"Ya Tuhanku, berilah keputusan dengan benar (adil), dan Tuhan kami ialah Tuhan yang Maha Pemurah lagi yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu katakan" (Q.S Al-Anbiya :112)
Assalamualaikum w.b.t,
Kemalasan menulis blog terhenti disebabkan kebosanan yang lebih mengatasi kemalasan itu. Disebabkan terhentinya kemalasan itu dan memuncaknya kebosanan, maka saya pun meneruskan aktiviti menulis blog.
Hari pertama selesai peperiksaan dihabiskan dengan aktiviti tidur disebabkan serangan influenza+rhinitis dan sedative effect of antihistamine. Hari ke-2 dihabiskan dengan percutian di Garut, sebuah tempat pelancongan yang agak menarik jika pergi beramai2. Cuma kalau pergi berseorangan, bagi saya ia bukanlah satu tempat yang menggembirakan. But i did definitely enjoy the trip =) Hari ke-3 dihabiskan dengan perbincangan bersama rakan2 tentang remedial, pembelian ticket balik cuti dan hari raya, serta aktiviti makan tomyam beramai2. Hari ke-4 dihabiskan dengan perjalanan ke airport untuk membeli ticket hari raya, dan juga bershopping di Pasar Baru, di tengah kesesakan Kota Bandung yang rakyatnya sedang bercuti.
Dan hari ini, hari ke-5, di sini lah saya, kembali ke blog sambil mendengarkan wirid rabithah yang sangat menyenangkan & menyejukkan hati saya. Dan bersedialah untuk post yang datang secara spontan dari kepala yang sedang sejuk mendengar lagu ini.Maafkan saya di atas ke-skema-an ayat saya pada hari ini. Post ini mungkin cuma difahami oleh orang2 sekeliling saya yang faham dengan perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar fakulti perubatan tahun ke-3 di Universitas Padjajaran, Indonesia dan juga sebagai hamba Allah yang sentiasa diuji dengan dugaan dan cabaran yang memerlukan kesabaran.
Kesukaran dan kesibukan menghadapi peperiksaan cukup membuatkan hati-hati kita yang lalai dan leka dengan pelajaran kembali kepada kerelaan atau keterpaksaan untuk mengulangkaji pelajaran. Yang sering lupa kepada Tuhan, mula kembali memohon doa untuk diberikan kejayaan. Mula takut untuk melakukan dosa yang mungkin akan membawa kepada balasan kegagalan. Tak kurang juga ada yang terus lalai dengan kehidupan seperti sebelum peperiksaan. Ada yang takut untuk terlepas kata, bimbang dikatakan tidak bersyukur dengan apa juga keputusan yang diberikan Allah. Ada yang sudah pun menunjukkan sikap tidak bersyukur dan merasakan memperoleh sesuatu yang tidak setimpal dengan apa yang diusahakan.
Bagi saya, kesediaan untuk menghadapi kegagalan itu memang agak susah untuk dipupuk, tapi mahu tidak mahu, kita perlu memupuk semua itu sejak awal. Bagi pelajar yang memang sangat rajin berusaha, sememangnya kegagalan adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. (Terpulang kepada setiap individu bagaimana untuk mendefinisikan kegagalan tersebut). Bagi pelajar yang malas pula, layakkah kita untuk merasakan ketidakpuasan di saat menerima berita yang kurang memuaskan?
Saya melihat suatu variasi dalam diri setiap pelajar-pelajar perubatan seangkatan dengan saya. Bagi saya, setiap individu yang saya kenali terutamanya yang pernah berada di dalam tutorial yang sama dengan saya, sejak tahun satu hingga tahun tiga, masing-masing mempunyai kualiti tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Setiap individu mempunyai keunikan yang tersendiri, tiada yang terkecuali. Untuk sesiapa yang merasakan pernah berada di dalam tutorial yang sama dengan saya, setiap dari anda termasuk dalam siapa yang saya maksudkan. Saya melihat keunikan dalam setiap individu, cuma tak perlu disebutkan satu persatu untuk tidak menerbitkan perasaan UJUB atau suka dipuji, sesungguhnya sikap itu sangat tidak disukai oleh Allah :))
Cuma, disebalik setiap keunikan tersebut, setiap individu termasuk diri saya, dibezakan dengan beberapa sikap yang mungkin datang dari pengaruh syaitan, yang menguji kekuatan kita untuk sama ada terus menunjukkan keunikan itu, atau pun terjerumus dalam perbuatan2 atau sikap2 yang sepatutnya tidak ada dalam diri seorang pelajar.
Saya cuba contohkan beberapa sikap (sekadar menyebut beberapa sikap) :
1.Malas - Ini perkara utama yang mengganggu saya dan pelajar seangkatan dengan saya. Sikap rajin dan malas datang bersilih ganti. Semuanya direflekskan dengan sikap malas datang ke kuliah (walaupun kehadiran 100% diperlukan untuk layak menduduki peperiksaan), sikap malas membuat Learning Issue dengan baik dan bermanfaat untuk orang lain, sikap suka bertangguh untuk meminta Learning Issue untuk dibentangkan pada perjumpaan seterusnya.
2.Mementingkan diri sendiri - Sikap ini terlihat pada orang yang suka belajar sendiri dan tidak ingin berkongsi apa yang diketahui dengan rakan2 yang lain. Contoh : Bila peperiksaan sudah menghampiri, Learning Issue yang dibuat cuma lah sekadar melepaskan batuk di tangga. Membiarkan rakan2 lain membaca lebih banyak untuk dikongsi bersama-sama rakan lain, tetapi bagi dirinya, "yang penting dah buat"..
3. Sikap memandang rendah orang lain - Merasakan diri sudah cukup hebat untuk merasa tidak puas hati dengan pelajar yang mendapat markah yang tinggi. Contoh ini dapat dilihat sewaktu mendapat result BHP6 (mid-term) baru-baru ini. Ada orang tertentu yang mengusulkan untuk mengemukakan petition untuk meminta kertas diperiksa semula. Tapi memberitahu orang lain bahawa beliau tidak berpuas hati kerana mendapat markah rendah, sedangkan orang itu..orang itu..mendapat markah tinggi. Perlukan kita menyebut nama orang2 yang mendapat markah tinggi lalu tidak berpuas hati kerana mereka memperoleh markah tinggi sedangkan markah kita rendah? Saya sangat memandang rendah kepada golongan2 yang memandang rendah kebolehan orang lain. Maaf, saya juga mendapat markah yang rendah untuk itu. Tapi tak pernah terfikir untuk merasakan orang2 tertentu tidak layak untuk mendapat markah yang tinggi.
Saya sukar untuk mengklasifikasikan sikap-sikap buruk kita kepada kelas-kelas tertentu. Untuk yang seterusnya, saya akan menyebutnya secara spontan.
Ada pelajar yang sering menitipkan/meminta orang lain menandatangani kertas attendance, tanpa alasan munasabah. Alasan paling munasabah yang diberikan adalah 'malas', 'lecture tak dengar pun, baik belajar sendiri kat rumah' dan beberapa lagi. Mungkin boleh dimaafkan sekali-sekala jika ada berlaku sebarang perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit atau seumpama dengannya. Alasan 'bangun lambat' sangat lah tak boleh diterima, apatah lagi kalau setiap minggu bangun lambat. Pelajar2 yang bersikap macam ni, saya nasihatkan : sila jangan merasa tidak puas hati kalau mendapat keputusan yang tidak memuaskan hati anda. Anda sangat layak untuk itu. Dan sila jangan mudah berpuas hati kalau anda mendapat markah yang tinggi, mungkin itu hanyalah kebetulan atau Allah mungkin ingin meneruskan anda di dalam kelalaian. Bersyukurlah sekiranya anda mendapat markah yang rendah untuk sikap tersebut, kerana mungkin Allah ingin menyedarkan anda dari lena yang panjang.
Sejak kebelakangan ini, kita telah diperkenalkan dengan dunia cyber. Lebih 50% pelajar di sini yang memiliki kemudahan talian internet. Semakin banyak gangguan-gangguan luaran yang datang untuk melalaikan kita dari kebiasaan seorang pelajar. Bagi pelajar lelaki, kemudahan laptop digunakan oleh segelintir untuk permainan komputer seperti Dota, Counter Strike (sekadar menyebut dua nama).. bermain sehingga lewat pagi. Ada yang bermain tak kira siang dan malam. Sesekali solat wajib seperti solat subuh ditinggalkan tanpa sengaja disebabkan tidur lewat. Walaupun pada hakikatnya, 'ketidaksengajaan' itu sebenarnya boleh dianggap sesuatu yang disengajakan jika melakukannya berulang kali. Maaf saya sangat tak berkenan dengan sikap tidur lewat lalu menunaikan solat subuh gajah. Ataupun mungkin lebih teruk,ada yang solat subuh pada waktu zohor. Ini bukan lah di dalam bidang saya, tetapi saya cukup tak gemar dengan sikap sahabat2 di dalam group tutorial yang kadang2 meninggalkan Learning Issue semata2 untuk bermain permainan tersebut. Ketika ditanya oleh lecturer, sahabat2 lain sudah cukup baik untuk membela, dan 'cover line'.. kalau sekali, atau dua kali..mungkin boleh dimaafkan. Tapi kalau berkali2..daripada nak 'cover line', dah bertukar macam nak bocorkan rahsia pun ada. How did I know he was playing dota? Because he told me so.
Dulu zaman 'friendster'. Sekarang zaman 'facebook' dan beberapa lagi. Ini salah satu cara untuk berkomunikasi dan menghilangkan kebosanan, saya tak nafikan. Bagi saya, buat lah apa2 sekalipun, selagi kita tak menyusahkan orang lain dan juga tak menzalimi diri sendiri sebagai seorang pelajar, masalah tidak akan timbul. Kecuali lah kalau Facebook itu membuatkan kita malas belajar, malas buat Learning Issue, tak sembahyang, etc.
Seperkara lagi, memang lumrah apabila seorang pelajar itu terjebak dengan kesibukan. Tapi biarlah kesibukan yang diambil itu setimpal dengan kebolehan kita untuk menyelesaikannya. Bebankan diri dengan sesuatu yang selari dengan kemampuan kita. Kalau merasakan diri tidak mampu, sila bahagi-bahagikan kepada yang mampu membantu. Dan yang ingin membantu, semoga Allah memberikan keikhlasan untuk benar2 membantu bukan dalam keterpaksaan. Kalau sesuatu itu dilakukan bukan berdasarkan kemampuan, tetapi sekadar untuk memenuhi aktiviti tahunan, dan kadang2 tidak mendatangkan manfaat untuk jangka masa panjang, tidakkah itu telah lari dari konsep seorang pelajar perubatan? Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sesiapa, tapi bagi saya, biarlah apa yang dilakukan itu berkaitan dengan keinginan kita pada masa ini dan bermanfaat untuk masa depan. Adakah aktiviti yang menyamai Anugerah Industri Muzik, atau Anugerah Juara Lagu, atau mungkin Anugerah Skrin sesuai dengan kehidupan akan datang kita sebagai seorang bakal doktor (insyaAllah)?
Ataupun sekadar ingin menunjukkan kecantikan diri sendiri pada hari tersebut, berbangga dengan anugerah Allah yang sepatutnya disimpan untuk orang yang lebih layak, anugerah bernilai yang ingin di show-off kepada setiap insan yang memandang? Kalaupun tujuannya adalah untuk mengeratkan silaturrahim, bukankah ada cara yang lebih baik untuk mengeratkan silaturrahim, bukan nya dengan menunjukkan kecantikan diri sendiri kepada orang lain. Selesai majlis, mula berkira2 siapakah yang paling cantik, siapakah yang pakai baju tak sesuai, siapakah yang pakai make-up tebal sangat, dan banyak lagi.
Dengan berkata-kata seperti ini, saya harap saya tidak dilabel sebagai seorang yang mempunyai penyakit hati. Orang yang berpenyakit hati sentiasa tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara. Saya berfikir sebelum menulis. Mungkin ada yang kurang berhikmah, saya mohon sejuta kemaafan, tapi perkara2 seperti ini sering menjadi kemusykilan dalam hidup saya selama tiga tahun sebagai seorang mahasiswa perubatan di universiti ini.
Kembali kepada kehidupan semasa. Esok adalah hari JUDICIUM (pengumuman keputusan peperiksaan) untuk pelajar tahun ketiga. Saya mendoakan kejayaan kepada setiap teman2. Semoga kita sentiasa berpuas hati dengan apapun hasil yang setimpal dengan usaha kita. Bagi yang kurang berusaha tetapi mendapat keputusan cemerlang, diharap tidak meneruskan sikap malas berusaha tersebut pada tahun2 akan datang. Dan bagi yang rajin berusaha tetapi kurang bernasib baik, anggaplah bahawa mungkin itu lah keputusan yang terbaik setakat ini. Semoga Allah membalas usaha tersebut dengan sesuatu kebaikan yang mungkin tidak kita sedari. Bagi yang kurang berusaha (atau berusaha pada saat-saat terakhir) dan mendapat keputusan yang kurang memuaskan, mungkin itulah keputusan yang sesuai dengan usaha kita, tingkatkan usaha pada masa akan dtg. Dan akhir sekali, kepada yang rajin berusaha, dan mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan! :)
Apapun keputusannya, terimalah hadiah dari Allah ini dengan hati yang terbuka. Memetik kata2 seorang kawan (Krie) :
"Ujian ini adalah latihan dari Allah untuk uji keyakinan kita padaNYA..kadang-kadang kita rasa kita berjaya sebab usaha kita sendiri,bukan dengan bantuan Allah. seolah-olah kejayaan itu hak milik kita sendiri, bukan dari kasih sayang Allah.sedangkan kita lupa, jika Allah x izin,tak ada yang mampu untuk kita buat bg mengubahnya.semua benda dibawah penguasaanNYA.."
Ya Allah, rahmat-Mu-lah yang kuharapkan, maka janganlah Kau biarkan aku mengurusi diriku sendiri (tanpa pertolongan-Mu) sekejap mata sekalipun, dan perbaiki urusanku semuanya, tiada sesembahan yang hak melainkan Engkau" (HR. Abu Dawud )
Ya Allah, rahmat-Mu-lah yang kuharapkan, maka janganlah Kau biarkan aku mengurusi diriku sendiri (tanpa pertolongan-Mu) sekejap mata sekalipun, dan perbaiki urusanku semuanya, tiada sesembahan yang hak melainkan Engkau" (HR. Abu Dawud )
Marilah kita sama2 bertawakkal kepada Allah :
"Ya Allah, tiada kemudahan kecuali Engkau menjadikannya mudah, dan Engkau berkuasa menjadikan yang sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki" (H.R Ibnu Hibban)
Bagi yang barjaya, dan mungkin akan berdepan dengan pujian dan ucapan tahniah, saya sarankan membaca doa ini :
"Ya Allah, janganlah Kau hukum aku kerana ucapan mereka, ampunilah dosaku yang tidak mereka ketahui, dan jadikanlah aku lebih baik dari sangkaan mereka" (H.R Bukhary dan Baihaqi)
Dan bagi yang kecewa, disarankan agar tidak berputus asa dengan hidup, boleh amalkan doa ini :
"Ya Allah, hidupkanlah aku selama hidup ini lebih baik bagiku, dan matikanlah aku selama mati itu lebih baik bagiku" (H.R Muttafaq'Alaih)
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk juga dari Allah, tetapi disandarkan atas kelemahan saya sendiri..
0 wonderful voice(s):
Post a Comment