Saturday, 17 December 2011

Roda-roda kehidupan

1. Hari ini Sabtu kedua kami ditinggalkan. Pagi tadi mak, ayah and my youngest sister Izzaidah balik untuk sambung bercuti di KL after seminggu duduk sini. Minggu lepas keluarga mertua balik selepas datang melawat & shopping di Bandung selama 5 hari. Seperti biasa, saya akan mengalami perasaan bercampur baur setiap kali terjadinya perpisahan. Separation anxiety disorder? Last week rasa sebak sekejap sebab tiba-tiba rumah jadi sunyi sepi selepas 5 hari meriah dengan keluarga mertua. Tapi malam tu happy balik sebab mak ayah datang. Tapi hari ni sebak lagi sebab rumah jadi sunyi lagi. Huhu. Tapi, bak kata Krie, "begitulah kehidupan".Hehe..jadi mari gembirakan hati semula :)

Dalam kesibukan sempat jugak curi-curi masa pergi ladang strawberry dan Tangkuban Perahu. Kebetulan exam kaunseling hari tu ada dua hari. Saya dapat turn hari pertama, so hari kedua saya tak pergi :)

2. Semalam saya post tentang font setting, belum sempat mata berkelip tiba-tiba problem dah settled. Hehe TQ to my sister :) Dialah harapan saya kalau tiba bab-bab teknologi ni. Bak kata orang sini, saya ni "gaptek" --> "gagap teknologi"

3. Bercakap tentang teknologi, di Klinik Padjadjaran tu banyak peralatan yang digunakan adalah yang digital. Contohnya sphygmomanometer. Saya tau kat Malaysia nanti orang kata memang pakai yang serba-serbi automatik. Kami di RS Hasan Sadikin ni masih pakai yang manual. Hari tu waktu ikut-ikut doktor periksa patient kat Klinik Padjadjaran ni, doktor suruh saya buat physical examination. Biasanya santai lah sebab memang dah biasa buat kan. Tapi sekali tengok sphygmo dia yang digital tu. Saya buat-buat cool depan patient, padahal dalam hati "alamak, macam mana nak pakai ni". Saya siap ambil stathescope konon nak dengar heart rate macam yang selalu buat manual tu. Lepas tu saya tekan button tu berapa kali sebab saya tengok nombor kat situ jadi tinggi sangat. Lepas berapa kali tekan-tekan tapi tak dapat hasil yang best, saya buat-buat tanya doktor supaya tak nampak bodoh depan patient, "doc, cuba lihat kenapa BP nya tinggi bangat", padahal dengan niat nak suruh doctor tolong buatkan kalau salah. haha..
Inilah yang biasa kami pakai, couple dengan stathescope

Ini yang digital (tapi kenapa saya rasa benda ni tak accurate)

Lepas tu kalau thermometer biasanya kat RS Hasan Sadikin kami guna yang letak kat ketiak. Tiba-tiba kat situ pakai yang letak kat tympanic membrane tu. Terpaksalah tidak jadi bodoh sombong, terus tanya doktor depan patient macam mana nak pakai. Malas nak cover-cover dah. haha..

Ini yang letak kat ketiak


Ini yang letak kat tympanic membrane


4. Bercakap tentang patients kat sini, terutama patients yang berada di bawah tanggungjawab saya, mereka selalu tanya saya benda-benda tradisional yang kurang saintifik. Otak saya ni dah la kebanyakannya yang saintifik2, yang agak ke zaman-zaman purbakala ni saya kurang faham. Sebab yang saintifik2 kan kita belajar mechanism nya macam mana. Tapi kalau yang pakai petua-petua orang dulu ni mana ada belajar. Kadang-kadang ada la yang boleh fikir & logik & boleh diterima akal. Ataupun kalau nak jawapan betul, saya kena cari lagi tentang hal-hal tu.

Kesimpulannya, saya kena lebih banyak terdedah dengan teknologi, dan saya perlu baca lebih banyak tentang kebiasaan orang-orang tua yang lebih percaya hal-hal yang kurang saintifik. Mungkin ada sisi saintifiknya, tapi belum ada yang buat kajian tentang tu. Huhu.

5. Beberapa minggu lagi tahun 2011 ni dah nak habis. Antara tahun yang terpenting dalam hidup ini. Antara tahun yang mencabar jugak, banyak benda dan tanggungjawab baru yang dipelajari. Awal tahun depan kami bercadang untuk upah orang gaji sebab final exam dah nak dekat. Lagipun dah 6 bulan buat kerja-kerja rumah berdua, mencabar jugak sebenarnya lagi-lagi tinggal kat rumah yang boleh duduk empat lima orang. Lagipun dah ada jiran2 kat sini yang tanya-tanya, perlu pembantu rumah tak. Dapat pembantu rumah yang tinggal dekat okay lah. Tak perlulah dia datang setiap hari, cukuplah sekadar untuk maintenance rumah ni terjaga dari segi kebersihan. Kalau dia pandai masak, bolehlah masak sekali. Hihi. Manatau kalau kami suka, boleh bawak balik Malaysia :P :P Tapi cadang nak upah 2-3 bulan je. Lepas final exam habis, stop lah :)

6. Sekarang nak cakap pasal Nuffnang plak. Hihi tiba-tiba bersemangat pulak walaupun takde lah apa sangat. Dulu ramai orang suruh join Nuffnang tapi saya kan tak faham sangat benda-benda ni sebab malas nak mencari tahu. Lepas tu saya tanya sorang kawan apa tu Nuffnang. Dia pun explain panjang lebar kat facebook inbox. Tapi setahun lepas tu baru saya bukak balik inbox dia tu and baca fahamkan betul-betul. Tiga bulan lepas saya pun join. Then tiap-tiap minggu tengok ada income tapi sikit-sikit. Mula-mula tak bersemangat sangat, tapi lepas 3 bulan, dari sikit-sikit boleh bertambah-tambah. Tapi kalau tak update, dia tak bertambah. Paling-paling pun 25 sen, 15 sen, macam tu je lah. Lepas tu tengok kakak ipar saya (kak Ya) cakap dia claimed duit Nuffnang RM80. Wah tulis blog je dapat duit. Hehe so sekarang saya try lah aktif-aktifkan lagi menulis blog. Sepanjang 3 bulan ni dapat lah jugak RM 15, walaupun RM15 tu saya boleh habiskan sekelip mata, tapi takpelah, nak jugak kumpul banyak2 macam kak Ya. Hihi.

Tapi saya tak suka publish blog atau post. Apalagi buat macam orang yang spam2 kat shoutbox tu. Atau macam orang yang satu post tu dia tukar timing banyak-banyak kali supaya link blog dia akan jadi paling atas supaya orang sentiasa bukak, Lepas tu kita yang rasa tertipu ingat itu post baru sedangkan itu post yang sama tapi dia sebenarnya dia tukar "waktu".

Saya rasa mungkin sebab saya belum bekerja, jadi saya akan menghargai lebih "duit" yang saya dapat sendiri. Kecik-kecik dulu waktu kat sekolah rendah saya suka ikut pertandingan menulis karangan kat radio. Setiap minggu saya ikut, tulis karangan then mintak tolong ayah pos. Beberapa kali karangan terpilih dan deejay radio tu baca karangan tu. Paling best bila dapat duit RM50 untuk setiap karangan. Best jugak bila dengar nama disebut di radio. Saya tak ingat saya pakai duit-duit tu untuk apa. Tapi yang saya ingat ayah pernah bawak pergi Bank Tabung Haji dan suruh saya pergi kaunter sendiri untuk simpan sendiri duit tu dalam bank.

Kat sekolah menengah pulak dapat duit sebab ikut pertandingan melukis. Kalau ada pertandingan melukis yang sekolah perlu hantar wakil, cikgu suruh kami budak-budak Seni ikut. Kami pun dengan terpaksa kena lukis jugak walaupun busy nak SPM. Tapi best jugak bila menang. Hehe. Dapat lah hadiah and duit RM100. Kalau ikut kuiz and dapat layak sampai peringkat negeri pun dapat duit jugak. Tapi biasanya cikgu tak bagi duit tu, tapi dia bawak kami makan sedap-sedap. Kalau ada balance baru cikgu bagi.

Ingat tak kecik-kecik dulu ada rancangan tajaan KFC "What's Up, Doc" kat TV2 setiap hari Ahad? Kami adik beradik pernah ikut hantar lukisan, kalau menang lukisan akan ditayang kat TV, and dapat hadiah yang banyak dari KFC. Waktu tu sekolah rendah. My sister, me and my brother pernah lukis sama-sama and hantar kat alamat rancangan tu. Lepas tu sama-sama tunggu depan TV tunggu gambar dan nama siapa yang keluar. Tapi nama&lukisan saya dan adik tak pernah keluar TV. Lukisan kakak pernah menang dua kali. Lepas tu orang KFC datang hantar hadiah yang banyak kat rumah. Bestnya waktu kecik-kecik. Rindu!! :(

Jadi, untuk Nuffnang ni, kalau rajin saya usaha lah sikit rajin-rajinkan diri tulis blog. So takdelah dapat gaji buta dari Nuffnang kan. Tapi kalau saya update takde orang baca dapat duit jugak tak?hehe. Nanti-nantilah saya belajar lagi pasal benda ni. Sekarang ni kena concentrate study dulu, sebab next week exam untuk department ni. Besok cuti, harap saya dapat gunakan waktu dengan benda-benda berfaedah.

Ok bye :)


7 wonderful voice(s):

Dira Ithnin said...

yah. dira silent reader ni. hahaha kalau dah kaya boleh la belanja :P gurau2 je :)rajin2 update.

Wazie Wahidah said...

1. huhu sedih kan bila rumah tiba-tiba sunyi. kalau dekat2 ok lagi. saya rasa jugak tu bila family dari sandakan & lahad datu datang stay sini & balik. huhu. tapi kalau parents lagi terasa kan. tapi sabar la aa, bawak jak naqi bercerita. hehehe..

dorang mama aritu semangat cerita pasal indon. tapi mama bilang tidak mau pegi lagi sebab banyak orang paksa2 beli tu. sama ambil2 gambar suruh beli tu. saya ingat time kamu konvo jak ada gitu. di tangkuban perahu pun ada plak kan. hahaha. mama bilang, dia mau menikmati keindahan alam pun tidak tenang :D :D

2. sama-sama. tidak teknologi pun tu. haha :D

3. depan patient jgn tunjuk kita tidak tau, nanti patient tidak yakin sama kita. haha. tapi kalau cara guna alat simple tu ok la. aritu masa kak lily beranak, sy kenal doc yang pecahkan air ketuban dia. mungkin dari U kamu jugak tu. terus saya jadi kurang yakin. sebab baru lg jd doc. hahaha. suda la nurse di situ tanya balik2, mau buat CTG ka doc? cara dia tanya tu mcm biasa tidak payah buat pun. pastu time tu jugak abg daffy suruh sms ko tanya apa tu CTG. hahahaha. sabar jak la.

4. kalau orang tua-tua banyak sangat petua dan pantang larang. kadang-kadang tension dengar. hahaha. mungkin sesetengah orang pernah kebetulan jadi, so dorang bulat2 percaya. tapi kadang2 kita takut, so ikut jak la.

5. sokong. harap2 dapat orang gaji yang betul2 boleh buat kerja, jujur , amanah, rajin dan ikhlas. hehehehe. dan pandai masak :D wahwah ada perancangan suda mau bawak balik msia aa. bagus tu kalau jumpa yg ada chemistry kan. yang ibu2 la. jgn yang muda2. banyak hal lagi nanti.

6. nuffnang tu klik jak kan? saya klik jugak tu time ko mula2 letak. di blog org lain x pernah pun saya klik. tapi sekarang saya lupa2 suda. hehehe.

oh patutla ada org gitu, sy rasa suda baca post dia tp kuar lagi macam baru post. huhu T_T yg promote2 di shoutbox lagi la. banyak jak blog2 yang saya tengok macam tu. para blogger famous la konon. malas mau layan.

haha pertandingan radio tu tidak boleh lupa oo. banyak plak tu kan dapat rm50. kenapa dulu saya rasa itu tidak banyak. sekarang saya rasa banyak. sampai ko guna2 nama amer lagi sebab suda lebih umur. hahaha. lucu oo. kalau saya tu penakut mau ikut.

yang kfc whats up doc tu pun lucu2 oo. yg mula2 tu sy tulis surat, tidak tau pun menang kan. tengok2 van kfc dtg depan rumah bagi hadiah. dalam bucket kfc yg bentuk gelas besar tu. bila pegang, panas2 masih. trus cakap, ayam ayam! sekali bukak barang mainan. hahahaha. panas sebab kena sahaya matahari dalam van kfc tu. tp best2 jgk hadiah dia.

pastu kita semangat lagi ikut ramai2. saya ingat saya lukis tweety. pastu tunggu depan tv. happy bila nama kena umum menang. pastu kawan2 tepon p rumah kasitau lagi. pastu klasmate pun tanya2 mcmana mau join. hihi lucu la.

tp frust kalai kedua menang tu hadiah tidak sampai2. rasanya sampai ayah tanya di wisma kfc lg. huhuhu. ada lg yang ayah lukis udang besar2 tu untuk siapa tu aa lupa plak. hehehe ;p

ok. nasibaik ruang komen tiada limit. buat macam blog sendiri la pulakkkkk :D

Rafahiah Haron said...

Dira : silent reader dah bersuara..hehehe ok2, i'll try to update more, tp jgn bosan k..hihi:)

Rafahiah Haron said...

Sis Wazie : Wah3x..macam satu entry sudah ni :P

Okay, reply satu2.

1.alala kesian. tp mmg pun, pegi pasar baru jumpa penjual2 tu, pegi ladang strawberry, jumpa lagi, pergi tangkuban perahu jumpa lagi. Geram jugak sbb paksa2 kan. Kalau orang mau beli, org dtg jugak tu x payah paksa2. Banyak juga la yg kami beli dr dorang tu. Mmg barang dorg ada yg bagus tp dorg letak harga mahal yg melampau2..satu batu kecik tu pun Rp300ribu lebih.


2. Ada lg mau tanya ni lepas ni :D

3. Owh, dari U kami? siapa siapa?hehe..sbb kalo dari U kami mesti sy kenal, sbb x sampai 10 org ni orang sabah di sini yg sudah habis belajar. Kalo yg baru2 tu mesti houseman, baru masuk kan. CTG tu cardiotocography, alat utk ukur heart rate baby dlm perut, n contraction ibu. Biasanya pakai utk tgk keadaan baby jg..kalo lama betul dlm tu, takut distress. kalo distress kena kasi keluar cpt2 la e.g Caesarian section. gitu la lebih kurang. sy pun lupa2 suda yg detail, next week baru masuk department Obstetric & Gynecology.hehehe..:P (alasan)

6. nuffnang tu x pyh click pun xpa..dpt jgk duit. tp kalo click dia ada percentage click-trough-ratio(CTR) yg sy pun xfhm utk apa..haha :P sbb kalo ada CTR pun, sama jg jumlah duit yg masuk. nanti sy baca lg. "Gaptek kan";p

haha ya yg second time org tu x hntr hadiah. berharap suda dpt kfc lg byk2 :P yg sy pakai nama amer tu pun kalo x salah, xsampai jg hadiah dia. tp xpa la..sbb x rugi jg kan..hehehe..ingatka ain pernah call radio jawab kuiz, tiba2 dpt hadiah pinggan mangkuk datang p rumah. haha.lucu. Ain kecik lagi masa tu.

Wazie Wahidah said...

boleh2, tanya la. hehe. tp jgn la pasal nuffnang. itu sy pun xtau :D

mmg ko kenal pun org tu. tp im not gonna write it here :D hahaha wah masuk o&g, nanti belajar bnyk psl infertility aa. hoho.

ya ka ain dpt pinggan tu? hahaha lupa suda. tp mmg lucu. sy teringat muka ain yg bulat gemuk pastu serius dgn mata besar bulat dia tu. pastu dpt pinggan mangkuk. hahaha

Rafahiah Haron said...

bah, nanti la..ada kaitan dgn design blog..hehe...di fb inbox aa..

ok, doakan dpt belajar byk3..manatau boleh jadi doktor sakit puan kan :P

Panas la ain tu wdh ckp dia macam tu. tapi bukan muka kamu dua org sama ka?haha..bulat gemuk serius mata besar bulat :P dulu semua org ckp muka wdh n ain sama.

Hafeeza said...

salam dear sist ^^
uhuhu..as usual.love 2 read ur post..haha!

syok@best oo baca komen2 k.wazie ma k.yah..

ermm..masa kecik fza xtau la hepi sgt ka x..hepi la kot..kuat main dgn jiran2,panjat2 pokok,lari sana sini..banyak ag laa..haha!
psl htr lukisan kat tv,sekadar perasaan mau jak..tp x wat pun..x pandai pun melukis..ehehe! skrg la baru pandai..

waa..bestnya tu menang2 hadiah kan..boleh imagine juga feel gumbira kamu tu..hoho!

skola menengah pulak,x byk yg best..yg best pun masa ting1 d smesh n ting5 sbb ikut sukan..huhu! d smesh jmpa k.wazie n sllu nmpk k.yah jalan sama2 bestfren k.yah..suka tgk muka k.yah sbb cool jak..huhu!.k.wazie pulak jarang juga fza jumpa..k.wazie jak yg rajin cari fza...hihi! sori k.wazie..dulu2 fza pemalu baaa.. :P

ya! betul kata k.yah..mntau jadi pakar sakit puan..amin! cket jak kan doktor pmpn pakar dlm bidang ni? hehehe

ada tu gmbr k.wazie dgn fza..masih ag fza simpan..duduk atas ayunan..hihi! x byk berubah juga la..masih maintain cute and cantik bangat! ^^

all the best 4 ur exam sist yah! keep on blogging ^^

Post a Comment