Monday, 19 December 2011

Kisah-kisah dunia maya

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam saya terbaca satu tulisan (link) yang menasihatkan tentang satu video yang agak mendapat tempat di facebook semalam. Tulisan tu adalah satu tulisan berbentuk nasihat, yang saya sangat memahami maksud dan keikhlasannya. Sebab petang semalam lepas balik dari hospital, salah satu topik yang saya dan suami bincangkan adalah tentang video tu. Apa yang kami bincangkan adalah, they are good people, they have a beautiful love story, mereka pasti datang dari keluarga yang baik-baik, tapi bila orang ramai yang tanpa kehendak mereka dah mula start "share" kat facebook, tak semua orang/golongan umur faham maksud video tu. Boleh tengok kan dari komen-komen orang, "sweeetnyaa", tak kurang juga ada yang dah mula berangan-angan untuk mendapat seperti itu. I think it is much better & sweeter if they publish it after their wedding, after dah sah bergelar suami & isteri :)

Sebab takut orang-orang awam di luar sana terutama remaja-remaja yang hatinya masih sering berbunga-bunga cinta terhadap apa saja benda-benda sweet menganggap "keadaan itu" adalah sesuatu yang diperbolehkan, walaupun baru di tahap bertunang. As I said, I think it is much better & sweeter if they publish it after their wedding, after dah sah bergelar suami & isteri :)

Saya sendiri malu untuk bagitau yang saya pernah bercinta sebelum berumahtangga. Malu dengan Allah, malu dengan semua orang. Apalagi untuk berjiwang-jiwang kat public (e.g facebook, etc) sebelum ada ikatan yang sah. Dosa kita, lebih baik kita simpan diam-diam dan memohon taubat dari Allah, bukan untuk di publish ke orang awam yang terdiri dari bermacam-macam perspectives, yang boleh menimbulkan fitnah :)

Sebenarnya, tujuan utama saya tulis macam ni bukan lah untuk memperkatakan tentang video tu (which I admit is very sweet of them, my doa semoga mereka berkekalan ke jinjang pelamin dan ke syurga =)), tapi saya lebih tertarik untuk bercakap tentang comments yang diterima oleh tulisan berunsurkan nasihat tu. Saya selalu baca artikel yang baik-baik tentang nasihat yang baik, tapi bila tengok komen-komen orang di bawah, rasa sedih dan kecewa dan sakit hati tengok orang-orang yang memberikan komen yang menyakitkan hati dan tak boleh terima nasihat. Dalam dunia maya memang ramai orang kita boleh jumpa.

Kebanyakan orang yang bagi komen teruk-teruk ni adalah "anonymous". Orang tanpa nama. Nak kutuk tapi tak berani depan-depan. Siap buat komen dengan gaya untuk meludah penulis. Sangatlah tak bertamadun.

Saya tak tahu mereka ni datang dari golongan terpelajar/tidak atau ibubapa tak mengajar cara-cara untuk menghormati orang melalui kata-kata. Sangat bahaya lagi bila golongan-golongan macam ni hanya mengambil apa yang mereka nak, dan buang apa yang mereka tak nak dalam beragama. Kan banyak benda dari artikel nasihat tu yang kita boleh ambil pengajaran, terutama tentang kisah Rasulullah, kenapa benda lain yang nak emo? If you don't agree with him, can't u give a proper comment?

Sama jugaklah halnya dengan orang-orang yang bergaduh tentang politik. Tak kisahla penyokong mana-mana parti pun, sangat nampak kebodohan bila bercakap hanya pakai emosi sampai keluar perkataan-perkataan yang tak patut. Benda baik semua nak diperburukkan.

I really hope I won't be like them, anytime in the future, amin. Paling tak boleh terima bila ada orang cakap macam ni "Apalah kau ni, semua benda nak diharamkan". Astaghfirullah. Yang halal itu nyata, yang haram itu nyata. Zaman sekarang ramai orang suka cakap ayat ni bila dia rasa benda yang dia buat tu betul tapi ditegur kata salah. Kita harus jadi orang yang berilmu untuk cakap ayat tu. Lainlah kalau memang benda tu sah-sah halal tapi dia cakap haram. Cuba lah bersangka baik kat orang. Kalau dalam hati tu asyik hitam je macam mana nak terima nasihat yang baik-baik. Kita orang Islam sesama Islam bukan macam tu caranya untuk argue pendapat masing-masing.

5 wonderful voice(s):

adaibrahim said...

Pagi Yah menulis blog pagi ni, pagi gak ada komen...saya setuju dengan yah...kalau menegur, tegurlah dengan akal & hati yang sihat..tak perlu pakai emosi & memburukkan identiti Islam sendiri..padahal Islam x pernah ajar teguran macam tu..moga ALLAH lindungi kita dari sikap begitu..Insya-ALLAH..

Wazie Wahidah said...

hihi sy pun ada tengok video ni. setuju dgn ur onion. eh opinion. hehe.

setuju part halal dan haram itu nyata, di mana 'yang penting niat' & 'tapi hati baik' are not acceptable.

tapi susah jgk mau explain pada orang yg memang kategori 'jahil' (ok, mcm kasar plak bahasa ni. tp bukan kutuk, just sebut kategori manusia) hehe. orang yang dalam hidup tidak ikut hukum yg agama tetapkan, tapi selalunya ikut logik akal.

tapi insyaAllah kalau dpt hidayah tu, kadang2 boleh jadi jauh lebih baik dari orang yg sedia tau kan. hehehe. mau dari kecil ba tu ajar pasal agama. parents la mesti main peranan. hihi.

ketenangan said...

suka dgn pendapat kak yah..:) muhasabah diri lpas bca ni.. makaseh kak yah..

Dr. Mahyuddin said...

Mmg tak ramai orang yg berani cakap terang2, semua nyer anonymous aje. Hmm...pathetic.

Kalau berani nak komen, kena berani tunjukkan diri, be proud of yourself, sbb kadang2 orang yg kita komen tu lebih baik dari diri kita sendiri, siapa tahu??

Rafahiah Haron said...

Ada : terbangun awal sangat hari tu..sampai dah tatau nak buat ape..so tulis la ni..hehe..setuju sgt dgn comment Ada..AMIN =)

Sis Wazie : selalu tu kan org ckp "yg penting niat" or "yg penting hati baik".. Semua org pun hati baik baa..iman saja tidak cukup..kan :)

Ketenangan : kakak ka ni? hehe..your welcome..sama2 muhasabah diri jugak ni =)

Abg Din : So true..berani ckp berani tanggung kan =)

Post a Comment