waktu inject. "Don't take things for granted". I forgot about this.. saya dah banyak kali hafal local anaesthesia ni, sampai saya anggap benda ni mudah. Tapi banyak jugak step yang saya tinggal. Result --> i failed

3rd station : IM injection --> tak tau nama doctor. I'm not sure how well i did, sebab time tgh yakin2 sebut SIAS.. doc tanya what is SIAS.. ok saya pun jawab (bajet betul la) --> sacroiliac anterior posterior. Tapi baru saya perasan itu ada lah SIAP.. pastu doc buat muka, then cakap 'ya udah udah'. Ini 50/50, kalo doc tu baik mungkin dia luluskan, kalau dia strict, mungkin dia failkan. Tunggu result nya esok. Tapi yang pasti, perlu study lagi.

4th station : HistoryTaking of a patient with chief complain of 'aural fulness'.
Tapi perlu buat HT untuk semua, Ears - external otitis, otitis media, cerumen. Nose- epistaxis,rhinosinusitis. Pharynx & Larynx - Sore throat, hoarseness, nasopharyngeal tumor. Ini rasanya ramai yang tak tanya semua benda tu including me. (Dah la kena cakap bahasa indonesia..saya baru tanya 'what is your name' pun patient tu blurr).Saya tanya utk ear only, and ada la pasal nose sikit2.Sbb chief complain 'aural fullness' je. Tapi sepatutnya perlu tanya semua. Sbb ada ayat kat instruction kata : use standardized ENT patient. Macam tu la lebih kurang. Yang ini saya yakin saya failed jugak.

5th station : Wound toilet & debridement. Yang ni soalan mengelirukan. Saya tak sure utk open fracture or tak. Saya buat wound care & dressing je. Saya harap saya lulus yang ni, walaupun saya ada jugak tertinggal 2 point. Tapi usually 2 point tu pun boleh fail jugak.. sebab yang ni memang sangat2 senang sbb point sikit tapi ada jugak yang saya terlupa.

Saya sangat blurr..huhuhu..

6th station : ECG - STEMI kot??Saya tak sure tapi saya buat STEMI. harap yang ni lulus. Amin.

7th station : JVP and PMI --> JVP patient tu sebenarnya normal. Tapi saya dgn yakinnya measure salah. Saya buat 5 cm. Jadi, mungkin saya perlu remedial yang ni jugak. Banyaknya kena remedial! waaa..

8th station : CPR in a 9-month-old girl --> doc ni baik, die ckp saya passed. Yg ni mungkin sume org pass. Alhamdulillah.

9th station : History Taking in Cardiology (Adult)--> yang ni saya check balik lepas habis tadi, saya dah tanya semua soalan. Harap lulus jugak =) Amin.

10th station : Sahli Method (Hemoglobin determination) --> Yang ni saya yakin method saya betul, tapi saya tak tau Hb concentration yg saya buat tu betul or tak. Tak bajet pun doc akan tanya betul2 concentration tu. So saya ambil darah tak cukup sampai mark 20 tu pun sbb asyik terlebih je. Plus nak cepat2 kejar masa.huhuhu. Apa pun, saya still harap yang ni lulus.Amin.

11th station : Physical Examination of Allergy --> yang ni dah cakap semua, tapi sbb masa 1o minit je, dan saya ckp slow + lembut2 ;p Saya tak sempat habiskan. Sempat sampai abdomen je.huhuhu. Frust :( kalau pengalaman last year, if tak sempat siap doctor akan fail kan. Saya still berharap akan lulus kat sini.

12th, final station : Physical Examination in thalassemia patient. Yang ni lawak sangat and saya rasa memang patut pun saya failed. Saya terus buat examination, dengan yakinnya : "Place my left hand behind the patient, parralel to and supporting the 11th and 12th ribs bla bla bla..". Then dah sampai palpation, tiba2 doc tu potong and cakap, 'how could you palpate his liver but you didn't take off his clothes?'. Alamak.. patient tu (budak laki umur lebih kurang 12tahun) pun dah gelak2 dah..huhuhu.. tengok la macamana teruk nya saya tadi sampai baju petient pun lupa nak bukak.. Start dari situ, doc asyik interrupt saye je.. tiba2 loceng pun bunyi tapi saya tak start palpate spleen pun lagi.. Result --> FAIL


Ok, secara keseluruhan, saya terima kegagalan saya yang sangat banyak untuk tahun ni. Sebab saya tau usaha saya macam mana. Walaupun secara luarannya saya study, tapi saya rasa preparation saya tahun lepas is much more better than this year. Maaf kan saya ya doctor..

p/s : Malam ni nak start study untuk remedial.
p/s 2 : bersedia menerima apa pun keputusan esok.
p/s 3 : harap saya lepas semua station yang akan remedial nanti. Amin.
p/s 4 : harap saya tak perlu remedial OSCE ke tahun depan. AMIN..

Friday, 19 June 2009

Rabbit dan Exam~

Salam..

Update tentang rabbit :

Hari ni saya ada banyak masa rehat before start menghafal untuk OSCE.. so saya korek lagi lubang rabbit sebab nak tengok anak rabbit sekali lagi..ni gmbr yg saya dapat 2 hari lepas.. cuba lihat perbezaan anak2 rabbit ni dalam masa 2 hari..


Yang ni saya rasa kecik lagi, sbb telinga dia still pendek. Muka pun tak comel sangat.
Saya rasa mata dia ada celak..tapi tak clear sangat..

Yang ni nampak sipi-sipi je. Lepas zoom baru nampak anak rabbit tu..Mata dia tak bukak lagi.
Atau dia memang tengah tutup mata..

Yang ni pun perlu di zoom dulu, baru nampak. Colour yang ni tak cantik sangat..
Ikut bulu rabbit jantan, tapi tak secantik bulu jantan..


Okay, sekarang jom tengok gambar yang saya baru tangkap tadi..Saya tak pasti itu anak rabbit yang sama atau anak rabbit yang lain..tapi kelihatan sangat jauh berbeza dengan gambar 2 hari lepas..

Tengok yang ni, bulu putih..tapi mata takde celak..tapi saye suke, comel..heee~

Yang ni dorang dah sembunyi, mungkin takut flash dari camera..kat sini nampak macam ada 3 ekor

yang ni nampak macam tak sihat..tak sure sama atau tak dengan yang 2 hari lepas..

ini yang putih tadi..saya suka yang ni..nanti mungkin saya sayang lebih kat yang ni..:p

kalau kat sini, nampak macam ada 4 ekor. setakat ni asyik dpt capture yang kaler kuning+putih.
yang putih only jarang dpt. Nanti after OSCE saya nak korek lubang tu lagi..hihi..

Update tentang exam:

Hari ni paper last utk MDE. Tadi CVS, ada lebih kurang 130 soalan past year, 70soalan baru.. kalau ikutkan past year, mungkin OK tapi ada jugak past year yang susah, buat before ni pun susah nak dpt jawapan.. tapi hope saya dapat tinggi so tak payah remedial and boleh remed paper lain. Amin. Hope kawan2 lain pun semua dapat markah tinggi2. Amin.

Buku skill's lab HIS saya hilang. Dah puas saya cari, tapi tak jumpa. Saya rasa buku tu mesti tertinggal kat mana2.. sebab kalau dlm bilik saya or kat rak2 buku saya..saya mesti dah jumpa..huhu.. Terpakse lah fotostat dari sape2 lepas ni.. IKLANEKA : Sesiapa yang terjumpa buku skill's lab HIS kepunyaan YAH, sila kembalikan kepada YAH dan akan mendapat ganjaran MAKAN SEPUAS2NYA selama 1 hari 1 malam di HANAMASA..hehehe.. saya desperate nak buku HIS ni..huhuhu..

Ok itu saje nak update untuk hari ni. Saya OSCE hari selasa. Doakan saya :)

Tuesday, 16 June 2009

i'm happy!!!

saya perasan yg saya ada banyak hutang...
hutang ape? bukan hutang duit, tp hutang TAG..hehehe..
saye nak buat tp stkt ni masa belum mengizinkan..

tapi, sedar tak sedar, hari ni dah 16hb june.. ada 10 hari je lagi penantian
& penyiksaan ini akan berakhir..huhuhu.. minggu ni everyday ada paper..
tp sy perasan, minggu ni saya agak malas..huhuu..
my effort utk crp,bhp n phop final ni mcm study nak tak nak je..
sbb saya tak gemar sakitkan kepala hafal byk3 dlm masa yg sgt singkat..

sy tak boleh study last minute, dat's my kelemahan..
i need to study all the time..
plus, saya tak suka telan panadol if sakit kepala..

sy rase saya perlu atur strategi..

Pagi tadi after BHP compre, i went to bandung with my best friend,
One of my best friends come here..
Bibi, she is a medical student from UMS..
dtg sini utk buat elektif kat Jogjakarta..
Saya yg dah study lama kat sini pun tak pernah lagi jumpa patient yg betul2,
i mean, dia buat clinical kat sini, saye plak ada setahun lebih lg baru boleh merasa clinical year..

Tp best borak2 pasal indonesian & malaysian patients..
She told me about differences between common diseases kat msia + indonesia.
She said, kat sini mudah sgt nak jumpe patient SLE, kat malaysia susah.
And kat Sabah byk Thalassemia patients, tapi kat sini jrg sgt..tp most common kat sini bukan Thalassemia, tapi ALL (acute lymphoblastic leukemia)

Banyakk lagi borak2 pasal clinical year, buatkan sy tak sabar nak masuk co-assistant year..

Actually tajuk I'M HAPPY tu adelah berkenaan rabbit saye..
hehehe...saye sgt happy..

Actually lebih kurang 13hari yg lepas, rabbit betina saya & naqi dah tunjukkan tanda2 yg die dah beranak.. sbb bulu kat bawah perut dah botak.. Org2 yg ahli dlm hal2 rabbit ni ckp, kalau die cabut bulu maksudnya dia nak lahirkan anak dlm masa 24hours. Tapi pregnancy rabbit ni ada two types, 1-hamil palsu 2-hamil betul.

Saye pun risau jugak kalau rabbit tu tak pregnant tp ade symptom2 pregnant palsu tu. And saye perasan, die ada buat lubang kat blakang rumah, tp lubang tu tiap2 hari die akan tutup dgn tanah. pernah 1 malam tu saye saje nak tgk2 dorang, tp saye nmpk si betina ni korek balik lubang tu, and masuk dlm tu.. saye pun pelik..

Tapi saye suspect die beranak sbnrnya.. pakcik jual rabbit kate, die susukan anak mlm2.. so saye assume die masuk utk susukan anak la.. then waktu siang die tutup lubang utk pastikan takde predator makan anak die.

tapi saye risau anak2 dia mati (if betul ada anak la)..

so saye pun slalu try2 nak bukak lubang tu walaupun ade org tak bagi,
sbb takut kacau anak2 die..

everytime saya try bukak, mesti si betina ni dtg,
then die tolak2 balik tanah tu, nak tutup balik la lubang tu...
pernah sekali tu, saye excited sgt nak tgk ape ade dlm lubang tu..
tp si betina tolak saye, tp sy tolak die balik..
pastu die tolak saye balik plak.
saye kesian, so saya biar je la..

tadi, setelah beberapa kali percubaan,
saye try bukak lagi,
saya umpan si betina dgn pellet yg byk..
pastu saya bukak lubang tu perlahan2..

die tak perasan kot, sbb die tak dtg kacau saye korek pun..
pastu, saye cpt2 naik bilik amek handphone,
nak amek gmbr ape yg ada dlm tu,
sbb lubang tu besar kat dlm je, kat hujung2 kecik,
rabbit boleh la masuk sbb badan dorg flexible..
tangan saye tak boleh masuk, saye tak reti nak lentur2 tgn saye ni..hehe

plus, dlm lubang tu gelap, xnmpk pun kalo tgk,
so kne amek gmbr jugak..

pastu dah byk view saya captured,
ada beberapa pic yg terkena!!
yeaaaa..happy22222!!!

saya nmpk sekor rabbit kecik, ada telinga n mata tertutup,
yg kaler bulu die mcm rabbit jantan..

pastu ada 1 pic yg lain plak,
ada 2 lg rabbit yg kaler bulu ikut si betina.
And mata celak mcm mak die jugak..

saye tak sangka rabbit tu betul2 beranak..
ini first time die beranak,
harap2 anak2 die hidup la sampai dorg kuar dari lubang tu nanti..

saya rasa, by the time saya habis OSCE nanti, anak2 rabbit tu mesti dah boleh bukak mata,
and dah boleh keluar dr lubang..
hope dorg tak hilang n buat terowong lain plak la dlm lubang tu..

best nya, hadiah after exam..
Anak rabbit!!!

p/s : harap2 anak2 rabbit tu hidup la.. sbb saya fobia jugak bela rabbit kecik2, sbb byk yg mati dulu.. saya berjaya bela jantan je yg hidup dari kecik sampai skrg..

Saturday, 13 June 2009

Herbivore or omnivore??

Tadi saya nak bagi makan kucing chicken drumstick..

Tapi tengok siapa yang makan..




Makan sampai habis plak tu..

Dgn tulang2 sekali..

Sekarang saya dah confuse rabbit saya ni herbivore or omnivore..

Harap2 die tak diarrhea =(

Wednesday, 10 June 2009

Happy BirthDay !!! (^_^)

Hari ni ada 3 birthday reminders beratur kat handphone. Hari ni 11 June 2009.

Ada 3 special person yg menyambut ulangtahun kelahiran hari ni..

First special person is my mom. Yg ke-48. Happy Birthday Mak!!!(^_^) --> i know mak pernah baca blog ni, jd hope post ni akan buat mak senyum sorg2 kalau mak baca lagi..hihihi.

Second special person is my younger sister, Noor Ain, yg ke-17. Eh, 17?? i thought Ain is still in form4.huhuhu. Dah nak SPM rupanya. To Ain, Happy Birthday!! sorry la pagi td kakak call mak tp x ckp ngan ain pun.hehehe. Siapa suruh busy jak mo keluar =p walaupun kakak xtau ain baca or tidak blog ni, wish jak la kan.

And, the third special person is my housemate, Siti Nurhafizah a.k.a Fiza, yg ke-23. Smlm buat surprise kat fiza, tapi xtau lah surprise lagi or tak sbb di saat2 akhir mcm nak terkantoi. Harap2 still surprise la, kan fiza kan.hehehe. Sedap,our junior balqis yg masak sume. Ada macaroni cheese, kuih seri muka, agar2 lapis yg colorful, n burger malaysia krie buat.

Happy Birthday, semoga sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan umur dan diberkati dunia & akhirat. AMIN..

dari kiri - me, amir and mak

this is Ain

this is harimau. Eh2,ade fiza kat situ :p fiza, gmbr ni comel kan, letak gmbr ni takpe kan. (ade satu kisah di sebalik pertanyaan saye ni..sile rujuk ke fiza utk keterangan selanjutnya :p)


Ok, continue study CRP utk esok plak. BHP dah selesai dihentam dgn jayanya pagi td.

Bye.

Perbezaan lelaki dan perempuan~

Article ni saye copy dari satu blog.. tak tau yg tulis ni pompuan or laki. tapi die dah berjaya buat sy gelak sorang2 dlm bilik. Mungkin ada yg dah penah bace..so ni utk org yg tak pernah bace lg.

Perbezaan lelaki dan pompuan time kenduri kahwin.

Lelaki (Bujang)

1.mandi
2.pakai baju,siap2
3.start keta,motor
4.sampei tempat kenduri,jumpe tuan umah
5.makan
6.pas makan rileks jup,isap rokok
7.balik umah
8.sampai kat umah


Perempuan (Dara)

1.mandi
2.berkemban
3.keringkan rambot
4.bukak almari,pilih baju
5.bawak kuwa sume baju ,bentang atas katil
6.pilih mane nak yang dipakai.
7.senarai pendek baju hendak dipakai
8.amik baju kebaya
9.letak balik
10.amik baju kurung
11.letak balik
12.wat pilihan lagi
13.cakap lam ati"baju mane yang menarik perhatian"
14.dah sah pilihan,baju kurung
15.pilih tudung plak
16.idop kan seterika
17.nyanyi2 smentara seterika panas
18.telepon berbunyi
19.angkat tepon"eh korang dah nak sampei?jup la.aku x siap lagik"
20.cepat2 seterika baju,tdung.
21.member sampei
22.call member"jup wei!5 minit lagik!korang tunggu lam keta"
23.pakai,baju,pakai tudung,
24.amik beg tangan,alat mekap sekali
25.masok lam keta
26.mule bertekak dengan member
27.kuwakan cermin
28.kuwakan alat mekap
29.mekap kan dulu
20.sampai je kat simpang
21.patah balik,seterika lupe off
22.sampai umah
23.member mintak pinjam toilet
24.dah abis sume,naik keta balik
25.sampai plaza tol
26.jalan jem
27.mule merungut,panas,mekap dah cair
28.kuatkan air cond
29.sembang2 hal perkahwinan
30.sampai kat umah orang kawen
31.salam dengan tuan umah
32.pergi makan
33.cedok lauk ayam skit
34.letak sendok balik
35.cedok gulai skit.
36.letak sendok balik
37.mule cite kat member cakap diet
38.amik laok skit,
39.amik buah skit
40.makan
41.abis makan
42.borak2 kosong ngan member
43.mate usha pompuan lain
44.mule bandingkan pakain mane yang cantik
45.tunggu pengantin
46.pengantin sampai
47.cepat2 pergi tangkap gambar
48.tunggu pengantin bersanding
49.pengantin abis bersanding
50.cepat2 naik pelamin,tangkap gambar
51.mule berangan
52.member marah,suh turun,die plak nak tangkap gambar
53.member tangkap gambar pulak
54.ikot pengantin masok bilik
55.mule cakap "wah!!cantiknye"
56.duduk atas katil pengantin
57.tangkap gambar lagik
58.mule berangan lagik
59.tgk adiah sekeliling
60.tarik pengantin,ajak tangkap gambar
61.dah tangkap gambar
62.gesel pipi ngan penganti pompuan
63.tunggu pengantin bagik cenderahati
64.dapat cenderahati
65.mintak bunga telor plak
66.dapat bunga telor
67.kasik adiah
68.salam ngan pengantin
69.sampei depan pintu
70.kasot ilang
71.cepat2 amik kasot orang
72.mule naik keta
73.mengumpat lam keta"laok x sedap,pengantin mekap tebal sangat,pelamin x lawa".
74.gelak2
75.mule berangan balik.nak wat perkahwinan besar2
76.sampai umah!!!

Kelakar tak?sy rase artikel ni kelakar..

Ok stop study BHP plak.

Tuesday, 9 June 2009

SOOCA dah habes :)

Sy tinggalkan sesuatu before keluar rumah pagi td..benda yg selalu buat waktu 1st year, because I have no one to express my feeling at that time (:p), so tmpat paling best adelah laptop..

9 jun2 2008 (monday)..
SOOCA 2nd year


one year after..
9 june 2009 (tuesday)..


06.10 am - my turn dlm 1 jam setengah lg.

I'm nervous because i only remember 17 cases out of 31 cases,
now adlh masa2 utk bertawakal. i hope i'll get one of these cases :

1.Heart Failure
2.Myocardial Infarction
3.Arrhythmia
4.Fracture
5.Systemic Lupus Erythematosus
6.HIV/AIDS

These are the only cases that I remember most.

I hope I can get >70. Amin =)

Will be back in several hours.


I'm back!!

Malas nak tulis pape actually utk SOOCA ni, tp dah lame sgt tak jenguk blog..huhu..dah byk friends' updates sy tertinggal.

Ok, cite pasal SOOCA (satu2nya exam yg berjaye buat saye nervous..huhuhu..)

Mula2 nak dpt turn hari isnin bcoz i love being the first person. Tapi dapat hari selasa. Takpe la, mungkin ada hikmah dapat hari ni. W/pun it increased the duration of my nervousness. Saye pun pelik knape perasaan nervous tu boleh dtg, tapi masa present rasa nervous tu langsung takde. Everytime SOOCA mesti mcm ni. Waktu present hati rase berbunga2 sebab nak cpt habis.

I know my effort tak seberapa pun. Mcm sy ckp kt atas, sy cuma hafal 17 cases. And sy pilih cases di atas utk dpt pagi td sbb itu je case yg mcm byk sket isi nak ckp.Jadi saya memang tak layak utk mengharapkan markah tinggi2. Tak pernah tidur lewat drpd biasa dan tak pernah bgn awal drpd biase utk study. Kdg2 mmg rase tak layak sgt nak rase tak puas hati kalau dapat mrkh rendah. Sbb mmg usaha tak cukup pun..

Tahun lepas saya tak puas hati, bukan sbb saye rase saye patut dpt lagi tinggi..i'll accept it kalau mmg saye mmg tak bagus..mmg saye tak terrer pon..tapi i studied that case perfectly, and explained everything, even the doctor said.."i know you knew everything and can explain it.." tp pastu bg mrkh tu.. and in that room sume yg saye dgr dpt mrkh rendah..ade laa sedikit rase sedih n ketidakpuasan..tapi takpe laa,rezeki masing2 kan :)

saye bg contoh : kalau org tu tulisan buruk, tapi bile die buat notes mmg best sgt, isi lengkap, takkan kite taknak bace notes die sbb tulisan mmg buruk? ataupun, kalau kite jadi examiner karangan SPM, sbb tulisan student tu buruk, xkan kite nak bg mrkh rendah kat student tu w/pun isi die bagus kn? Itu cume analogy..

Xde la..bukan nye nak ungkit hal yg lepas byk2 kali.. tp sometimes saye terase jugak bile saye luahkan perasaan, pastu ade org ckp.."Sooca ni tgk confidence level jugak, kalau kite confident waktu bentang doctor tu senang la nak dpt tinggi"..(memberi saye gmbrn bahawa, die nak ckp saye ni tak confident waktu bentang..kot) ataupun, bile ade org dpt mrkh rendah skit (sikit je rendahnye)..even though bagi saye,kalau saye dpt mrkh tu, sy dah cukup bersyukur dah..pastu saye ckp "ok sgt dah mrkh tu, cube bygkn cmane saye rase last year"..then die jwb "tapi masalahnye dah bentang sume dah, cume yg tuu..tuu.. je tak ckp" (memberi gmbrn bahawa, die nak ckp tahun lepas saye tak ckp sume...kot) -- pape pun..OVERCONFIDENT pun tak bagus kan..

Saye suke org yg ckp.."takpe, takde rezeki, mungkin next time", atau "takpe2, benda yg lepas jgn kenang dah, lepas ni byk lagi kite perlu buat", atau "sooca ni kan mmg mcm tu".. at least, boleh menghiburkan sikit hati yg lara. Seriously. Walaupun ayat tu pendek, tp sgt menenangkan bile org yg tgh frust dgr:) ramai yg suke ckp mcm ni, i like..:)

OK LAH..full stop.. BENDA TU DAH LEPAS..saya harap ini kali terakhir saya mention pasal tu.

And, hari ni adelah hari yg saye sgt nanti2 kan..i'm done with my sooCA!!!

Actually since semalam, waktu kwn2 lain amek sooca, saye dah rase nervous mcm sy plak yg nak amek sooca hari tu. ye la, saye pun nervous nk dgr result kwn2 yg lain. sbb i understand the situation, and kalau boleh, nak sume org dpt markah bagus2 =) Alhamdulillah la sume dpt mrkh bagus w/pun ade jugak yg kurang berpuas hati, biase lah tu.. teruskan usaha utk MDE plak. InsyaAllah rezeki kat tempat lain sentiasa terbentang luas. Amin :)

Saye letih so saye nak pendekkan cerite, sy pegi FK dlm jam 7.10 pagi,sorang2 sbb sume kwn2 pedca except zahidah n krie dah sooca smlm,tp krie n zhdh dpt turn jam11.30, n on da way tu rase tenang sbb sunyi sepi je,plus hujan renyai2..rase nervous pun hilang.. waktu tu terase nak cpt2 habis sooca.

Sepatutnya saye dpt first round, tp tetibe sbb doc tak cukup, waktu saye diubah. Yg mane,itu sgt lah mengganggu psychology saye pagi td.huhuhu. Sbb saye dah ready nak masuk, n xnak pk pape dah, tibe2 die ckp sy dpt turn jam12 tghari after sume org dah habis. This is my another weakness. Kalau saye dah set dlm kepala yg saye akan buat satu benda, n kalau saye dah ready utk itu, tp tibe2 ade org cancel or ubah apelagi kalau saye tgh nervous mcm tu..saye susah nak terima sbb last minute. Pastu nama saya dah di tulis utk sooca jam12. tapi tibe2 2nd round dorang panggil plak. sukehati je..huuuu..

Hari ni, ada 3 cases only - Fracture, Unstable Angina, and ITP. ITP tak masuk dlm list saye kat atas sbb saye hafal benda tu hari sabtu baru2 ni, so mungkin takkan ingt sgt epidemiology and all that. Saye jadi org last yg cabut undi, so ada 1 case je yg tinggal utk saya. Takde pilihan, tapi Alhamdulillah sbb dpt case yg saye nak, kat atas tu myocardial infarction, tp actually case ni unstable angina. Saya dpt bilik no.2 dijage oleh 2 doctor lelaki yg familiar tp saye tak tau name.heeee:p 1 doc cardio yg ajar normal ECG waktu skills lab, 1 doc yg ajar thanatology tu. yg suke bace 1 slide lame2 tu..

Tapi...
Actually case tu bukan lah myocardial infarction. huhu. Tapi basically still gune basic science yg same. Cume td buang masa sikit nak fikir pasal interpretation memandangkan case tu TAKDE PROBLEM kat heart langsung except for the CHEST PAIN.

Lebih kurang cmni la summary case tu (ter rajin nak type.hehe):

A 55 yrs old gentleman come with a chief complain of chest discomfort when taking a bath 2 hours ago. The chest pain disappeared after 10 minutes. This is his first experience. Family history - brother died at the age of 60 due to heart attack.

History Taking :
2 years ago - BP was (can't remember but slightly high) and doctor gave him antihypertensive drug -- >BP back to normal.
1 year ago - abnormal lipid slightly high-doctor advised him to do regular exercise & to have low-fat diet

He underwent exercise testing : achieve max HR, no ischemic changes, no chest pain.

PE:
BP normal, cholesterol normal, LDL normal,HDL normal, triglycerides normal, blood glucose normal, (byk lg tp sume normal)

X-ray all normal (mls nk type each)
Heart exam : (List byk gile tp sume normal,buang mase je bace)
ECG : (list byk2 jugak, sinus rythm, HR, PR interval, sume2 la yg dlm skills lab tu, tapi sume normal except ST depression)

Lab : Sume normal. And ada 1 word ckp No troponin was detected.

Diagnosis : Unstable Angina
Differential Diagnosis : Non STEMI

Treatment : Aspirin, Clopidogrel,Beta Blocker, Unfractionated heparin, ACE inhibitors.

Camtu lah lebih kurang case yg kitorg dpt tadi. Saye tak hafal langsung epidemiology, prognosis and all utk Unstable angina sbb yg hafal cumelah utk STEMI. Tapi saye telah menipu dgn meletakkan percentage of population ikut suke hati saye dan negara yg terkena adelah semestinya US.hhehe.. Tapi saye ade problem nak buat pathophysiology sbb dlm patient ni cume ada chest pain.huhu. Jadi my pathophysio sgt lah pendek tadi....And then, sudah semestinya saya tak tau apekah Clopidogrel itu. huhuhu. Dgn yakinnya saya pun tak ckp pape pasal drug tu. Basically, sy ade problem kat 3 bnde ni la td..huhu

And the result is :

Doctor --> You didn't explain about the primary & secondary prevention of unstable angina (yg mane, saye tak tau langsung bende apekah ini), and (ini of course) the management.And also, u didn't explain clearly about the differential diagnosis of acute chest pain. (ini LI saye dulu, tp sy ingat GERD je.huhu)

Pastu doc tanye how i feel, tnye puas hati tak dgn mrkh, tnye ape lagi, x ingat dah. Alhamdulillah, sy dpt ape yg sy nak. Thanx to doctor yg baik :)

Tahun ni kuar 5 case je..semalam 2 cases, hari ni 3 case..hmmmm.. takpe2, Allah Maha Mengetahui di mana keadilan itu tersembunyi..

Ok la, dah penat, nak tido awal mlm ni, w/pun bilik tak kemas lg.huhu.

B4 that, nak say thanx to sume ahli tutorial saye sepanjang tahun ni, sebab LI korg actually byk membantu..utk SOCA and MDE jugak. Nak list down name2 mereka :

DermatoMusculoSkeletal System - Fairuz Nazilah, Nadiraa Faiza (hee..xtau betul tak eja nama dira ni), Yosheena, Nadya Amin, Izyan Dhaniah,Siti Nadirah, Akmal @ Steve, Faizal and Syafiq@Syap

HematoImmunology System - Noor Ashikin, Noor Adlin, Fatin Amirah, Hajar, Khairul Hafidz, Kanaesan, Iqbal Yunizar, Hafiz Idrus and Firdaus Ahmayuddin

Cardiovascular System- Syamimi aka mimi khalis, Nor Idyani, Adi Nordin, Ahmad Fahmi, Fakhrul Radzi, Reza Zahedi,Khairul Hafidz sekali lagi, and Moveen

And Utk group discussion Swimming Trunk - Zubed, Rozi,Teha, Sha, Pikah, AJ, and budak2 Pedca :)

Best of Luck!!! =)

Walaupun SOOCA dah habis, ada banyak paper lagi pasni, berturut2 plak tu, pastu OSCE.. semoga diberikan kemudahan utk sume paper n OSCE ni. AMIN =)

Thursday, 4 June 2009

Doa

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"