Saturday, 24 December 2011

Musim Hujan di Bandung

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan jam 4.30 pagi. Kat luar rumah masih gelap & hujan lagi. Semalam sebelum tidur pun hujan jugak. Semalam waktu pergi BBQ party kat rumah kawan, hujan sangat lebat sampai stokin dan seluar basah. Terpaksa balik rumah jap tukar stokin.

Setiap kali hujan lebat macam ni, hati sangat laa risau dan tak tenang sebab takut rumah banjir. Atap bocor tak payah cakap lah. Sekarang ditambah lagi dengan air meresap kat lantai sampai warna cat tu dah berubah. Rasa kesal pun ada sebenarnya dengan tuan rumah, sebab sebelum pindah sini dia tak pernah mention pun tentang hal ni.

Sebelum pindah rumah ni dulu, kami pernah tanya "rumah ni pernah banjir tak sebelum ni", tapi dia cuma bagitau yang air selalu naik kat depan rumah (di luar pintu rumah) kalau tak letak galah or something. Tapi setiap kali hujan lebat, kat toilet pun banjir, atap bocor, etc. Sekarang ni musim hujan yang sangat-sangat lebat, orang kata sampai Tahun Baru Cina nanti lagi lebat. Kat Bandung ni, biasanya musim hujan berbulan-bulan, lepas tu stop, datang musim kemarau pulak.

Hujan lebat kat sini bukanlah hujan semata-mata. Ada bonus banjir. Mungkin disebabkan oleh sistem saliran yang kurang sempurna dan kedudukan bangunan yang sangat padat.

Satu hal yang buat saya sedih dan rasa nak menangis bila hujan, setiap kali hujan, Jalan Sukajadi ni akan banjir dan air datang dari Paris Van Java (PVJ) turun ke bawah tu macam air sungai mengalir/ air terjun mengalir. I don't lie. Macam air terjun. Nak menyeberang jalan sangatlah mencabar. Air banjir tu jangan bayangkan yang bersih-bersih. Warna cokelat keruh. Dengan sampah-sampah.

Kasut confirm basah. Besok pagi kena pakai kasut baru.

Minggu lepas, pernah satu petang ni, kebetulan saya baru habis exam, hujan sangat lebat, saya tunggu encik suami untuk balik sekali. Saya rehat-rehat dulu kat bilik rehat doktor muda, sambil tunggu forensik selesai. Lepas dah selesai, kitorang nak tunggu hujan berhenti, beli-beli aiskrim dulu kat kedai Alfamart tepi jalan, then jalan kaki nak balik rumah, sebab angkot tak ada. Hujan tak berhenti-henti. Dari hospital sampai lah PVJ kami cuba cari tempat yang sesuai untuk menyeberang jalan balik rumah, semua dipenuhi air. Kami nak mengelak daripada kasut basah. Nak mengelak "Leptospirosis"/jangkitan kencing tikus jugak sebenarnya. Tapi tak ada luka pun kat kaki, so lebih kepada nak mengelak kasut basah. Kalau kasut basah tu maksudnya kaki tenggelam dalam air macam kita masuk dalam sungai.

Sepanjang perjalanan dari hospital nak balik rumah tu, macam-macam situasi kami nampak. Tikus besar warna hitam berkeliaran di mana-mana. Sampah sarap ikut sama mengalir dengan air banjir tu. Pejalan kaki kena water splash dari kereta, bas-bas besar dan motor yang lalu sepanjang jalan Sukajadi. Kami nampak jugak seorang pakcik masukkan bahagian bawah sangkar burung dia (dengan seekor burung di dalam) dalam air yang mengalir macam air terjun tu, dengan tujuan untuk membersihkan kotoran-kotoran najis dari sangkar tu. Boleh bayangkan isi air banjir tu apa kan? And why we so desperately wanna avoid it?

Cari, cari dan mencari lagi. Tak ada ruang untuk kami ambil untuk melintas jalan. Hujan masih belum berhenti. Kami tunggu kat seberang jalan sambil tunggu air surut sikit, sambil menikmati aiskrim yang kami beli tadi. Dengan sebelah tangan pegang payung, sebelah tangan makan aiskrim dan dengan beg kat belakang yang separuh dah basah kena hujan.

Jalan tu pun tak pernah kosong dari kereta. Waktu tak hujan pun belum tentu boleh terus lintas jalan. Lagi-lagi waktu tu adalah waktu orang balik kerja. Tunggu punya tunggu, dah dekat satu jam ni, kami tengok ada satu part air terjun tu yang dah agak nipis dan dari jauh tengok macam boleh langkah. So kami pun pelan-pelan cuba lintas jalan, dan pergi ke arah bahagian air yang "kelihatan" agak nipis tu.

Bila pergi dekat, ternyata kena bukak langkah luas-luas dulu baru boleh elakkan kaki termasuk dalam air. Baru nak bukak langkah, tiba-tiba kereta yang baru lalu kat depan buat "reverse", air yang dari atas semua pergi kat kami, kaki ditenggelami air. Kalau saya sorang-sorang waktu tu mesti saya dah menangis (okay melampau lah menangis kan, mungkin saya sebak dan tahan-tahan diri dari menangis, sambil teringat nak balik Malaysia cepat-cepat). Nasib baik ada encik suami, so dari pada menangis kami gelak-gelak. Punyalah lama tunggu kat seberang jalan nak mengelakkan kasut basah. Last-last bukan kasut je basah, tapi stokin, kain semua basah.

Itu baru permulaan musim hujan. Masih lama lagi untuk melalui hal yang sama setiap hari. Ya Allah, tabahkanlah hati kami, dan semoga Engkau melindungi kami dari bencana dunia yang sementara ini. Dan semoga kami dapat melalui semua ini dengan tenang.

8 wonderful voice(s):

Hafeeza said...

salam..

waaa..cabaran betul..xpa kak..once in a lifetime..hehe!
ada hikmah..
skrg kkk bersusah2 dl,nnt insyaAllah..Dia balas dgn yg terbest pnya! aminn ^^

fza baca mcm fza ada sana juga oo kak ^^

tp masih x dpt imagine tu 'air terjun'..tp leh agak sbb dulu masa kat maktab,duk hostel bawah bukit..kat atas tu ada hostel 1 ag..1st2 masuk,bila time hujan lebat sgt,banjir groundfloor tu..bilik warden x leh selamat,masuk lumpur..

air yg turun ikut longkang mcm tangga dr atas tu..makk aihh..mgkin mcm kkk ckp tu la..air terjun!

klu ada gmbr td,lagi memantapkan kkk pnya post! eheheehe!

alhamdulillah ada encik suami kan kak? i like the part of ketawa2 tu..huhu..mcm hindustan plk! ( jgn marah ya kak..huhu )
yaa..klu fza berada tmpt kkk pun,wah..mesti hati rasa manyak susah ooo..apa lagi bila kkk explain contain tu air banjir..adoi!

neway,x lama gak ag kan nak abes kak? fza doakn kkk ma encik suami baik2 shj d sana n dpt abeskn study dgn sebaiknyaa..aminnn!

take care dear sist ^^

NanA said...

salam.

ksiannya kalau mcm tu hari2. disini pun hujan. jarank pjalanan dr asrama-kuliyyah jauh. kalau asrama pmpuan dkt la, yg kesian asrama lelaki. ingat lg waktu 1st year dulu, masa belum import keta dr sbh, amir pnah tu x pegi kelas kalau ujan. sebab dulu kn tumpang kwn2 dia nek moto jaa. kalau x sama kelas, sbb major lain2, jadi susa lah mau pegi kelas sama. skrg, Alhamdulillah ada pengangkutan ni, ok sikit. biar la keta kecil pun, yg penting boleh guna kan :) saya bawa juga kalo hujung minggu tp pusing-pusing dlm uia jak la. mau bw kuar, takut ada accident nnt. haha ;p nasib ada driver. kami kongsi2 minyk kereta sama2 :D

kalau naik keta pn banjir juga ka? kalau beli kereta sna mhl ka kak? paling tidak pn sewa ja ka? kalau sama cost mcm beli kasut baru hari2 masa hujan bgs cari kereta sewa jak kak..

Hafeeza said...

oh yaaa..hehe!
msti lain2 tmpt,lain2 cabarannya kan..
ada bestfren fza time kecik study dentist gak sana..lupa pula dekat mana tu..jogjakarta or yogjakarta? huhu..x ingat :(

risaukan dia gak masa isu panas m'sia-indon dulu..alhamdulillah,xda pa jg..dia ckp,kena pandai jaga diri..bila kuar,kena ckp slanga sana cket..huhu..utk keselamatan..
time gempa bumi pun ingatkan tmpt dia..cntct dia,alhamdulillah,bukan area dia..hehehehe

i think u know her dear sist..
Nur Ain Munder Fahn..smeshian juga ^^
tp x kenal pun x pa..coz igt pulak kak wazie bgtau yg dia x kenal pun abg dafi masa d smesh dulu..huhu!
tp fza ingat2 lupa tu abg dafi..hahaha!
biasa la time form 1 dulu,senior f5 wktu tu sgtlah mantap! huhu..n garang jugaa..hihi!

Rafahiah Haron said...

Wah, kakak baru publish ni, masih edit-edit lagi, tp feeza n nana sudah komen. Hehe..

Feeza : Itu la kakak mau letak gmbr tapi tidak sempat pulak ambil gambar hujan-hujan tu kan. Hehe. Next time kakak ambil aa :P Ya kakak kenal, dulu roomate waktu di aspura, tp kakak x sure dia U mana, mungkin Surabaya tu =) tapi kakak rasa situasi di negara ni mostly sama. Kakak rasa budak2 yang belajar sini semua tabah-tabah. Sampai tidak tau sudah mau ckp macammana, lalui ja semua. Ni pun kakak terajin ja ni mau tulis salah satu pengalaman di sini. Sebab kakak mau jadikan peringatan next time kalo sudah balik Malaysia, apa yg pernah dilalui di sini. Tu pun kalo ada masa untuk tulis mcm skrg ni :) p/s : Air terjun tu mmg mcm air terjun, nanti kalo ada peluang, kakak ambil video..hehe..

Nana : Ya mcm di Malaysia pun kakak dgr hujan n banjir. Tapi tu la, kakak di sana x pernah lalui jadi "pejalan kaki tegar" macam di sini. Banyak faktor kena fikir. Ponteng x boleh, ponteng lebih sehari dari yg ditetapkan, consequent dia, extend masa study berbulan-bulan. Mau naik ojeg setiap hari, kena fikir duit yg kena jimat untuk benda-benda lain yg lebih penting.Kdg2 boleh la =) Angkot sangat susah untuk dapat utk pergi rumah kakak lg2 time hujan. Tempat tunggu angkot pun sama banjir jgk. Sewa keta mustahil, mahallll..mmg tidak pernah terlintas di fikiran..hehe.. plus kami teda lesen international. Nanti kalo ada polis, ambil kesempatan lg mau minta duit.

Mcm gitu la tu perasaan dia, hujan lebat, tp bukan bahagian atas lg yg dirisaukan, tp bahagian bwh, basah part atas mcm sudah x apa2 ni berbanding tu banjir =(

Hafeeza said...

ada nana jga ^^

betul3x..skrg musim hujan gak dah m'sia ni..hehe!
berapa hari dah hujan..lebat jg la..
n ranau pun semakin sejuk kata kawan..hehe

bestnya bljr kat U kan..tp tu la..cabaran kan?
alhamdulillah kan nana..ada jg transportation..memudahkan dan melancarkan..

kami kat mktb,bila hujan,pakai payung jak la..hihi..sbb kampus xle besar mana pun..tp as usual,mmg lelaki la yg paling kesian..asrama dorg ag jauh dr bilik kuliah..limpas padang bola ag..yg ada motor tu,boleh la basah2 cket..tp yg pakai payung and jalan kaki utk ke kelas..bayangkan..

a'ahla kak? barang2 sana sgtlah murah kan..mcmna pulak keta? ^^

Rafahiah Haron said...

hoho fza..brg2 sini x la murah sgt pun..org msia dtg sini rasa murah sbb byk benda yg xda di sana kot..tp keta mmg jauh lg murah but that's not the point..murah2 pun sama juga mahal, mana ada duit. plus xda lesen international. InsyaAllah x lama lagi habis --> balik Malaysia --> settle. hehe..cabaran2 pun best juga bila dpt lalui,bukan selalu dpt merasa :D

khairi FMJ said...

Amin.( Untuk doa yg bawah tu)
Allah uji sebab tau yah n naqi kuat. Insha Allah boleh hadapi ujian ini dgn baik. Cara hadapi masalah ini adalah sama ada kita "run from it" atau ""learn from it". Kalau lari, masalah yang sama akan datang kejar sampai kita berjaya atasi.(haha dapt inspirasi dari cerita lion king) Cdgn: Mungkin boleh beli kasut boot untuk rentas sukajadi..huhu.

till then,
senyumlah pada kehidupan, ia akan tersenyum semula kepada kita:-)

p/s: nanti saat saya stress tentang kehidupan, kena ingatkan saya say pernah cakap macam ni k.haha:) smgt obgyn!!! eh plus compre, soca jgk;)

Rafahiah Haron said...

TQ Krieee!!! Terharu (T__T)

Krie bagi cdgn yg best. Tapi mana nak cari kasut boot ek? Kalo ada nak gak p cari hari ni :) Saya baru plan nak bawak selipar crocs + baju hujan + payung tiap hari pergi obgyn. Tp boot macam lagi best je..hehe..

p/s : InsyaAllah nanti sy ingatkan, tp krie kalo stress jrg nak ckp..cmana saya nak tau??hehehe.. tp xpe, sy try pakai instinct :P Smgt Krie, jumpa nanti. xsbr nak 1 group lg ngan Krie & Amy ==))

Post a Comment