Friday, 2 December 2011

Spam dah banyak!

Salam.

Berapa minggu dah saya tak update blog. Bukak blog pun jarang. Banyak dah spam kat shoutbox tu (macammana nak delete?). Income Nuffnang pun tak jalan2 dah sepanjang minggu2 tak update blog(hehehe...)

Saya update ni cuma nak share satu website yang saya rasa bagus untuk wanita-wanita muslimah, termasuk saya. Saya suka sebab banyak artikel dalam website ni yang berkaitan dengan hidup muslimah pada zaman sekarang yang penuh dengan cabaran, tapi didasarkan pada sumber yang sahih dari Al-Quran & Hadith.

Cabaran yang saya maksudkan ni adalah cabaran pada zaman sekarang yang dah terlalu jauh berbeza dengan Islam zaman Nabi dulu. Semoga bermanfaat :)

THE IDEAL MUSLIMAH
"And say to the believing women"

Cerita terbaru, I am now in Family Medicine department @ Klinik Padjadjaran Jatinangor. Setiap hari nebeng kereta kawan untuk ulang-alik Bandung-Jatinangor. Kami kena jadi "family doctor", dapat patient --> history taking --> physical examination --> bagi ubat --> buat home visit untuk tengok keadaan rumah & keluarga patient (sebelum tu bersesat-sesat dulu cari rumah patient) --> dah jumpa rumah, borak-borak bla bla bla --> keliling rumah tengok kebersihan toilet, dapur, ventilation, pencahayaan rumah etc --> duduk balik kat ruang tamu bagi nasihat tentang kesihatan bla...bla..bla..

Setiap orang kena buat sekurang-kurangnya 3 homevisits untuk 1 patient.

Contoh nasihat saya untuk my patient yang hypertension hari tu :

1. Kurangkan makan makanan yang masin-masin, berlemak, makanan digoreng, etc.
2. Rajin berolahraga seperti jogging, aerobik, berenang, berjalan kaki, etc..
3. Berhenti merokok
4. Rajin makan ubat dan sentiasa datang ke klinik kalau ubat habis untuk control blood pressure.


Balik rumah, contoh kehidupan saya sendiri sehari-hari :

1. Kalau masak, suka letak garam banyak-banyak
2. Tak pernah jogging, apalagi bersukan lain-lain
3. Pemalas makan ubat kalau sakit. Antibiotik pun susah sangat nak habiskan.


How irony!

Ok, hari ni Sabtu saya kena pergi Jatinangor jugak. Bye2!

4 wonderful voice(s):

NanA said...

hehe..naa.. lepas ni parents kakak sm zaidah dtg mst dorg msk2 tu, tidak la suda garam bnyk2 :P

Rafahiah Haron said...

yeay, xsabar!! hehehe..

Wazie Wahidah said...

sy mau bgtau cara delete spam tu. haha. dekat atas sekali, sebelah kanan ada symbol omega (omega ka tu? haha) bila drag mouse, dia kuar 'admin' klik situ dan login acc shoutmix.

pastu nanti, di shoutbox tu akan kuar 'ban' & 'delete' di hujung setiap shouts org. so, apalagi. delete la semua. kalau saya, saya ban dulu baru delete. hahaha.

sbb sy rasa blog mcm kena ceroboh ja, padahal private. dorang tu pakai auto generate jak tu, bukan dorg masuk pun blog kita. dorg ambil link jak.

pasal nasihat kepada patient tu, senang ja. ko jgn beli garam ;p hahaha.

p/s: mana jadual kaloriiiiii??? ;p

Rafahiah Haron said...

hehe..TQ very much for the info. Nanti ada masa I delete :P

Calorie tu on the way. Hehe ambil masa sikit sbb tgh buat untuk patients juga. Nanti sy buat aa :D

Post a Comment