Salam..
Rasa tak best biarkan blog bersawang lama-lama sangat. Internet yang saya 'sewa' dari company yang bernama Padma ni pulak selalu buatkan saya rasa tak berbaloi untuk keluarkan duit untuk service yang macam ni. Bayar Rp100ribu sebulan, agak lembap, dan kadang2 tak dapat online dua, tiga hari. Kalau bernasib agak tak baik, lebih dari tu. Kalau dulu, setiap kali tak boleh online, kami boleh complain, and tak lama lepas tu dapat online balik. Waktu tu, selalunya kami akan tak boleh online hari Sabtu or Ahad, then kalau kami buat aduan, tak kan terlayan lah sebab hari cuti hujung minggu. Pandai kan.
Sekarang, setiap kali 8hb, password akan di'blocked' sebab dah expired, we have to renew it, maksudnya bayar la. Jadi, kesimpulannya sebagai pengguna, satu benda yang saya agak tak puas hati is : kalau nak mintak duit dari kami, mesti nak on time, tapi service dari this company tak memuaskan, dan kalau ada seminggu tak boleh online, kami tak dapat gantirugi sedangkan bayaran Rp100ribu tu dah dipersetujui untuk tempoh 30hari. Untuk orang yang tak purchase for 30days, boleh bayar untuk voucher Rp5ribu untuk 1hari. Saya pernah buat macam tu, pernah jugak merasa tak boleh online untuk hari-hari tersebut.
Kalau nak compare kan dengan perbelanjaan lain, bayaran internet padma ni memang agak berpatutan. Daripada takde langsung kan. Tapi, still, saya guna 1/20 dari duit biasiswa setiap bulan untuk bayar, dan kalau kemudahan internet ni tak berfungsi pada waktu yang diperlukan, saya kecewa la jugak. Berguna tau internet untuk study medic sekarang. Kalau saya tak faham dengan apa yang dosen ajar especially bahagian clinical pathology, anatomical pathology, histopathology, apa2 la berkaitan pathology, saya boleh cari kat You Tube dengan mudahnya. Kalau tak faham pasal disease itu, disease ini, selain dari buku-buku yang saya selalu fotostat (tanpa kebenaran penulis sebenar..hehe) atau e-book, saya dan kawan2 boleh google je dari website2 bertauliah, atau paling senang YouTube lah (you tube bertauliah tak?=p)
Tapi kalau internet version PadmaNet ni, memang perlu bersabar la kalau nak download video. Sangat lambat, tapi ok la daripada tak ada langsung kan.
Sebenarnya saya jenis orang yang tak kisah sangat bayar mahal tapi berbaloi dan memuaskan hati. Orang cakap "alah membeli menang memakai" - tapi sekarang ni saya rasa macam "alah membeli alah memakai' atau "menang membeli alah memakai". Whatever you define mahal di situ.
Tiba-tiba saya tulis blog ikut format buat minor thesis. Cuma tak buat double spacing je. Dan tak buat EndNote. Hehe. Alhamdulillah minor thesis proposal dah siap, and insyaAllah dah boleh present hari Jumaat ni. Walaupun sebenarnya saya dengan yakin dan pasti akan terpaksa mengubah semula semua isi proposal itu disebabkan ketiadaan bacteria yang saya inginkan. Saya kecewa bila doctor bagitau saya tak boleh dapatkan bacteria tersebut disebabkan ketiadaan sumber. Saya dah cuba dapatkan di tempat yang orang boleh beli bacteria (BioFarma) tapi takde jugak. Saya kecewa sebab saya sangat berminat untuk tahu "The Antibacterial Effect of Natural Honey on Helicobacter pylori". Jadi secara automatik, saya perlu mengubah semula Chapter 1 (Introduction) dan Chapter 2 (Literature Review).
Takpe takpe.. saya yakin Allah sentiasa ada bersama. Tak guna stress-stress untuk benda yang memang dah tanggungjawab kan. Tapi, saya nak ubah proposal after presentation lah..hi..hi.. my supervisor dah bagi permission. Lagipun saya enjoy buat proposal. Copy and paste je pun kan.hikhik..:p (just joking..don't try this at home..)
Saya ada satu problem yang agak jelas skrg, jelas untuk diri saya sendiri la..of course orang lain tak perasan. Kalau hal-hal yang dah jadi tanggungjawab saya, tahap sabar saya agak tinggi untuk marah or tension2 kalau dugaan2 tertentu datang. Tapi, kalau saya dah siapkan kerja2 dan tanggungjwab saya, atau pun saya dah ready untuk sesuatu, dan nak buat benda lain, tapi orang lain lambat-lambatkan saya sampai akhirnya saya terlambat sekali...tahap kesabaran saya sgt rendah..
Contoh yang saya boleh bagi..saya dah siap kerja saya, contoh Learning Issue, nak present hari ni..pukul 1 ptg, so pukul 12.30 saya nak pegi fotostat. Tiba-tiba kedai yang saya biasa nak fotostat tu, mesin fotostat rosak. Kalau macam ni, saya tak kan tension, sebab bukan salah orang yang menyebabkan mesin tu rosak. Ok, so saya pegi cari kedai fotostat lain. Dah jumpa, dan dah siap. Saya ada masa lebih kurang 15 minit sebelum class. So saya stop sekejap nak beli makanan kat tepi-tepi jalan. Tapi.. orang yang menjual ni buat kerja sangat lemah lembut bak merpati sejoli pauh dilayang mayang mengurai (ok abaikan) sampai jam sudah menunjukkan pukul 12.53...12.55...12.57.. dan waktu berlalu begitu sahaja dengan dia buat kerja sangat lemah lembut (bahasa halusnya) atau lembap (bahasa kasarnya). Waktu ini hati saya akan memulakan mekanisme 'kemarahan' dan 'ketensionan' dengan mengeluarkan asap2 dari telinga..dan dengan budi bahasa budaya kita, saya pun terus ingin membatalkan pembelian..tapi..dihalang oleh penjual dengan mengatakan 'udah siap..tinggal dibubuh ini lagi'..lepas tu dengan muscle tone yang sama, dia meneruskan kelembutanya..tak bubuh pun apa yang patut dibubuh.. beberapa minit kemudian, baru dibubuh apa yang mahu dibubuh.. dan akhirnya siap pun 'makanan' itu pada tepat pukul 1petang.
Contoh lain, ada 5 minit sebelum lecture, jadi saya pun naik lah motor a.k.a ojeg sebab saya tahu saya akan sampai betul2 pukul 7 pagi atau lebih 2,3 minit kalau saya jalan kaki. Jadi, saya konon2 nak sampai pukul 6.58am la so that saya boleh sampai lebih awal dari lecturer. Tapi, ojeg ni plak dengan muka baru bangun, selekeh2.. bawak motor sangat lambat, cepat skit je dari saya kalau jalan kaki.. lepas tu tak tahu langsung arah mana patut pegi ke fakulti saya.. dan seperti tak tau apa2la kesimpulan umumnya.. bila dah sampai dekat dengan fakulti saya, dia straight je tak masuk pun dalam fakulti saya.. tapi nak menuju ke fakulti lain.. Saya yang memang dah agak lambat pun cpt2 suruh dia stop kat situ jugak..and sanggup jalan kaki je nak jalan masuk fakulti saya.. tapi waktu nak bayar, dia gelabah2 pegang poket..meaning.. tak ada duit baki..Mekanisme 'pemanasan liver' bermula..
Contoh lain.. bapak angkut tunggu laaaamaa nak penuhkan penumpang sampai buang masa saya yang sangat seperti emas skrg..lps tu acah2 nak gerak padahal tak gerak2 pun.. Lagi, orang kat kaunter yang buat keja lambat2, layan facebook sedangkan ada customer tgh queue..biarkan kawan dia sorang2 terpaksa layan semua customer..
Ada lagi..tapi dah malas nak tulis. Saya cepat sangat rasa 'panas hati' dengan orang-orang macam ni..
Kesimpulan --> saya agak cepat marah kalau orang lain yang menyebabkan saya lambat. Saya pernah jugak lambat, tapi saya try tak kan buatkan orang lain lambat disebabkan saya.
Saya try untuk didik sifat sabar yang lebih dalam diri..tapi untuk perkara2 macam ni sgt susah. Lagi2 kalo benda tu happened last minute. Jadi di saat-saat genting, dan cepat. Tapi saya cuba la lebih bersabar lagi. Semangat semangat semangat! Ada petua tak nak sabar dengan perkara-perkara mcm ni..huhu..
Wednesday, 10 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 wonderful voice(s):
mcm tu la yah intenet ni. time2 org nk die xde plak. ngeee. sabar je la yah. ooh. kya pon dinasihatkan guna youtube utk study psl vessel. hehe. bertauliah jgk la youtube sebenarnye :p
p/s: sedap laguuu ni!
hahahaha...
tergelak2 akuh baca..mmg true pown!!
mmg suke btol melambatkan orang..
damn angokt!!!
mmg suka btul buat akuh lambat..kadang2 rasa nak terajang-majang jek!!
huh!!
eh? aku plak tetiba tak bersabar.. ahaks!!!
btol2,sori if slalu mlmbtkn awak,haha.
tp serious kt sini org mmg xhargai waktu diri sdiri ape lg waktu org len,tah pape,slalu bikin panas ja;p.
haha,yoyo bongok,emo je merata2.
kak ya : tp kat m'sia intenet laju k.ya, yg yah pkai ni, lmbap2 kat msia pun, still lagi laju drp kat sni.hehe. k.ya nape kne study psl vessel:)
yoyo : haha korg la plg kesian sbb tpakse naik angkot balik umah. msti tiap hari bdepan dgn situasi cmtu. geram bgt.lagi2 yg acah2 nk grak tu. mcm org xtau je die tipu.huhu.
dr naqi : da jg doctor ke.hehe. owh, xpe je, awk xde la slalu lmbtkn pn, kdg2 je,hihi:p
salam. i need patience ker i need patient? he3...
mmg ler ssh nk bsabar ngan benda2 yg yah komplen kn. sbnrnya ada 4 benda yg mnusia plg ssh nak buat
1)beri maaf ktika marah
2)sedekah ketika fakir
3)plihara diri dr wat dosa ktika sndirian
4)bkata bnar dpn org yg dsegani & org yg kita harapkn
-Saidina Ali
panjang pulak komen ni...ilmu harus dikongsi kn?kn?
betta sp : thanx for sharing. xpe la pnjg pn, ilmu :)
Post a Comment