Tuesday, 4 December 2012

Pengalaman bersalin anak pertama : teori vs tengok orang vs pengalaman sendiri

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-7 saya bersalin. Actually hari ke-8 tapi sebab baby lahir pada jam 9.20pm, so malam nanti la baru masuk hari ke-8. hehe. Nak jugak kan. Nurse pun pening bila dia tanya, hari ni hari ke.7 kan? Pastu saya jawab, "belum lagi, malam nanti baru masuk 7 hari". Pastu dia jawab, "Mane2 la". Malas nak layan la tu. hihi. Ok la pasni saya jawab ikut tarikh lahir, bukan ikut waktu lahir.

Sekarang masih dalam tempoh berpantang, tapi baby tengah tidur. Tadi dah pump susu in case baby bangun. Sementara tunggu ada "supply" baru, saya tulis blog dulu. I want to share my experience melahirkan anak pertama ni, before terlupa. So many things happened lepas baby lahir ni. There's much more to learn.

Hari Selasa lepas (27 November 2012), lepas rasa contraction yang tak berapa nak sakit tu (refer to my previous post), my husband kejutkan ma (my mom in law) just untuk bagitahu yang dah start ada contraction, tapi tak berniat nak pergi KMC (Kuantan Medical Center) lagi. Ingat jam 12 macam tu baru nak bertolak. Tapi, lepas bagitau, ma tanya berapa kali, Naqi jawab 10 minit sekali. Then ma terus suruh bersiap-siap and pergi Kuantan. So kami pun bersiap-siap la. Tunggu masuk waktu Subuh jam 5.40am, tepat jam 6.00am tu kami keluar dari pagar rumah.

Dalam kereta, contraction dah jadi makin kerap, 7 minit sekali. Tapi rasa sakit masih sama dengan yang tadi. Macam senggugut yang tak berapa sakit. Kadang-kadang sakit jugak tapi lepas buat teknik pernafasan yang hypnobirth ajar tu, dapat la tahan. Lagipun, sebelum ni memang biasa senggugut teruk, so sakit yang ni masih boleh tahan.

Sepanjang perjalanan tu ada banyak benda aneh kat tengah jalan. Mula-mula ada ramai-ramai orang dalam gelap tengah buat apa entah, macam banyak kereta stop kat tepi jalan, saya pun tak berapa ingat. Lagi, banyak driver aneh (according to my husband la). Pastu tengah jalan, ada sorang makcik tua bongkok tahan kereta. Dah la hari masih gelap, entah apa makcik tua tu buat tahan kereta tengah-tengah gelap macam tu. Kami kejar masa waktu tu, sebab takut bukaan dah banyak kan. So tak berhenti la.

Kami sampai KMC dalam jam 6.55am. Daftar, naik atas, masuk labor room, pasang CTG. Lepas tu buat VE. Menurut CTG, contraction tiap 6-7minit, kekuatan paling kuat 70%. Nurse tu check VE, agak sakit jugak dia buat. Dan lama. Tahan ja la kan. Hehe. Saya cuma terfikir patients yang saya pernah buat VE ja waktu tu. Bila fikir macam tu, tak la rasa nak bising-bising kata sakit etc. Lepas nurse tu keluarkan tangan dia, saya tanya dah berapa cm, dia jawab "3 cm".

Saya happy jugak sebab dah 3 cm, lepas dia buat VE baru la start keluar bloody show. Sebelum ni tak ada lagi. Saya tanya nurse boleh keluar makan dulu tak, sebab saya lapar tak makan apa2 lagi. Malam tadi pun kebetulan saya skip dinner. Huhu, menyesal pun ada. So saya, husband, and MIL pun turun bawah, pergi Restoran Alif. Saya makan roti canai, telur rebus sebiji dan teh tarik. Tak tahu lah cukup atau tak tapi tak makan banyak-banyak takut muntah. Tapi sebab ada bawak bekalan kurma dan minyak kelapa dara dan air zam zam in case saya rasa hypoglycemic dan tak cukup tenaga, so saya tak kisah sangat tak makan banyak.

Lepas makan, saya jalan-jalan jap dalam labor room. And isi-isi borang sementara tunggu bilik wad disiapkan. Saya dapat bilik no 222. Jam 9am masuk wad. Tengok tv sementara tunggu doktor datang check. Saya ingat lagi waktu tu saya bukak MHI. Ally Iskandar dan Fetri Yahya. Tengok tv sambil tahan sakit contraction. Hehe. Waktu tu dah makin kerap, dalam 4-5 minit sekali. Tapi tak sakit sangat lagi.

Sakit dia betul-betul rasa macam sakit waktu saya senggugut. Tapi saya rasa waktu saya senggugut lagi sakit sebab senggugut tu tak ada gap. Senggugut sakit continuously, kalau hilang sikit rasa sakit dia, masih ada rasa sakit sikit-sikit. Kalau senggugut, saya memang tak boleh buat apa, confirm ambil MC. Kalau kat sekolah, KTT atau Universiti dulu, tiap bulan mesti saya ambil MC untuk senggugut. Sebab tu ubat banyak berlonggok dalam simpanan tak pakai.

Kalau sakit contraction beranak tu, sakit dia ada gap. Bila contraction stop, sakit totally hilang. Boleh gelak-gelak lagi waktu tu. Ini pengalaman saya laa, saya tak tau orang lain macam mana :-)

Dalam jam 10am, doktor datang. Dia check bukaan, dah 4 cm. Dah masuk active phase la kiranya. Dia suruh saya pergi labour room sekarang, masukkan air and induce pitocin. Saya terkejut jugak, sebab saya tak bajet langsung dia akan suruh induce walaupun saya rasa tak ada masalah bukaan lambat or apa. Kalau selalu kan, induce if bukaan tak progress lama. Saya macam dalam dilema waktu tu. Saya cakap la kat doktor nak minta excuse, hehe. "Doktor, boleh tak kalau saya tak nak induce?" Saya memang plan nak natural/gentle birth. Kecuali kalau ada masalah. Doktor macam tak setuju sangat saya tak nak induce, dia jawab "Hmm, tak nak induce, lama lah awak nak tahan sakit, tak tau bila bersalin nanti". Saya cakap takpe. (Waktu tu saya rasa macam sedang menjadi seorang patient yang menyusahkan pun ada). Doktor terus pergi meneruskan kerja-kerja beliau yang lain yang banyak.

Waktu tu saya dalam dilema, dalam kepala saya waktu tu saya tak kisah pun tunggu lama untuk bukaan 10 cm, tapi saya takut kalau lama sangat, kesian kat doktor nak tunggu lama. I understand macam mana perasaan nak tunggu patient bukaan lengkap. And saya kesian kat ma and husband jugak sebab akan tunggu lama yang tak pasti sampai bila.

Selain itu, doktor offer epidural atau any pain killer lain kalau saya tak tahan sakit. Waktu tu memang saya masih boleh tahan sakit, so saya tak ambil.

Waktu bukaan 4cm tu, jam10am. Theoretically, untuk ibu yang pertama kali melahirkan, bukaan akan progress sebanyak 1cm dalam 1 jam, so saya and Naqi bajet-bajet bukaan lengkap pada jam 3pm. Hehe. Perasan betul.

Jam 1pm nurse masuk hantar makanan untuk lunch. Makanan dia sedap, saya berselera la nak makan. Tapi, tiap kali makan, rasa contraction. Terus jadi hilang selera nak makan. Contraction dah semakin kerap and sakit. Tak terasa pun waktu berlalu waktu tu. Sambil tunggu nurse datang check bukaan, kami tengok sinetron kat TV3. Tak ingat tajuk apa, Aliya? Typical story, anak tertuka-tukar. Dalam satu episode dah boleh tahu cerita episode sebelum-sebelumnya

Tunggu punya tunggu sampai pun jam 3pm. Tapi nurse belum datang, tengah tukar shift. Dalam lebih kurang jam 3.30pm ada sorang nurse ni datang. Dia shift baru, dia check bukaan, kecewanya rasa hati bila baru 5cm. Huhu. Only 1cm in 5 hours! Saya and Naqi tergelak jugak sebab tadi bukan main yakin lagi yang jam 3pm akan bukaan lengkap.

Tapi nurse tu kata portio dah menipis so kemungkinan bila-bila ja boleh lengkap. Dia bajet saya akan beranak lebih cepat dari sorang lagi patient yang dia tengah jaga yang dah bukaan 8cm sekarang. So dia suruh saya pindah ke labour room. Alhamdulillah saya dapat labour room yang betul-betul bersebelahan dengan bilik wad no 222 tu. So tak perlu jalan jauh-jauh. Naqi nak ulang-alik ambil barang pun senang

Dalam labour room, tukar baju untuk beranak, lepas tu baring, pasang CTG untuk monitor contraction dan pasang alat untuk monitor heart rate baby. Waktu ni contraction dah makin kuat, dan sangat kerap. Macam senggugut yang teruk tu. Saya tak menjerit lagi sebab kesian kat nurse tu nanti dia stress. So tahan sakit sambil tutup mata ja la macam selalu buat waktu senggugut tu.

Pastu nurse asyik cakap kenapa tak nak induce, kalau tak dah bersalin dah sekarang. Dah boleh relax. Saya senyum ja la. Dah terlambat pun, tapi saya masih boleh tahan lagi. Sampai jam 6pm, doktor datang. Dia buat VE lagi sekali, dah bukaan 7-8cm. Tanpa bertanya, dia pecahkan ketuban. Ikutkan hati, saya tak nak pun pecahkan ketubah, I want everything to happen naturally as long as my baby punya condition masih ok. Tapi dah terpecahkan, takpe lah. Lagipun saya tak nak jugak doktor kata saya banyak demand. huuhu.

Lepas pecahkan ketuban, waaa contraction rasa semakin sakit. Tapi Naqi keep reminding me to take a deep breath. Bukan 1 breath tapi banyak kali sebab lama jugak contraction tu, nafas saya plak bukan panjang sangat. Mula-mula boleh la buat nafas panjang, bila dah banyak sangat contraction, lama-lama jadi pendek. Waktu tu kepala baby memang rasa turun bawah dan rasa nak terkeluar pun ada. So inilah masa yang selalunya ibu-ibu kat hospital dulu tak tahan nak meneran tu. Now I understand how it feels. Tapi, berusaha jugak untuk tak teran, berat jugak sebab baby berat kot? hehe entahlah. Sebab takut nanti bengkak, so berusaha jugak tak nak teran. Waktu ni baru terasa betapa penantian itu suatu penyiksaan. Nak tunggu 10cm untuk boleh start meneran.

Oh saya lupa nak cakap, actually dari pagi tu saya mengantuk sebab dari malam tadi tak cukup tidur. Becoz contraction tu start rasa waktu saya tidur. So asyik terbangun tapi tak bangun sampai lah pagi. So selama kat wad tu saya beberapa kali tertidur sebab mengantuk dan tak cukup calorie kot? Saya minum virgin coconnut oil untuk bagi tenaga tapi buat rasa nak muntah pulak, sebab benda tu minyak kan, macam tak hadam betul kat dalam perut.

Waktu kat labour room tu saya asyik tanya nurse boleh tidur tak. Mata saya memang dah susah nak bukak sebab ngantuk plus no energy. Saya lapar sangat waktu tu. Saya cuma terjaga waktu contraction. And tiap beberapa minit kena minum air untuk elakkan saya dari tak bertenaga. Tapi masih tak bertenaga. Waktu tu saya menyesal sebab skip makan, siap sempat fikir lagi untuk next pregnancy, tak nak skip makan waktu dekat due date :P

Nurse tu asyik puji kata saya bagus sebab jarang orang 1st delivery boleh tahan sakit waktu dah bukaan 7-8cm ni. Padahal saya bukannya tak nak jerit or mengeluh, tapi saya diam sebab saya tengah save energy untuk meneran nanti. Sekarang pun saya rasa lapar dan tak bertenaga semacam, apa lagi nanti waktu nak meneran. Menyesal sangat waktu tu sebab tak makan banyak. Nasib baik ada bekalan air zam zam yang keep me hydrated. Thanks to Naqi sebab tolong bagi minum tiap kali saya mintak nak minum.

Nurse tu target saya akan bersalin jam 7.30pm. So saya pun berharap la jugak, sebab dari jam 6pm lepas doktor pecahkan ketuban, contraction 4x dalam 10 minit, dan tiap contraction tu lamanya nak tahan kepala baby dari terteran. Tersiksa jugak la. Bayangkan kalau betullah saya akan reach 10cm jam 7.30, means ada sebanyak 9 x 4 = 36 kali contraction. Tiap contraction 40saat. Sebanyak tu lah kena tarik nafas tapi tarik nafas pun saya dah tak ada energy.

Jam 7.30pm, nurse check bukaan dah 9cm, waktu tu sakit dah sangat kuat. Saya tak menjerit tapi saya banyak songeh. Bak kata nurse dan Naqi. Hehe. Macam-macam keluar dari fikiran saya waktu tu. Saya rasa nak jalan-jalan tak nak duduk atas katil supaya boleh hilangkan rasa nak meneran. Pastu saya tanya boleh tak nak duduk. Pastu saya tanya boleh tak nak induce sekarang? Judgment dah tak betul. Nurse tu cakap "Awak ni jangan buat saya nak tergelak, ikut je cakap nurse dan doktor sekarang. Sekarang judgement awak dah tak betul dah ni". Lepas tu saya cakap boleh tak nak mintak ubat tahan sakit. Jawapan untuk kesemua soalan saya adalah tak boleh. Hehe. Saya pun tau je waktu tu yang saya tak boleh, tapi entah kenapa saya still pegi tanya jugak.

Lepas tu nurse cakap sekarang cuma boleh sedut gas je untuk tahan sakit. Saya tanya confirm hilang sakit tak? Pastu dia jawab "Tak jugak". Bila dia jawab macam tu, saya terus cakap "oh tak payahlah"

Tunggu punya tunggu, bukaan lengkap waktu hampir jam 9pm, bila nurse check bukaan dah lengkap, saya saaaaaaangat lah happy sebab dah boleh meneran. Tapi nurse tak bagi meneran lagi, sebab bunyi jantung baby masih kedengaran sangat kuat dan normal. Dia kata kalau teran sekarang pun kepala baby belum betul2 kat bawah lagi, nanti penat nak meneran, better simpan tenaga. Waktu tu sangat rasa macam nak buang air besar. Tapi tahan jugak la dari meneran sebab betul jugak cakap nurse tu.

Tangan saya tiba-tiba kebas dan tak boleh bergerak waktu tu. Rasa macam oksigen tak sampai kat extremities, saya sempat suruh Naqi check capillary refill time. Haha. Macam ada function je :P Naqi pun check lah jugak, and dia cakap normal.

Sementara tunggu boleh meneran tu, saya beberapa kali tertidur. Sebab sangat ngantuk waktu tu. Waktu tu lah jugak saya dengar nurse tu borak-borak dengan Naqi pasal study kat Bandung la.. bla bla bla yang dalam hati saya fikir "waaa..janganlah borak pasal benda lain sekarang". Hehe stress tak :P Pastu nurse asyik puji-puji bila saya buat tarik nafas tu untuk lupakan sakit and nak elak meneran. Waktu tu dalam hati saya cakap "waaa tak payahla puji-puji, orang tengah sakit ni" =P

Dipendekkan cerita, doktor datang lebih kurang jam 9pm, (or lagi awal saya tak ingat). Doktor dan nurse asyik ulang-ulang pasal saya tak nak induce, kalau induce dah lama dah bersalin. Huhu. Sabar saja lah.. Saya senyum ja sebab dah tak larat nak dengar bebelan. Hehe.. Dah la tak ada tenaga + ngantuk, yang saya fikir nak keluarkan baby ja.

Disebabkan dah tak ada tenaga + mengantuk, saya sangat lah perlu berusaha untuk mencari tenaga untuk meneran. Mata saya betul-betul mamai waktu tu, bila dah boleh meneran, saya meneran jugak. Saya ingat lagi saya pernah tulis blog pasal tips meneran yang betul. Saya cuba buat macam yang saya tahu. Tapi tenaga saya tak cukup kuat dah untuk tarik nafas dan teran lama-lama. Huhu kecewa saya waktu tu. Macam biasalah kalau kepala baby tu dah nak terkeluar, nurse akan cakap "bagus Yah, teran lagi..baguss..sikit lagiii..sikit lagi..teran lagi..bagusss" bla bla bla macam yang saya selalu cakap kat patients time dorang beranak. Tapi saya tau, kadang-kadang bukan nampak macam nak keluar pun kepala baby tu, tapi tetap cakap "baguss..bagus"..hihi :P So saya pun tak nak percaya. Kecuali bila Naqi cakap baru saya percaya, saya dengar cakap Naqi ja waktu tu :P Boleh tak nak bias sikit..hihi :P

Sebab lama sangat meneran tapi kepala tak keluar jugak, doktor ambil gunting, terus saya segar balik. Saya cepat-cepat cakap kat doktor, "doktor, boleh tak saya tak nak gunting?" haha sempat lagi..Pastu doktor pun letak balik gunting tu, dia cakap "Ok, boleh, awak boleh ni tak gunting tapi awak kena teran kuat lagi". Tapi saya sendiri rasa contraction saya tak kuat. Sebab tak sakit pun waktu tu. I mean, sakit yang saya boleh tahan. Waktu meneran tu, saya rasa best, tak sakit, cuma yang tak best bila teran tak cukup nafas la..huhu..asyik putus-putus. Kesian baby.

Saya tak rasa pun saya angkat punggung, tapi ada certain time tu doktor kata jangan angkat punggung. Rupanya ada jugak terangkat..hihi..Waktu saya meneran sekuat hati tu, ada terjadi sedikit tear, pastu doktor terus ambil gunting, dan cakap "Sorry lah yer..doktor terpaksa gunting jugak". Saya pun pasrah je lah waktu tu. Dah memang saya meneran tak kuat. Waktu tu dalam kepala saya ingat nak tidur je. Huhu. Akhirnya lepas je doktor gunting sikit, saya teran sekali, terus keluar kepala dan seterusnya badan baby. Alhamdulillah, baby tu diletak atas perut saya..dalam hati saya cakap, eh besar jugak baby ni. Hehe waktu tu sangat happy, baby keluar terus menangis tapi putus-putus lagi, lepas buat suction baru dia menangis sekuat-kuatnya. Saya dah tak fikir apa dah waktu tu, lepas baby dibawa untuk dibersihkan n diazankan, saya terus tidur dengan bestnya. Sambil doktor keluarkan placenta dan jahit luka bekas tear dan gunting tadi. Saya tidur sampailah saya disuruh pindah balik ke wad di bilik sebelah.

Baby lahir tepat pada jam 9.20pm, spontaneous vaginal delivery, weight : 3.29kg, height : 51cm. Tarikh 27 November 2012. Alhamdulillah :-)

p/s : Waktu tengah tak ada tenaga utk tarik nafas tu, saya belajar satu benda baru, untuk lupakan sakit. Bolehla kalau siapa2 nak cuba. Baca zikir mengingati Allah tu, sepatah2 dan bayangkan ejaan dia sekali sambil baca..ejaan jawi la..rumi pun boleh kot..asalkan fokus. I found it easier to visualize than tarik nafas :-)

Monday, 26 November 2012

Contraction

It's 4.29 am in the morning. Terbangun awal pagi ni, dari semalam (or pagi tadi?) i can't tidur nyenyak sebab rasa sakit perut. Lama-lama bangun jugak, sebab tidak best tidur, jaga, tidur, jaga. I took my bath, then kira-kira contraction berapa kali (now it's once in 10 minutes), tapi belum ada bloody show. Subuh ada dalam 1 jam lagi What am I going to do? Jom tahajud sama-sama, pray for me jugak ok! Hihi..

Kat luar rumah hujan renyai-renyai. Ok, tepat di saat ini saya sedang mengalami contraction. Sakit jugak la tapi masih boleh tahan. Macam sakit senggugut. Huhuhu. I can't imagine bila dah start contraction yang kerap nanti. Sekarang ni duration contraction ada laa dalam 20-30 seconds, tapi sakit dia rasa dalam 10 seconds.

Barang untuk baby dah pack, my baju ja lagi belum pack, sebab ada yang tengah keringkan kat dryer. Hihi. Nasib baik semalam lepas Isyak saya cuci baju, biasanya cuci baju pagi-pagi, tapi entahlah kenapa semalam cuci baju malam.

InsyaAllah pagi besok kalau contraction makin kerap, dan dah tak tahan, boleh la start gerak ke Kuantan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Jarak Kemaman-Kuantan adalah kira-kira 64 kilometer. Kalau tak sempat, kat Hosp Kemaman pun apa salahnyaa, kan abang? hehe :)

Saat ini sedang mengalami contraction lagi, huhu sakit jugak. Macam bukan once in 10 minutes dah ni. Macam makin kerap. Nanti la saya kira balik. Saya stop dulu k. Do pray for us... assalamualaikum :-)

Wednesday, 21 November 2012

Aktiviti Sampingan

Mintak maaf banyak-banyak sebab malas sangat update blog. Sebab position paling best untuk update blog adalah bila laptop letak atas meja study. Hehe. Sekarang mana ada meja study dah.

Nak update pun tak tau nak cakap tentang apa. Since my activity adalah menanam anggur semata-mata sejak sebulan yang lepas.

Ni pun saya update sebab saya baru letak link "aktiviti sampingan" kami berdua di sebelah ni. Hihi. Cuba tengok kat sebelah kanan anda, nampak tak icon "Shaklee" and "GSR" tu? Hehe..itulah aktiviti sampingan sekarang. Bukan aktif sangat pun sebenarnya, tapi cukup la untuk orang tau and kalau tiba-tiba teringin nak beli, boleh cari kami, kan :-)

Kat icon tu boleh click and keluar lah link yang berkaitan :)

Ok itu saja nak update. Doakan saya beranak cepat2 and mudah n lancar k. Aminn :-)

Saturday, 10 November 2012

Belum lagi :-)

Malas plak update blog waktu cuti. Sekarang dah masuk 37 minggu 3 hari. Ok dah term. Alhamdulillah :-) Tapi mungkin lambat lagi baby nak keluar sebab belum ada tanda-tanda lagi.

My sister in law dah selamat melahirkan baby boy yang comel pada hari Khamis lepas (8/11/12) :-) Congratulations kak Ya & Fahmi.  Semoga berjaya mendidik anak menjadi anak yang soleh dan berguna di dunia dan di akhirat. Amin :-)

Tuesday, 6 November 2012

Pengajaran dan pelajaran

Hari-hari terakhir kami di perantauan itu banyak jugak la mengajar kami erti kehidupan realiti yang sebenarnya. Sebelum ni malas jugak nak cakap apa-apa, biar berlalu menjadi debu. Tapi sampai lah kami berada di "tidak perantauan" ini masih terpaksa melalui benda-benda tu dari jauh.

Hari-hari terakhir tu agak menguji kesabaran dan keteguhan hati dari segi berdepan dengan orang-orang yang banyak demand. Demand itu, demand ini. Kami ni pulak baik hati sangat.

Sampai poket kosong pun masih nak baik hati.

Tapi Allah Maha Kaya, buat baik dibalas baik. I've always believe in that. So tak perlu regret benda-benda yang dah lepas.

Kadang-kadang orang buat jahat dengan kita, kita lupakan. Malas nak simpan-simpan. Harap bila kita tersalah buat something dengan orang, orang akan tak kisah sangat jugak. Bukan sengaja lagipun.

Tapi, kalau orang keep on buat sesuatu yang buat kita rasa diambil mudah, banyak kali nak cuba buat-buat tak tahu pun, akhirnya akan "tertahu" jugak.

Orang selalu lupa tanggungjawab dia kat kita, tapi kita tak pernah lupa apa yang bukan di bawah tanggungjawab kita pun, tapi disuruh bertanggungjawab jugak. Itu yang saya cakap "baik hati sangat".

Selalunya, kita lupakan dan halalkan ja harta-harta kita tu dibuat macam tu oleh orang.
Harta dunia..bukan mutlak selamanya harus menjadi milik kita.
Tapi, berpada-padalah.
Kami bukan orang cop duit.

Sampai keliru mana satu tanggungjawab, mana satu bukan. Semua dah jadi macam tanggungjawab.

Apa pun, let us forgive & forget.

It's the best thing we can do.
It's the best thing we should do.


Sunday, 28 October 2012

Dalam perut vs Luar perut


Gambat baby boy (my sister's son) waktu dlm uterus
Gambar luar uterus..hihi..sama kan dgn waktu scan

I can only detect the shape of his mouth..which resembles my sister's mouth..:P Hidung n mata belum dapat disahkan. hihi. Mungkin hidung pun my sis jgk. Mata my brother in law..mana2 ja lah..yang penting baby selamat. Pandai baby, tidak berat-beratkan badan dia walaupun my sister ada masalah gestational DM waktu bulan puasa hari tu. Baby lahir 2.7 kg, pada jam 6.04 pagi, 28 Oktober 2012, bertempat di KK Specialist  Centre, Luyang. Alhamdulillah bayi lahir normal pada usia 39 minggu dlm kandungan. Pandai baby cari timing supaya his mama tidak di induce..hehe..Coz my sister akan di induce kalau waktu EDD (which is on 2nd November) masih belum ada tanda-tanda bersalin memandangkan dia ada masalah GDM tu.

So ini adalah my first anak buah di sebelah my family di Sabah :-) Huhu mau jumpa baby. Tapi tunggu aunty beranak dan berpantang dulu ok, nanti aunty balik Sabah dgn uncle Naqi :-) Bawa sepupu yg muda sikit..hihi..insyaAllah

Okay, debaran semakin terasa..huhuhu..i'm preparing myself mentally & physically untuk my turn plak..LMP saya dan my sister beza tepat 4 minggu. Setiap hari Khamis akan masuk minggu baru. Mine sekarang 35 minggu 3 hari. Doakan semua lancar k! :-)

Wednesday, 24 October 2012

@ Kemaman

Hari ni 9 Zulhijjah, hari Arafah..mostly dalam rumah ni berpuasa sunat..except for me dan my "instant" anak-anak buah. Kerja saya adalah layan mereka mintak buat makanan, bergaduh, berebut main game, etc. This is my first experience melayan budak-budak yang ramai, sebab kat family saya di Sabah belum ada anak buah. (InsyaAllah minggu depan baru dapat anak buah pertama), so pening jugak lah mula2..sekarang pun pening jugak..hihi..tapi saya pun dah lama duduk berdua ja kat Bandung tu, so sekarang tak lah rasa sunyi sangat bila ada ramai budak-budak. Saya pun bukan la pandai layan budak-budak sangat..I'm in the process of learning:-)

Saya jadi watak baik, Naqi jadi watak garang. So budak-budak ni takut dengan Naqi. Apa Naqi cakap semua ikut. Saya plak jadi tempat mengadu nasib :p Kadang-kadang kalau saya tak tau nak menyebelahi siapa, saya panggil Naqi..hihi..habis cerita..

Kadang-kadang saya tak faham pun apa yang dorang mintak, sebab cakap bahasa terengganu versi budak-budak yang sebut tak berapa fasih. hehe. Orang dewasa cakap pun ada yang saya tak berapa faham lagi, but again, I'm in the learning process :-)

Tadi, 3 of them mintak roti canai telur. Memang dah ada kat bawah tudung saji. Yang sorang nak makan dengan kuah kari, yang sorang nak makan dengan gula, yang sorang nak makan dengan kuah kari + gula. Saya pun bagi-bagi ikut permintaan masing-masing. Yang sorang makan habis, yang sorang lagi mintak tambah gula beberapa kali. Rupanya dia makan gula ja tak makan roti. @_@

Lepas tu tiga yang lain pulak berebut nak makan Maggi. Yang sorang pandai masak Maggi sendiri, so dia masak sendiri Maggi Ayam atas dapur. Lepas tu datang seorang anak buah lagi nak mintak Maggi Ayam jugak. So yang pandai masak Maggi tolong masakkan. Tak lama lepas tu, datang seorang lagi nangis-nangis sebab baru lepas berebut PSP dengan anak buah yang lain. Pujuk dengan makan Maggi. Tapi dia nak dimasakkan Maggi Ayam yang baru. Saya pun pergi la cari Maggi Ayam tapi dah habis, tinggal Maggi Asam Laksa. Pujuk dia makan Maggi Asam Laksa tapi tak nak. Nak tambah telur pun tak nak. He said, "nak Maggi Ayam jugak, ataupun Maggi Kari, tapi tak nak Asam Laksa". Hoho..dekat rak makanan ada 3 bungkus besar Maggi tapi semua Asam Laksa. Last-last dia nampak kotak Teh Lipton dalam rak makanan yang saya tengah bukak, terus bertukar fikiran, "Nak air teh susu la". Saya pun menarik nafas lega....:P

Then, seorang lagi anak buah datang, "Cik Yah, nak Ice blended". Saya pun cakap "Ok, jap ehhh..nanti cik yah buat". Saya cuci pinggan jap, pastu bila dah settle, saya lupa pasal Ice blended..terus masuk bilik jap. Pastu tak lama, he came to me again"Cik Yah, nak Ice blended".. baru teringat balik..kesian dia..hehe..sorry I totally forgot..I asked him, "T (bukan nama sebenar) nak ice blended apa? Milo?"..pastu dia jawab.."Nak yang ada tabur-tabur serbuk kat atas, air dia warna koko jugak tapi bukan Milo"..Wah, ice blended ape ek..bisikku dalam hati. Pegi tanya Naqi jap, air apa tu..chocolate ke. Naqi pun tak tau. Last-last baru saya teringat sampai sekarang pun saya tak buatkan lagi ice blended tu..heee..sorryy..nanti kalau dia mintak lagi, saya buat betul2.. :-)

Alamak tiba-tiba hujan lebat. Stop la online dulu. Saya tak tau nak update apa so saya cerita la aktiviti saya di sini..hihi..Rasa macam tak pernah lagi blog about My life in Kemaman. Nanti kalau rajin saya ambil gambar bandar Kemaman pulak k.. :-)

Tuesday, 23 October 2012

2nd post..hihi..thank you MARA

Hari ni tamatlah riwayat saya disponsor oleh MARA..hehe..petang tadi dapat "gaji terakhir" lagi walaupun dah habis study..Alhamdulillah..so lepas ni, start bulan depan, dah tak ada rutin bulanan dapat elaun..isk isk..(yang tinggal cumalah elaun claim tiket kapal terbang dan elaun akhir pengajian yang saya belum claim)

Thanks MARA sebab dah menaja saya selama 8 tahun 3 bulan atas Skim Pelajar Cemerlang (Cambridge A Level  & Ijazah Perubatan Luar Negara), jasamu ku kenang sampai bila-bila.

Kalau tak ada sponsor dari MARA ni belum tentu saya dapat jadi doktor..huhu..so saya kena bersyukur, walaupun perjalanan agak jauh berbanding belajar dalam negara atau pun belajar kat negara lain, orang lain dah lama start HO dan ada yang dah jadi MO pun :-) Tapi saya percaya pada rezeki masing-masing :-) Alhamdulillah untuk semua yang Allah dah bagi. I have nothing to regret :) Yang penting hidup mesti happy ^_^ dan rasa cukup dengan apa yang ada.


Monday, 22 October 2012

heee....:-)

1. Mau pre-wash baju-baju baby & cloth diapers..tapi tiada hypoallergenic detergent tu..puas cari tapi belum jumpa..konon-konon rajin la beli banyak2 cloth diapers..sebab comel-comel..kalau bukan sebab mahal..memang sampai sekarang belum stop beli..huhu..harap-harap saya rajin la nanti pakaikan cloth diapers untuk baby, rajin cuci, etc..Now ada la dalam 10 pcs..jangan tambah lagi before baby betul2 akan pakai okay..Ini semua adalah my sister's influence..:p

2. Tapi xtau kenapa, asal pegi kedai baby and tengok cloth diapers..semua yang branded2 ja..buatan US..di Bandung pun macam tu..harga RM100++, tapi comelll..uhhuhu..kalau buatan China mesti kena beli online, standard price around RM20-RM30. Kan best kalau boleh tengok2 dulu depan mata, pegang sendiri, tengok ukuran depan2, baru decide untuk beli..hmmm..

3. Salah satu sebab saya beli awal CD ni walaupun belum confirm akan rajin cuci/pakaikan adalah sebab nak berjimat cermat untuk long term. Ada review kat internet cakap kita boleh jimat RM3500 selama 3 tahun dengan memakaikan anak Cloth Diapers berbanding Disposable Diapers..plus ecosystem friendly. Bila beli siap-siap..terpaksa lah pakai..biar rasa bersalah sikit kalau x pakai..hehehe..and Naqi cakap dia rasa saya akan rajin cuci CD tu nanti, lagi lah bersemangat beli :p

4. Tapi baju2 baby boleh pakai detergent biasa kan..tengoklah besok kalau rajin saya start cuci sikit-sikit baju-baju tu :-)

Sunday, 21 October 2012

Berlatih dan berlatih..good luck

Hari ni my pregnancy dah sampai 34 minggu dan 3 hari. Alhamdulillah sebab my first pregnancy ni terasa mudah, dan menyenangkan. Tak rasa sakit belakang, tak rasa membebankan, tak ada symptom2 kurang kalsium yang teruk sampai sakit gigi etc.

Sebab kat Bandung dah selalu sangat jalan-jalan jauh dengan berjalan kaki, rasa janggal sikit kalau duduk tak buat kerja. Jadi banyak tidur. Saya cepat bosan kalau duduk diam. Lepas tu nafsu makan besar. Takut baby terlebih berat plak sebab limited physical activity. So sekarang saya try kurangkan makan supplement sebab takut baby besar. So boleh makan benda lain lebih sikit :p

Harap sampai beranak nanti keadaan akan sentiasa menyenangkan macam ni. Amin. Sekarang tengah berlatih pernafasan macam yang hypnobirth ajar. Tak dapat pergi hypnobirth class pun takpe lah sebab ramai orang share pengalaman kat internet. Walaupun kalau pergi class lebih berkesan sebenarnya. Tapi hypnobirth class mahal bangat. Hari tu kat Jakarta, Rp 2 juta/couple. Tu pun semua class fully booked. Semalam saya jumpa 1 hypnobirth class kat Shah Alam, tapi semua fully booked jugak. Yang tinggal cuma bulan January 2013. Dah beranak pun masa tu. hehe. Tapi kalau tak fully booked pun tetap tak pergi kot, sebab harga dia RM800/couple. Tunggulah my first bersalin experience macam mana nanti. Hehe..

Nanti saya nak tulis "My Birth Plan" untuk doctor. Supaya dia tak terkejut kalau saya tiba2 cakap tak nak induce, tak nak gunting (kecuali kalau keadaan baby betul-betul memerlukan tindakan-tindakan tu). Sebab kalau kat Majalaya dulu, banyak benda yang sepatutnya masih boleh dielakkan tapi dibuat jugak untuk induce, tapi bila failed, terus C-section. Bila saya banyakkan bacaan tentang penanganan kat sini (Malaysia) pun, banyak jugak yang sama macam kat sana. Dan ada ibu-ibu/suami yang "teguh pendirian" cakap yang dorang tak nak, dengan fikiran yang positif akhirnya berjaya jugak lahir dengan selamat.

Saya tengah rajin-rajinkan baca pengalaman orang dengan hypnobirth / gentle birth kat facebook. A very good reference for me. Walaupun dalam dunia kedoktoran, realitinya susah nak buat benda tu dengan setting kat kebanyakan hospital pada masa sekarang, tapi rasanya kalau semakin ramai doktor dan nurse yang didedahkan dengan hal-hal berkaitan hypnobirth ni, semua tu boleh berubah. Dan proses melahirkan takkan jadi sesuatu yang "stressful". Kat Western countries dah banyak yang amalkan hypnobirth ni.

Ni group yang saya cakap tu, salah satunya. Best baca kat situ sebab ibu-ibu 1 Malaysia tak kita Melayu, Cina dan India semuanya berkongsi idea dan fikiran dan bantu-membantu antara satu dengan lain untuk berfikiran positif tentang kehamilan dan persalinan. The Gentle Birth Group Malaysia

Oklah tu ja, macam promote hypnobirth plak kan. Memang promote pun, hehe..bye :-)

Tuesday, 16 October 2012

Mixed feeling

Mixed feeling. Telah meninggalkan Bandung. Rasa terharu dengan layanan jiran2 di hari2 terakhir..bila lah dapat merasa lagi kawasan kejiranan macam tu. Tadi before balik..ramai yg datang rumah tolong pack barang..tolong settlekan rumah..salam-salam..tolong angkat barang sampai kereta. Ada ibu yang menangis kami dah nak balik for good. Nasib baik saya dah menangis siap2 hari tu..so di jam2 terakhir tadi dapatlah control ;p

I'm happy but at the same time ada rasa sayu. Tp biasalah mula2 memang macam ni. Kenangan n memory indah2 simpan baik2.. yang tak best buang jauh2..

Selamat menempuh kehidupan baru untuk diri sendiri dan kawan2 ;-)

Saturday, 13 October 2012

A present for him ;-)

Congratulation!!!

Monday, 8 October 2012

Excited

Dah habis medical school. Alhamdulillah :-)

Mintak maaf my blog sebab lama terbiar menyepi. Minggu-minggu terakhir Magang kat Majalaya hari tu rasa best dah happy ja sebab ramai kawan-kawan internship dan koas, so mungkin tak ada benda yang perlu diluahkan di blog. Sebelum ni kan kami berenam ja, rasa macam isolated sikit dari dunia kawan-kawan lain :-(

Dah habis Magang lagi la..rajin online untuk baca tentang persiapan baby & mommy ja. Plus tiba-tiba excited online shopping sebab hari ni pesan, esok barang terus sampai rumah. Baru-baru ni order set jamu selepas bersalin Mustika Ratu sebab murah 2,3x ganda berbanding Malaysia. My sister yang pesan sebenarnya, lepas tu saya pun pesan lah sekali :) Banyak lagi yang saya plan nak beli online ni sebelum balik Malaysia for good 2 minggu lagi.

Kebetulan Mara tiba-tiba masukkan elaun buku & perkakas yang lama-lama dulu tertangguh. Plus elaun Mara bulan lepas pun baru ja masuk belum pakai.Hihi. Pastu mak & ayah pun tiba2 masukkan duit hari tu. And ma (my mom in law) bawak beli barang-barang baby 2minggu lepas. Alhamdulillah, rezeki baby :-) Rezeki saya pun termurah jugak sebab minggu lepas dapat berpasang2 baju pregnant dari ibu2 saudara suami yang datang Bandung. Thank you :-)

Besok dan lusa kawan-kawan datang rumah nak ambil barang-barang yang kami jual murah before balik. Sebenarnya niat asal nak bagi ja, tapi kalau bagi ada susah sikit, sebab orang berebut. Even sekarang ada yang dah booked pun, masih ada yang tanya-tanya barang tu. Belum masuk jiran-jiran lagi, kalau bagi ja, pastu sorang dapat benda mahal, sorang dapat benda murah, ada yang tak puas hati nanti, susah kan. hehe. SO jalan terbaik, kita jual murah :D

Sekarang tiap hari rasa nak pergi kedai baby. Hehe first timer memang macam tu kot. Excited terlebih. Akan cuba dikurangkan keterujaan ni pelan-pelan :-)

Ok bye.

Saturday, 22 September 2012

Tips meneran yang betul :)

Salam. Hari ni nak pergi follow up hemoglobin level dan scan baby. Tapi ada 2 jam lagi before dr.Tina datang, so saya ingat nak tulis tentang TIPS MENERAN ketika melahirkan lah kat blog ni. For my own reference, atau untuk my sister and my sister in law yang bakal melahirkan anak pertama tak lama lagi. Tapi saya tulis bukan berdasarkan pengalaman melahirkan laa..cuma berdasarkan pengalaman melihat ramai ibu-ibu melahirkan. Mungkin banyak ja boleh search kat internet, tapi saya nak selitkan sedikit la pasal pengalaman saya tengok ibu melahirkan :)

Orang yang pernah amalkan hypnobirth cakap : waktu bersalin bayangkan cervix kita tu macam bunga yang sedang berkembang mekar :)
Minggu ni saya tak ditugaskan kat kamar bersalin, tapi waktu rotation kat Ruang Nifas, waktu tak ada kerja, saya pergi la sibuk-sibuk tengok ibu bersalin. Hihi. Kerja saya macam biasa, pergi berdiri sebelah patient pegang tangan patient, konon-konon jadi macam suami dia. Sebelah patient selalu kosong, tak ada orang, so saya pergi la menyempit-nyempit kat situ. Dan akibatnya, tangan atau baju saya akan jadi mangsa "ditarik/ dipicit" oleh ibu yang sedang menahan sakit. Tapi tak kisahlah, asalkan dengan cara tu ibu tu rasa dia boleh kurangkan rasa sakit, saya dah happy sebab at least boleh tolong sikit-sikit. Kadang-kadang hampir merah kulit tangan sebab dipicit sangat kuat oleh ibu. Dengan cara tu saya dapat lah bayangkan betapa sakitnya yang dirasakan oleh ibu tu waktu tu berbanding kesakitan tangan saya yang digenggam kuat tu :)

Ok, first saya nak share dulu apa petanda-petanda yang menunjukkan kita dah nak bersalin? Biasanya kalau dah masuk term (more than 37 weeks from our last menstrual period), kita dah boleh lega sebab kalau anak kita lahir waktu tu, insyaAllah semua anggota fizikal dan organ dalaman dia dah lengkap terbentuk. Dah cukup sifat. Sebab kadang-kadang contohnya kalau before 34 weeks, paru-paru baby belum terbentuk dengan sangat lengkap lagi. Tak kisahlah berat baby berapa (within the normal range la kalau boleh 2500g-3500g), gestational age (GA) lebih penting daripada berat. Menurut William Obstetrics yang saya baca, antara berat baby dengan GA, GA adalah lebih penting dalam menentukan prognosis baby (hidup lama/tidak). Sebabnya? Setiap organ dalaman baby terbentuk mengikut minggu yang dah ditetapkan, bukan ikut berat/besar baby. Kalau baby tu besar tapi baru 24 minggu, prognosis dia tetap kurang baik (kalau lahir waktu tu) berbanding baby kecil yang dah 28 minggu.

Berbalik kepada tanda-tanda nak bersalin, kalau dah masuk 37 weeks, kita kena sentiasa bersedia sebab bila-bila boleh lahir walaupun belum masuk EDD. (EDD tu adalah ketika GA kita 40 weeks). Walaupun actually sebelum 37 weeks pun boleh terjadi premature contraction. Tapi kat sini, sebab tak boleh cerita banyak sangat nanti pening, kita berfikiran POSITIF k, so kita anggap lah kita akan bersalin normal :) Amin :)


Ada beberapa tanda :

1. Rasa perut sakit/memulas. 
Ok ini salah satu tanda yang kita patut expect dah nak bersalin. Mula-mula rasa sakit dia tak terlalu kuat, masih boleh tahan, senyum-senyum. Mungkin belum ada bukaan serviks. Ini disebabkan oleh contraction kat rahim bahagian atas.Tapi bila dah masuk active phase nak bersalin tu, contraction tu akan makin kuat dan frequent, waktu ni lah ibu-ibu akan start menjerit-jerit (tak semua la, ada yang merintih2 ja).


2. Keluar "bloody show" / sedikit lendir bercampur darah.
Ini biasanya terjadi bersamaan dengan waktu perut sakit memulas tu.

3. Keluar cairan ketuban / amniotic fluid
Yang ini boleh jadi sebelum sakit perut, atau boleh jadi setelah sakit perut, atau tak terjadi sama sekali sampailah melahirkan, atau keluar waktu kita dah kat hospital, atau dipecahkan sendiri oleh nurse / doktor kat hospital. Ketuban ni adalah satu cairan yang melindungi bayi waktu dalam kandungan. Cairan ni tersimpan dalam satu membrane (imagine macam belon lah, dalam belon ada air dan ada baby). Air dalam belon tu adalah cairan ketuban. Kalau belon tu pecah, cairan ketuban tu akan keluar merembes dari our vagina. Merembes sikit-sikit atau merembes banyak sekaligus, depends on contraction dan pembukaan cervix.



Okay, itu antara 3 tanda-tanda yang patut kita expect dah nak menghampiri persalinan. So bila dah jadi hal-hal tu, jangan panic, pergi lah mandi-mandi dulu, siapkan body bersih-bersih dan wangi untuk pergi hospital. Pakai baju yang sesuai untuk melahirkan. Jangan pakai seluar ketat. Kalau boleh, sediakan siap-siap satu beg untuk letak pakaian yang kita perlu bawak ke hospital. Saya pun bukan ada lagi benda-benda ni. Pandai suruh orang ja buat. Hihi...Actually saya kurang tahu kalau di Malaysia pihak hospital akan sediakan apa ja, tapi kalau kat sini, semua patient kena bawak. Mungkin sama ja kan dengan kat sana. Ehm, kalau boleh bawak la 3 pasang baju. Satu untuk waktu bersalin, satu untuk lepas bersalin (sebab lepas bersalin mesti berpeluh-peluh unless duduk dalam bilik air cond), dan satu lagi untuk balik rumah. Melainkan kalau rumah dekat ada family boleh tolong bawak baju :) Pastu sediakan beberapa kain sarung/kain batik jugak untuk cover bahagian bawah waktu bersalin. Panties jangan lupa + pad sebab after bersalin kita kan period..hihi..(nifas). Kadang-kadang kain batik diperlukan untuk lap katil yang basah sebab air ketuban or darah or air kencing etc. (itu kat sini la..semua kena pakai patient punya)

Sekarang, bila dah siap-siap semua, badan dah wangi (penting supaya orang yang menguruskan kita nak bersalin tak pening dengan bau badan kita :p), dah pakai baju bersih, suami / family pun akan bawak pergi hospital. Waktu ni jangan tertekan, jangan takut, think positive, tak lama lagi baby akan keluar dengan sihat. Memang patut takut pun, apa lagi kalau first experience kan. Banyak hal yang bermain di fikiran. Tapi, daripada kita fikir benda-benda yang menakutkan, jom kita fikir hal-hal yang menggembirakan. Because, at the end of the day, hasilnya akan sama saja :) Makin kita takut,  makin kuat contraction, sebab otot semakin tegang, jadi kita akan rasa makin sakit. Tapi kalau kita relax, tubuh kita akan release hormon endorphin, iaitu salah satu hormon yang membuatkan kita kurang merasa sakit. Hormon ni effect dia lebih kuat dari morphine ubat tahan sakit tu. Dan kalau kita relax, otot-otot kita pun akan sedikit relax :)

Ada cara-cara yang saya belajar dari teknik hypnobirth, iaitu observation dan relaxation. Tapi saya pun baru berlatih kadang-kadang ja. Sebab cepat bosan. Hihi. Tapi, tak boleh bosan. Kena consistent berlatih. Mula-mula try tegangkan otot-otot muka, rasakan ketegangan dan secara sedar melepaskan ketegangan tu. And buat kat otot-otot badan yang lain jugak. Buat berulang-ulang sampai kita terbiasa. Tujuannya adalah supaya, waktu kita tengah sakit nak bersalin, kita mampu observe ketegangan kita, dan perlahan-lahan melepaskan ketegangan tu :)

Tips lain yang saya dapat : Rajin-rajin kan diri baca surah Maryam. InsyaAllah proses melahirkan akan dimudahkan. Dan kalau kita baca Surah Maryam tu, ada ayat tentang kisah sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa, beliau diarahkan untuk menggoyangkan pohon kurma dan makan kurma tersebut.

Maka Maryam mengandungkan (anak)nya, lalu dia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksanya bersandar pada pohon tamar, dia (Maryam) berkata: "Aduhai, alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak bererti, lagi dilupakan". Maka dia (roh itu) menyerunya daripada tempat yang rendah: "Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Rab (Tuhan)mu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.”“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”“Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar kepada al-Rahman (Yang Maha Pemurah) untuk berpuasa, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini’."(19: 22-26)

Jadi, saya buat kesimpulan sendiri, mari makan kurma waktu dekat nak bersalin, supaya kita bersenang hati. Hehe.

(Err..macammana nak habiskan tentang TIPS MENERAN ni...banyak sangat selingan..huhuhu..)

Sampai mana dah saya tulis tadi? Dah sampai hospital belum? Hehe..jap scroll ke atas balik.

**********************

Ok, masih dalam kereta suami./family nak bawak g hospital.


Fast forward, sampai hospital. Terus pergi uruskan hal admin. (Kalau perlu la), then masuk lah bilik bersalin. Kalau kat hospital kerajaan, mungkin bersalin beramai-ramai dalam satu bilik. So boleh kumpul kekuatan dulu tengok orang lain bersalin. Ataupun, kumpul ketakutan. Huhu. Kalau beranak kat hospital swasta, beranak sorang-sorang, tapi husband boleh temankan. Privacy lebih sikit. Tapi, tak boleh tengok orang lain melahirkan.

Ok, first, mesti ada doktor/nurse yang datang untuk check keadaan kita. Dari check blood pressure, tanya-tanya kita tentang dah ada belum tanda-tanda bersalin kat atas, ambil darah, suntik untuk masukkan air, sampailah nak periksa pembukaan. Nurse/doktor akan masukkan 2 jari dia ke dalam vagina, dan periksa bukaan cervix. Satu benda yang kita kena expect, supaya kita tak termarah orang yang akan masukkan jari dalam vagina, adalah : tiap orang ada tahap kekasaran dan kelembutan masing-masing. Berdasarkan pemerhatian saya laa..ada yang ganas masukkan jari pastu buat kasar-kasar (sebab memang nature dia macam tu), ada jugak yang lembut-lembut. Ada yang cakap baik-baik suruh tarik nafas waktu dia masukkan jari dia supaya tak rasa sakit sangat. Ada jugak yang tak ingatkan untuk tarik nafas, etc. So, we better prepare sendiri la..sebelum dia nak masukkan jari tu, tarik nafas siap-siap, jangan tegangkan otot kalau tak, akan jadi makin susah dia nak masukkan jari. Relax, tarik nafas. Nanti dia akan bagitau dah bukaan berapa.

Persalinan ni ada 2 phase, satu latent phase (bukaan 0-3 cm), yang kedua active phase (4-10 cm). Tapi itu untuk kemudahan penolong persalinan. Kalau untuk orang yang nak bersalin, cukup lah kita tahu bukaan lengkap serviks adalah 10 cm. So, lepas kita diberitahu kita dah bukaan berapa, kita boleh tau la bila nak start meneran. JANGAN MENERAN sewaktu bukaan belum LENGKAP. Banyak keburukannya. Satu, nanti tenaga habis sebelum waktunya, pastu vagina boleh membengkak keluar, boleh sebabkan kepala baby tertekan, boleh sebabkan cervix bengkak, dan banyak lagi. Paling selalu terjadi adalah ibu-ibu kehabisan tenaga untuk meneran pada waktu yang tepat.

Waktu tu kita akan rasa macam nak buang air besar. Doktor atau nurse akan sentiasa pantau kita dari semasa ke semasa, check bukaan dah sampai mana. Ingat, meneran bila kita dah diberitahu bahawa bukaan lengkap. Dan hanya meneran waktu ada contraction.

Jadi, apa yang boleh kita buat waktu belum boleh meneran tu, apalagi sebelum masuk active phase. Kena miring kiri (supaya berat bayi/ uterus/ketuban/etc) tak menekan inferior vena cava, yang supplya oxygen untuk baby. Supaya tak terjadi hypoxia pada baby. Kalau merasa kurang selesa miring kiri, boleh tukar jap position jadi terlentang atau miring kanan, tapi pastikan jangan lebih dari 10 minit, lepas tu kena miring kiri semula. Actually kalau nak kepala baby cepat turun, berdiri atau mencangkung lagi bagus. Tapi macam susah ja sakit-sakit nak berdiri kan? Kalau dahaga, boleh minum air manis. Kalau lapar, boleh makan. Kalau first delivery, lambat sikit nak tunggu bukaan lengkap. Saya pernah tengok ibu nak bersalin ni, waktu nak bersalin tu dia baca Al-Quran. Bagusnya..

Sekarang TIPS meneran :

1. Meneran waktu bukaan dah lengkap (10 cm).


2. Meneran waktu ada contraction.
Ok, ini yang saya cakap tentang tanda-tanda bersalin tadi. Contraction makin lama makin kuat dan frequent. Contraction yang baik adalah 3-4x dalam 10 minit. Setiap contraction yang baik pula akan berlangsung selama 40-60 saat. So, waktu kita dah boleh meneran (bukaan lengkap), kita kena meneran PADA WAKTU CONTRACTION berlangsung. Kalau contraction stop, kita pun stop jap, rehat jap, atur nafas semula. Bila ada contraction lagi, tarik nafas, mula teran lagi. Teran sekuat-kuatnya macam waktu sembelit (bak kata ibu-ibu bidan). Yang bagus, teran lama-lama, tapi saya pun tak tahu macam mana susah/senangnya buat benda ni. Kena tanya pengalaman ibu-ibu yang dah pernah bersalin. Sebab saya selalu try2 jugak meneran, tapi macam nafas tak cukup panjang. Hmm. Kena berlatih pernafasan kot.

3. Buka mata, jangan tutup. Mata pandang ke perut. Dagu kalau boleh kena lekat kat dada supaya effective.Yang ni ibu-ibu selalu lupa. Sebab kalau kita tahan sakit atau meneran kan biasanya tutup mata.

4. Tutup mulut. Jangan mengeluarkan suara.
Ini pun selalu susah. Ibu-ibu terbuka mulut, atau terkeluarkan suara. Mungkin lupa, so kena ada orang yang sentiasa ingatkan. So suami/family pun kena belajar jugak cara-cara meneran yang betul sebab ibu-ibu akan lupa sebab kena tahan sakit lagi, kena fikir kepala baby dah keluar ke belum, etc. So bukan salah ibu bersalin kalau dia lupa. Hehe. Kalau keluarkan suara, tenaga digunakan so dinasihatkan agar tidak mengeluarkan suara supaya semua tenaga tertumpu pada proses meneran tadi :)

5. Kaki kena betul-betul kangkang. 
Tangan pegang kaki. Boleh pegang part buku lali, boleh jugak pegang kt paha.Tapi paha mungkin berat sikit kan. So better pegang kat betis tu supaya bukaan kaki lebih besar.


6. Jangan angkat punggung.
Hehe..ini paling kerap terjadi, angkat punggung. Pastu bidan.nurse akan marah-marah. "Ibu punggungnya diam bu"..pastu ibu tu pun cakap, "Oh maaf lupa".. comel ja..Takut luka lebih besar kalau terangkat punggung.

 

TIPS tambahan : WAJIB.
Para suami pun kena belajar + hafal + fahami cara meneran. Sebab IBU AKAN LUPA. Lebih-lebih lagi ibu yang jarang practise, cuma baca. So suami/orang yang teman bersalin kena sentiasa ingatkan.

Rasanya setakat ni dulu lah saya type. It's for me and for those who wanna learn :) Saya harap boleh lah membantu sedikit sebanyak. Saya pun tak tau my own experience nanti macam mana. Dan ini saya tulis yang NORMAL saja. Kalau kudrat saya mengizinkan sebenarnya saya nak tulis semua benda termasuk kemungkinan-kemungkinan tak normal yang boleh terjadi. Tapi  susahlah nak tulis macam tu. Berbelit-belit nanti pening orang nak faham. Huhu.


Yang baik datang dari Allah :) dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri :(

Medical School

Terasanyaaa..sebab selalu pilih "Enough Sleep"..hihi...
The 1st two years in KTT = enough sleep
The final 6 years in Unpad Bandung = enough sleep 
(kecuali waktu oncall..itu pun kadang-kadang enough sleep jugak)

How about my future working years? :D

Tuesday, 18 September 2012

We have many things to be grateful for :)

Pagi tadi, saya ditugaskan untuk memeriksa keadaan seorang ibu yang baru di operate disebabkan Ruptured Ectopic Pregnancy (bahasa Indonesianya - Kehamilan Ektopik Terganggu) – atau kehamilan di luar rahim. Sebelum memeriksa ibu tersebut, I read her medical record, she’s 25 years old, this is her second pregnancy, and there’s a history of Ruptured Ectopic Pregnancy (setahun yang lalu).

Dalam operation semalam, Fallopian tube dia yang sebelah kiri diikat. However, I didn’t know about her previous operation. Lepas baca tentang medical record dia, saya pun menuju ke katil tempat pesakit tersebut dirawat. Ucapkan selamat pagi, tanya keadaan semasa ibu, dan memulakan pemeriksaan vital signs, dan keadaan abdomen beliau setelah dibedah, dan tulis instruction for therapy.

Glossary English-bahasa indonesia :
Fallopian tube – indung telur
In vitro Fertilization - Bayi tabung

(Perbualan adalah dalam bahasa Indonesia)

Sebelum meninggalkan patient, I asked her if there’s anything she wanted to ask, then she said, “Doc, selepas ini saya masih bisa hamil ga doc?”

Saya terdiam sekejap, menurut pemahaman saya, kalau dah 2x Ectopic Pregnancy, maksudnya kedua-dua Fallopian tube dah involved dan dah diikat. (Because most ectopic pregnancies occur in the Fallopian tube, walaupun sebahagian kecil boleh terjadi di beberapa tempat lain).

Tapi, untuk tidak memberi jawapan terburu-buru mengatakan beliau dah tak boleh pregnant (dan memang saya tak pasti pun operation sebelum ni adakah Fallopian tube dia di sebelah kanan dah diikat), saya tanya balik ke patient,

“Ibu, kita harus tahu dulu bagaimana riwayat operasi ibu sebelum ini, adakah indung telur sebelah kanannya sudah diikat, atau belum. Kalau belum, maksudnya ibu masih bisa hamil. Tapi kalau ternyata sudah diikat, ibu sudah ga bisa hamil. Ibu tahu ga tentang operasi yang dulu?”

Ibu lalu menjawab, “Oh, yang dulu kayaknya ga diikat doc, operasinya di tengah rahim”

Walaupun saya tak berapa faham maksud ibu dengan “operasi di tengah rahim”, saya assume je la dia maksudkan sebelum ini kehamilannya bukan di Fallopian tube. Walaupun saya kurang yakin dengan jawapan ibu.

So saya pun jawab, “Kalau masih belum diikat, ibu masih bisa hamil” jawab saya sambil senyum, supaya ibu (yang saya boleh anggap adik sebab masih umur 25 tahun) tak sedih sangat dengan kehamilan dia yang ke-2 yang masih gagal ni.

Tak lama lepas tu, sebelum saya pergi ke pesakit seterusnya, datang seorang doktor yang operate patient semalam. Dia lebih tahu keadaan patient dan keadaan dalam rahim patient sebab dia yang operate. Saya berdiri sebelah patient, sambil doktor tersebut terus cakap kat patient hal sebenar,

“Ibu, setelah ini ibu sudah tidak bisa hamil” kata beliau dengan yakin. “Kerana semalam saat saya operasi ibu, ternyata sebelum ini indung telur ibu yang kanan sudah diikat, dan semalam saya ikat indung telur yang di sebelah kiri kerana penyakit ibu”

Lepas doktor cakap macam tu, ibu tersebut terus burst into tears. Dia menangis bila tahu dia dah tak boleh pregnant, dan dia masih belum ada anak. Saya yang berdiri sebelah dia pun turut sedih sebab saya faham perasaan dia. Huhu. Saya cuma dapat tenangkan dia dengan mengusap-usap badan beliau.

Ibu then bertanya lagi kat doktor, “Bagaimana tu doc, saya udah ga bisa hamil...” sambil menangis teresak-esak lagi.

Melihat pesakit tersebut menangis, muka doktor lelaki ni pun berubah jadi muka empathy, lalu doktor jawab, “Bukan ga bisa sama sekali bu, bisa tapi pakai bayi tabung”. Jawab doktor cuba menenangkan keadaan. Ibu terus menangis, dan lepas selesai follow up apa yang saya dah periksa tadi, doktor pun pergi. Lalu tinggallah saya dengan ibu ni. Takkan lah saya pun nak tinggalkan patient menangis macam ni. Saya duduk lah lama sikit kat situ sambil tenangkan patient.

I know it’s hard for her. Saya sendiri pun pasti akan menangis kalau situasi macam ni terjadi kat saya. Lagi-lagi kat sini bukannya senang-senang nak buat bayi tabung uji (In Vitro Fertilization). Bayaran pun mesti sangat mahal.

Tapi, saya explain jugak lah kat patient, siapa tahu ada rezeki dia boleh buat suatu hari nanti.

“Ibu, maksud doktor tadi, peluang masih ada dengan bayi tabung. Maksudnya telur ibu diambil dan sperma suami ibu diambil lalu disenyawakan di satu tabung, nanti bila terjadi pembuahan, diambil lagi lalu dimasukkan ke rahim ibu. Rahim ibu masih baik, yang diikat itu cuma indung telurnya. Kalau indung telurnya diikat, sperma ga bisa bertemu dengan telur ibu di indung telur, jadi ga bisa disenyawakan. Tapi masih ada peluang disenyawakan secara bayi tabung. Cuma, masalahnya, biayanya agak mahal, dan persentasi (%) keberhasilannya bisa macam-macam tergantung kondisi telur ibu dan sperma suami ibu, dan keadaan rahim ibu waktu itu. Tapi peluangnya masih ada”

Lepas tu ibu dah berhenti menangis sikit, then dia tanya “Kira-kira berapa biayanya doc?”

Saya jawab, “Kalau tentang biaya, saya kurang tahu berapa yang pastinya bu, kalau ibu berminat, di RS Hasan Sadikin ada fasilitasnya cuma masih agak terbatas”

Ibu pun dah lega sikit, walaupun saya tak pasti adakah patut saya explain se detail itu kepada ibu sebab memang mahal IVF tu, tapi mudah-mudahan ada rezeki ibu ni untuk mendapatkan anak melalui cara tu.

“Ibu sabar ya bu” sambil mengusap perlahan belakang ibu lalu berlalu ke pesakit seterusnya.

Huhu. Another unforgettable event for me =( Semoga saya selalu bersyukur dengan apa yang diberikan Allah kepada diri ini, dan sentiasa ingat akan insan lain yang lebih berat dugaan mereka =(
 

We have many things to be grateful for :-)

Monday, 17 September 2012

Merempat ;p

Internet connection problem. Jadi malas untuk online..huhu..walaupun tak penting sangat pun online ni..hee..

Tapi nak tempek jugak one story lagi di blog ni. Sebelum malas nak tulis esok-esok.

Yesterday was our unlucky day. Mula-mula lucky laa sebab I think we had a very productive 24-hours (Saturday evening till Sunday evening). Sebab dapat siapkan banyak kerja within 24 hours kat Bandung. Dari dugaan bekalan elektrik diputuskan sebab lambat bayar, sempat bergelap sekejap Sabtu malam tu sebelum ada jiran datang membantu mengembalikan semula bekalan elektrik tu (lepas kami dah pergi bayar bil hehe..), lepas tu bersihkan kawasan rumah yang dah lama tak dibersihkan, upah orang cat rumah sebab kami dah nak habis belajar kat sini (nak tinggalkan rumah kepada tuan rumah dalam keadaan proper), Naqi uruskan sim card dia yang tiba-tiba rosak, makan apa yang diidamkan, dan siapkan semua kerja sebelum jam 6 petang sebab nak balik Majalaya.

Sabtu petang lepas selesai tugas kat hospital, kami bertolak balik ke Bandung. It took 2 hours from here to Bandung, naik ojeg + angkot + Arnes Travel + angkot. Itulah rutin kami berdua tiap minggu. Sanggup balik walaupun sehari sebab kat Bandung sentiasa ada hal untuk diuruskan, lagi-lagi musim dah nak balik for good ni :) Dan kami perlukan air bersih jugak untuk kulit kami ni. Kesian Naqi dah asyik timbul merah-merah dan gatal-gatal kat kulit due to allergy.

Nak dijadikan cerita, semalam (Ahad) kami nak balik semula ke Majalaya. Disebabkan kami kena mulai check patients kat hospital pada jam 7 pagi hari Isnin, kami kenalah sampai Majalaya pada Ahad malam.

Macam biasa, kami akan naik shuttle service Bandung-Jatinangor dulu. Dari Bandung jam 6 petang, sampai Jatinangot jam 7 malam. (it's a 1-hour-journey via toll), lepas tu kami singgah makan sekejap sebelum meneruskan perjalanan.

Sepatutnya, perjalanan seterusnya adalah dengan angkot Cileunyi-Majalaya (one-hour journey jugak lalu jalan kampung), tapi bila kami sampai kat terminal angkot, unfortunately tak ada satu pun angkot menuju ke Majalaya yang kelihatan. Bila tanya ke bapak-bapak kat situ, baru kami tahu rupanya angkot dah tak ada. Angkot terakhir adalah pada setengah jam yang lalu.

Salah kami jugak lah sebab tak alert dengan waktu angkot Cileunyi-Majalaya ni beroperasi :(

Nak tak nak, kami kenalah bermalam kat Jatinangor malam tadi. Tapi, mana nak menginap? Mula-mula plan untuk tumpang masjid. Oleh kerana kami kurang mengenali our super-duper junior yang kat Jatinangor sekarang, kami tak dapatlah nak cari tempat menumpang. hehe. Kesian. Moral of the story, kena kenal-kenal jugak dengan super-duper junior okay :)

Kami pun pergi mencari-cari pemilik kosan kat Jalan Sukawening, jalan yang ramai student tinggal. Nak cari bilik kosong. Mula-mula pergi Kosan Permata, tapi bilik semua full.

Kemudian, kebetulan kami dikenalkan dengan Pak Ujang, salah seorang pemilik kosan kat area situ. Dia kata ada bilik kosong tapi belum kemas dan tak ada lampu etc. Kami tak kisah pun ada lampu ke tidak, asalkan ada tempat menginap, tidur tepi jalan pun tak kisah sebenarnya. Hehehe. Yang penting selamat. Tapi of course la tepi jalan banyak nyamuk kan. Tak pasal-pasal dapat deman Denggi.

So lepas setengah jam, Pak Ujang siapkan bilik ala kadar, kami pun bermalam lah kat situ. Bayar siap-siap sebab takut besok pagi tak sempat jumpa. Alhamdulillah ada jugak tempat untuk bermalam, walaupun serba serbi kekurangan, tapi, macam lah tak biasa kan. Keesokan harinya (pagi tadi) kami bangun jam 4.30 pagi, dan bertolak ke Majalaya jam 5 pagi. Masih gelap dan sejuk. Kerinduan terhadap kedinginan di Jatinangor terubat seketika :P

Akhirnya, jam 6.30 pagi kami pun sampai di terminal angkot Majalaya. Lepas tu naik ojeg pergi kawasan hospital.

The end.




Saturday, 15 September 2012

O&G?

Minggu ni adalah minggu yg paling saya rasa enjoy, di antara kesemua minggu-minggu Magang :) Saya minat sangat belajar kat department ni, entah sebab saya tengah pregnant, atau memang minat dari dulu. Mungkin sebab pregnant.

Atau sebab sekarang kat Majalaya ni tak ada koas, so kami diberi peluang sepenuhnya untuk buat apa yang kami nak, so rasa diperhatikan lebih sikit. Hehe.

So minggu depan kena manfaatkan satu minggu lagi without koas. Minggu selepas tu dah ada koas, so kena bagi peluang kat dorang jugak untuk menambah ilmu.

Kat sini setiap hari boleh scan perut. Me & Naqi dah belajar macam mana nak scan baby. Doktor pun dah bagi kepercayaan pada kami untuk scan baby patients dari awal sampai akhir :) Best2.

Kat sini, kami senang dapat peluang untuk melahirkan baby. Hari kedua ditugaskan kat ruang bersalin kami berdua dah diberi peluang untuk melahirkan tiga bayi. Waktu tu ketiga-tiga ibu dah bukaan 8cm. Tunggu punya tunggu, dah jam 2pm, perut saya dah memanggil-manggil untuk makan. Lepas tu balik rumah jap untuk solat, sebab biasanya ragu-ragu nak solat dengan kain yang kemungkinan dah kena darah atau tahi kuda? Ehmm.. Plan nak pergi semula lepas solat. Tapi malangnya, lepas solat saya tertidur kepenatan sampai Asar. Hihi. So peluang kami tu terbuang begitu saja. Isk2.

Kalaulah kami dapat duduk dalam hospital, alangkah indahnya.. :(

Minggu ni tiba-tiba saya rasa macam nak jadi O&G specialist pun ada. Tapi...kat Malaysia tak tau macam mana keadaan dia, orang cakap susah. Entah mampu atau tidak. Kalau kat sini, confirm saya akan pilih O&G :) Tapi saya bukannya akan belajar kat sini pun..hehe..

Sekarang ni musim ibu-ibu yang Last Menstrual Period bulan Disember dan Januari yang nak melahirkan. My LMP was in February, so kemungkinan besar ada 2 bulan lagi untuk saya..insyaAllah kalau semua dilancarkan..amin..:)

Sekarang kepala baby dah kat bawah, berat dah 1400g (terakhir check Jumaat dua hari lepas), tapi USG machine tu kan error untuk EFW (Estimated Fetal Weight) adalah +-200g hingga 300g. So plus minus around that number la jugak..terlebih berat sikit..banyak sangat makan Nasi Padang kot..hihi.. atau pun tiap hari beli Jus Buah yang pekat dan sedap depan hospital tu bergelas-gelas. Isk2.

Cuma kekurangan kat sini, sangat kurang makan sayur. Sebab tak ada kedai jual sayur kecuali kat Nasi Padang yang sayur cuma daun pucuk ubi rebus, kadang-kadang masak lemak nangka. Susah sangat nak dapat sayur hijau my favourite. Hari ni saya kat Bandung plan malam ni nak bawak balik bekalan timun banyak-banyak untuk seminggu. Tak lalu tengok sayur dan semua benda kat pasar kat Majalaya tu..hihi..Nak ambil gambar masuk blog tak lalu :P Harap one day, tempat ni dapat la menikmati kemajuan, jalan dibaiki, ada angkot, cian penduduk-penduduk dia, macam zaman saya kat Malaysia pada tahun 1989 dulu. Better kot tahun 1989 dulu kat kampung saya di Sabah tu.

Sebenarnya tak kisah pun tak maju, yang penting bersih. Tapi kat sini, kebersihan sangat teruk, tak diambil kira. Tapi ramai orang Islam. Islam kan mementingkan kebersihan. Mungkin mentality masyarakat sini, macam ni dah dikira bersih. Kalau penjual tu terjatuhkan something yang dia jual kat atas tanah, dia tak buang pun benda tu, dia still ambil dan jual balik. Contohnya terjatuhkan sudu yang dia pakai untuk bakso yang dia nak letak kat mangkuk bakso pembeli, dia akan ambil balik, dan terus letak kat mangkuk bakso tu. Lepas tu bagi kat pembeli. Sampai begitu sekali ignorance dorang terhadap kebersihan.

Saya pun pernah nampak beberapa kali waktu saya beli makanan. Kadang-kadang terjerit sikit bila dia buat macam tu. Pastu rasa bersalah, nak cancel atau tidak. Nak cancel atau tidak. Kadang-kadang beli ja, bungkus, lepas tu kat tempat lain, buang. Kadang-kadang sebab tak nak membazir, buat-buat tak tau, buat-buat lupa, makan ja tutup mata. hehe. Teruk teruk teruk.

Eh, tadi saya plan nak buat 1 paragraph ja untuk post ni, tapi kenapa tiba2 macam banyak? K lah, banyak benda kena buat hari ni, nak kemas rumah, tunggu bapak datang cat dinding rumah yang dah tak elok. Dua minggu lagi rumah kami ada tetamu :D

Tuesday, 11 September 2012

Empathy

Hari ni 2nd day @ department O&G, satu-satunya department yang buat saya excited waktu Magang. Hehe. Hari pertama dah semangat konon2 nak tolong orang beranak. Tapi tak tolong pun, tengok ja..sebab bidan tu dah jaga patient dari waktu patient masuk, tak best la tiba2 nak ambil patient dia :) Tapi melihat kesibukan kat sini, rasanya tak lama lagi kami akan dapat tolong ibu bersalin :) Tadi pun doktor dah suruh kami ambil patients. Cuma kebetulan tadi, tiga-tiga ibu yang nak bersalin tu terpaksa dibedah atas sebab-sebab masing-masing.

Hari 1st semalam, dapat tengok dua ibu beranak. Ibu pertama lahirkan anak keempat, datang hospital ja kaki baby dah keluar sebelah. Anak dia songsang, dan sedikit besar. Jadi susah sikit nak keluarkan walaupun ibu ni dah pernah melahirkan 3x. Tengok kaki pun saya dah geram sebab rasa kaki baby tu comel. Alhamdulillah semua ok. Anak dia tak terus menangis, tapi tak lama la, lepas dah bersihkan and suction hidung mulut semua, dah nangis. Kerja saya berdiri sebelah patient ja, tolong tarik paha dia ke atas supaya lebih senang untuk meneran dan tolong ingatkan supaya kawal nafas. Sebab kadang-kadang ibu bersalin lupa kawal nafas, sebab tengah sakit sangat dan penat meneran, so penting untuk ada orang yang sentiasa ingatkan.

Ibu kedua pulak berusia 34 tahun, melahirkan anak pertama. Anak lahir terus menangis. Lama jugak nak tunggu kepala keluar sebab anak first kan. Tapi semuanya lancar. Harap waktu saya bersalin pun lancar jugak. Amin :)

Semalam saya kena pegang seorang patient yang umur kehamilan dia lebih kurang sama dengan saya tapi dia lebih sikit la (lebih kurang 30-31 minggu). Keluhan dia ketubah pecah (Preterm premature rupture of membranes PPROM). Saya pun borak-borak la dengan dia untuk korek2 punca dia pecah ketuban awal. Dia macam merayu supaya kalau boleh dia tak nak lahirkan anak ni awal daripada waktunya. Sebab berat pun masih bawah 2000g. Kalau boleh nak tunggu mature dulu. Huhu, saya faham perasaan dia. So saya cuma boleh cakap, "InsyaAllah, kalau ibu tak ada infection, keadaan anak baik, denyut anak normal, insyaAllah masih boleh tunggu". Setakat ni keadaan ibu ni baik2 ja tapi amniotic fluid (cairan ketuban) dia semakin berkurang dari semasa ke semasa. Kalau harm baby, kena terminate jugak (lahirkan).

Tadi pagi pulak, saya kena follow up 3 patients, kena buat history taking dan physical examination dari awal. Biasanya dah tahu penyakit apa sebab dirujuk dari tempat lain. Kali ni saya punya empathy lebih sikit sebab tengah pregnant kot. Bukan lah dulu-dulu tak empathy tapi sekarang saya lebih mudah nak ingat dan nak merasa perasaan ibu-ibu tu sebab dah merasa sendiri kan pregnant ni macam mana :)

Ibu pertama keguguran pada kehamilan 2 bulan. Incomplete abortion, so kena buat curretage untuk keluarkan sisa-sisa tisu dari janin.

Ibu kedua pembukaan dah 4 cm tapi pembukaan tak maju-maju lepas berjam-jam.

Ibu ketiga, Intrauterine Fetal Death (IUFD) atau kematian bayi dalam kandungan. Huhuhu... Dengan ibu ni saya rasa ralat sikit. Sebab dia masih belum tahu anak dia meninggal. Tapi saya tak ada kekuatan untuk bagitau. Bayi dia dah 32 minggu, tak pernah ada keluhan sepanjang kehamilan. Dia buat antenatal checkup teratur tiap bulan, tak ada masalah. Waktu bulan puasa dia checkup 3x. Dia puasa penuh jugak. Dia makan supplement teratur. Ambil tablet Calcium dan Ferum Sulfate. Folic acid pun ambil. Tapi, since tiga hari yang lalu dia tak rasa gerakan anak. So untuk pertama kali dia pergi ke doktor untuk di scan. Selama ni checkup kat bidan, tak pernah scan. Menurut surat doktor, (yang patient ni tak tahu pun), result scan adalah IUFD. So doktor tu rujuk ke RS Majalaya ni untuk proses melahirkan janin tersebut.

Huhu..ibu ni senyum ja dari awal datang sampai akhir. Dia nampak tenang. Ini kehamilan kedua. Saya tak pasti samada senyuman dia tu memang dia tak tahu lagi, ataupun sebab dia dah dapar rasa yang bayi dia dah tak ada. Dia tak mengeluh sakit perut langsung. Maksudnya memang belum ada contraction untuk melahirkan. Tapi, yang kesian adalah akhirnya nanti ibu ni akan merasa sakit macam melahirkan jugak, untuk melahirkan anak yang dah meninggal dalam janin. Anak dah berat lebih dari 2kg. Semoga ibu ni tabah.

Saya cuma duduk setengah hari kat ruang bersalin tu. Lepas tu saya balik. The good part is, kami tak ada oncall. Hihi. Patut happy lah sebab saya pun tak larat kot nak oncall. Cukuplah dapat ilmu waktu siang :)

Saya dah mula adapt kat sini. Walaupun banyak kekurangan, tiap hari kena makan benda sama, air kotor (sekarang dah 2 hari tak ada air), ambil air sembahyang and mandi pun pakai air minum Aqua tu. Sebenarnya yang buat stress tu adalah bila kesihatan kurang. Bila kurang sihat (lagi-lagi sebab air pollution kat tempat ni), tenaga nak buat kerja pun hilang. So stress lah jadinya. Sebab kena buat kerja jugak. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah 2 minggu saya sihat walafiat. Semoga saya terus sihat-sihat macam ni selalu.

Amin.

Erm, apa nak cerita tentang my husband? Selit lah cerita tentang dia sikit. Semua asyik cerita pasal saya ja. Hehe. Tiap hari saya tengok dia bukak blog walaupun saya tak update.

Pagi tadi, dia follow up beberapa patients kat Ruang Nifas. Introduce diri kepada salah seorang ibu yang dilahirkan secara caesar, dan memulakan perbualan.

"Ibu sudah berapa hari di sini?"

Ibu jawab "Sudah 12 hari pak doktor"

"Sekarang anaknya di mana ibu, sudah pulang atau masih di sini?"

Ibu jawab lagi.."Anaknya sudah meninggal doc"

errr.....

Wednesday, 5 September 2012

Antenatal checkup - 27weeks3days

Hari Ahad lepas sempat buat checkup lagi. Kali ni kalau ikut LMP dah masuk minggu ke 27 dan 3 hari. Tapi menurut scan pulak, dah masuk 28 minggu 5 hari. Kebetulan satu-satunya O&G specialist yang ada waktu hari Ahad tu adalah dr.Tina, our lecturer yang saya follow up dengan beliau bulan lepas.

Setelah pertemuan kali kedua tu, kami bersetuju untuk kekal dengan dr.Tina :) Sebab dia baik dan explain banyak. Tanya lah apa-apa pun mesti dia jawab secara sistematik. Nanti sebelum balik Malaysia kena mintak maaf zahir dan batin dengan beliau. Hehe, kenapa? Tak perlulah bagitau kat sini. Semuanya sejarah sepanjang bergelar student kat Unpad ni.

Dan yang sangat buat kami terharu, beliau tak kenakan bayaran langsung untuk consultation dengan beliau. Biasanya consultation dengan specialist 1x adalah dalam harga Rp 110,000 (paling murah) hingga Rp 150,000 (paling mahal). Tapi kali ni dia bulatkan kat column "biaya umum rumah sakit" saja yang berharga Rp23,000 (tak sampai RM10). Untuk scan pun dia cuma bulatkan untuk rumah sakit Rp40,000, tapi dia bulatkan kat column "tanpa expertise" sedangkan punyalah banyak dia explain apa yang dia nampak waktu scan tu. Kiranya dia tak ambil bayaran apa-apa pun untuk part dia. Semua untuk hospital. Semua tu buat kami rasa sangat terhutang budi dan berterima kasih :)

So untuk catatan, berat badan baby pada hari Ahad lepas : 1284 gram, naik 2x ganda daripada bulan lepas. Doktor kata sepatutnya 1000gram ja, so dah terlebih berat. Biparietal diameter plak dah 6 cm lebih. Saya nak fokuskan kat BPD sebab saya berharap untuk ukuran kepala yang tak melebihi ukuran pelvis saya. I really want a normal delivery, insyaAllah. Walaupun saya dengar-dengar kat Malaysia, indication untuk dilakukan C-section berbeza dengan di sini. Harap-harap tak ada contraindication untuk saya beranak normal. Amin, amin, amin. Saya nak merasa jugak sakit ibu bersalin :) Doakan saya k :)

Tuesday, 4 September 2012

Picnic-SilkAir-Majalaya


Assalamualaikum..sekarang tengah rajin edit dan upload gambar. Sebab my work dah habis. Presentation, penyuluhan, isi logbook ja belum, tapi jap lagi saya isi lah :) Lagi 3 hari kami akan habis kat Pediatric Dept ni :)

Firstly, upload gambar picnic last minute hari tu before balik Bandung :) Kali ni banyak gambar sikit berbanding raya tahun lepas, sebab ada orang rajin ambil gambar. Kalau harapkan saya dan Naqi, memang kosong lah camera tu. Hehe.. Last year saya ada jugak ambil gambar sikit-sikit, tapi banyak gambar blurr pulak :(

Dua hari before balik, kami menyempatkan diri pergi picnic kat belakang rumah, 5 minit naik kereta sampailah. Angin kuat waktu tu, susah sikit untuk bakar arang untuk buat barbeque. Tapi bakar tetap bakar. Semua habis jugak dimakan. Hehe..Tapi sian my sister sakit perut (diarrhea), baru duduk jap sudah cari toilet. Terpaksa abg Daffy bawak balik rumah jap. Hehehe..pastu datang balik, Nasib baik rumah dekat.

Ini ada sikit-sikit gambar yang saya sempat edit. Combine saja supaya tak banyak kena upload.

Bakar sate
Durian yang kedekut isi
Main air
Main-main di tepi pantai
Sebelum bbq siap. Makan ice cream dulu :)

Amer & Ain jumpa rumpai laut. Sakai :P
Udang!!!

Ain dan Izzaidah. Sakai lagi dengan rumpai laut.
candid by Ana. I love this picture :)

Love this picture also. Sebab tu bagi size extra large tapi tak muat pulak blog ni. Huhu

Sabtu lepas pulak kami bertolak semula ke Bandung. Naik SilkAir Airlines, anak syarikat Singapore Airlines. Kenapa kami tiba-tiba pilih SilkAir? Sebab AirAsia mahal sangat waktu tu, itupun tinggal tiket hari Jumaat. Kebetulan kami jumpa route yang direct pergi Bandung dari KK lalu Singapore pada hari Sabtu, satu-satunya yang lebih murah dari AirAsia. So naik 2 flights (KK-Singapore), kat Cangi Airport tu ada masa 45minit ja untuk next flight. Beza murah RM200 ja pun dari AirAsia tapi layanan jauh lagi best dari AirAsia (RM2300 vs RM2100). Tak payah bayar seat, tak payah bayar luggage, dapat 2x makanan berat tak perlu bayar dalam flight, extra luggage pun dia tak denda. Check-in luggage pun terus direct sampai Bandung, tak perlu susah-susah check in sekali lagi macam AirAsia. Kesimpulannya sama la macam Malaysia Airlines (MAS) kalau ambil connecting flights. Cuma MAS tak ada direct pergi Bandung ja. Huhu.


 Nasi lemak

Gambar-gambar makanan untuk 2nd flight (Singapore-Bandung), yang 1st flight tak ingat nak ambil gambar plak.    


Keesokan harinya, (Ahad), kami bertolak ke Majalaya pulak, 2 jam dari Bandung naik public transport. So sekarang gambar-gambar Majalaya pulak.
Macam saya pernah cakap sebelum ni, kawasan ni tak ada angkot, angkot cuma sampai di pasar/pekan sahaja, bila masuk ke Rumah Sakit, dah tak ada angkot, yang ada cumalah kereta kuda atau ojeg. Kadang-kadang kami naik ojeg, kadang-kadang naik kereta kuda.

Ini kawasan depan hospital tempat kami Magang sekarang. Memang penuh dengan kereta kuda lalu lalang membawa penumpang.
Kuda tengah tunggu penumpang
Beginilah suasana di depan hospital setiap hari
Dipenuhi penduduk-penduduk yang menjalankan aktiviti seharian, dan pemilik kuda yang gigih mencari rezeki
Jalan-jalan kat tepi tu jangan terkejut kalau saya zoom, kalau ada masa saya ambil gambar dekat-dekat. Tahi kuda takkan dibersihkan, cuma dibiarkan kering sampailah kembali menjadi rumput (Sisa-sisa rumput yang dimakan oleh kuda --> jadi tahi --> jadi rumput hancur semula, yang kering dan berterbangan di mana-mana)

Suka tengok kuda putih atau kuda cantik-cantik yang dihias
Waktu ni kebetulan ada beberapa kuda tengah tunggu penumpang. Kat depan tu hospital.

Ini gambar kami naik kuda. Kuda kat depan tu warna putih so tak nampak sangat. Kesian dia terpaksa bawa kami yang berat-berat ni.


Ok, cukup pasal kuda. Ini tadi saya ambil gambar baby kembar baru lahir. Tapi yang sorang tengah nangis. Takpe kot saya letak dalam blog ni, identiti dirahsiakan. Hehe..Jangan kena saman plak :P
 
Comel kan :)
Ini gambar yang kat Instagram Naqi siang tadi. Tiap hari kami makan kat tempat sama, lauk sama, nasi padang, sebab itu ja yang available dekat-dekat situ. (makanan berat). Kedai lain selalu tutup. Lamanya cuti raya. Huhu.
Ini nametag kami, tinggal 31 hari lagi kami akan habis Magang, dan cutiii before decide untuk kerja bila :) Tag naqi dah kabur sebab saya punya buat baru ganti yang hilang..hihi:) 31 hari lagi dah tak perlu pakai tag ni :)))